Friday, May 25, 2012

Jodoh pertemuan di tangan Allah : Doa Pendekat Jodoh


Salam Jumaat, harini aku nak share satu doa untuk mereka yang sedang mencari seseorang sebagai teman hidup. Seperti yang kita tahu, soal jodoh pertemuan terletak di tangan Allah SWT. Namun kita sebagai hamba-Nya tidak boleh hanya berpeluk tubuh & tidak berusaha untuk memperoleh apa yang diinginkan. Setiap apa yang kita inginkan kita perlu ada usaha sama ada melalui doa, solat hajat dll.

 InsyaAllah. . . Allah Maha pemurah lagi Maha Mengasihani . . .

*Klik gambar untuk save as image.
Sumber doa : Himpunan doa seharian


Muhasabah Diri : Mencari Jodoh menurut Al-Quran & Hadis



"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dar hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian- Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya . . . . . 
 (Surah An-Nur : ayat 32-33)


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud , " Barangsiapa menikah, maka dia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi". 
(Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim)

"Rasulullah S.A.W bersabda, " Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai ramai anak(subur), kerana aku bangga dengan sebab ramainya kalian di hadapan para nabi nanti pada hari Kiamat."
(Hadith Riwayat Ahmad No: 13594, dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)


Sumber   :  Google



21 comments:

  1. dah kawin..eerrrr...boleh lagi ke amalkan doa ni? ~ahaha

    ReplyDelete
  2. kalau susah nak hafal, doa jer dalam bahasa melayu kan kan..

    ReplyDelete
  3. mudah-mudahan dpt jodoh yg elok-elok

    ReplyDelete
  4. belum kahwin...boleh la amalkan ni..


    thankz ye berkongsi :D

    ReplyDelete
  5. perkongsiaan yg berguna utk semua....:)

    ReplyDelete
  6. Cik afasz dah ada calon kan? Kan? InsyaAllah tiba masanya nanti akan dapat bersama dengan jodoh cik afasz. Good luck ye. :D

    ReplyDelete
  7. Sesuailah sesiapa yg masih tercari-cari.

    Kakak pun boleh kalau nak doakan anak-anak saudara sebab utk anak sendiri masih kecik hihi...

    ReplyDelete
  8. bg yg belum berkahwin tu boleh la amalkan..

    ReplyDelete
  9. Time kasih share Kak Fasz... ;)

    ReplyDelete
  10. insyaAllah.. semoga jodoh fasz dan yg tercinta berkekalan ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
  11. ceewaaahhhh dh berdoa2 bagai..

    ReplyDelete
  12. nice...boleh kasi kat kengkawan yg masih mencari jodoh... :)

    ReplyDelete
  13. yes, mesti ramai yang bookmark page nih! hihi~

    tengkiu babe~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...