Wednesday, November 27, 2013

Dapur Afasz : Puding Buah Pic

Assalamualaikum ya asdiko'i .... hari ni nak share 1 resepi yang aku try buat ngn adik aku haritu. Senang je wat puding ni. hehe~ Bahan-bahan pun sikit je. 


Bahan-bahan : 
10gram serbuk agar-agar (1paket)
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair (400 mililiter)
2 tin buah pic(dipotong dadu


Cara Membuat :

1. Masuk serbuk agar-agar, gula & air dalam periuk & masaksampai mendidih. Tutup api.
2. Masuk susu cair & potongan buah pic. Kacau rata.
3. Tuang dalam loyang & sejukkan.
4. Potong & siap untuk di makan. Nyum nyum !!!

Sumber Resepi : Buku "365 Resepi Istimewa Chef Hanieliza"

Monday, November 25, 2013

Alhamdulillah ..

Assalamualaikum ya asdiko'i... alhamdulillah , ada rezeki untuk aku walaupun aku dah jarang update. Ingat kan bila dah tak update lama , tak de dah nak dapat CPUV ni. Alhamdulillah ada. Sikit pun takpe janji ada , ngeh ngeh. 


Alhamdulillah . . . .
TQ pada yang masih sudi singgah sini & baca blog aku yang bersawang.

p/s : Sudi-sudikan like gambar contest my little princess,  Umaira Solehah kat link --> SINI


Monday, November 18, 2013

Suprise Birthday Present !!!

Assalamualaikum ya asdiko'i , dah berapa lama aku tak update ni? Rasa cam busy je sejak dah ada baby ni. Seronok main ngn baby. Nanti aku upload gambar baby. Entry kali ni , nak cerita pasal hadiah birthday yang aku dapat minggu lepas. Sebaik sahaja (skema nye!) abis pantang, aku tetibe je tekejut. Ada orang tu sorok kan hadiah ni dekat bawah bantal sekali ngn phone aku. Lepas tu dia call konon-konon aku akan angkat la phone tu. Sekali aku tak dengar pun bunyi phone tu. Aku sedar kehadiran hadiah itu di bawah bantal sebab rasa cam pelik je bantal tu ada bonjol dek kerana hadiah tu kat bawah nye. Sekali tengok ..... taraaaaaaaaa!!!

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Menangis aku baca kad tu.
TQ kepada "Saya la Sape lagi.."

Sudi-sudikan like gambar contest my little princess,  Umaira Solehah kat link --> SINI

Wednesday, November 6, 2013

Kenangan sepanjang mengandung (Part 2)

Assalamualaikum ya asdiko'i... entry ni sambungan dari entry aku haritu "Kenangan sepanjang mengandung (Part 1)" . Sudi-sudikan la baca :)

First Scan @ 6 weeks pregnancy

Masa wat check up di klinik aku masuk sorang. En Suami tak mo masuk, nak suprise kononnya. Then bila doktor scan dan dah sahkan yang aku mengandung, aku rasa nak menangis.Memang dah menangis pon cuma cover la tak bagi doktor tu nampak. Alhamdulillah ..alhamdulillah ..alhamdulillah ... Gambar scan kat bawah tu tak berapa nampak kantung baby sebab kecik sangat , baru 6 minggu masa ni. Keluar dari bilik doktor, aku bgtau En Suami, nampak muka kegembiraan terpancar di wajah En Suami. hehe~ Then aku ajak En Suami p kedai mamak makan roti nan ngn teh ais (bukan ngidam tapi lapar) Kami tapau je bawa balik umah.




Balik dari umah, aku jemput la mak, ayah & adik-adik aku makan roti nan tadi. Esok nya, masa aku tengah goreng ayam waktu lunch, mak aku tetibe tanya "Nor mengandung ke?" Tetiba je mak aku tanya soalan tu & aku tersangat la terkejut sebab mak aku dapat plak detect aku mengandung. hehe~ Tak sempat nak bgtau , mak aku dah tahu. Maybe sbb mak aku tengok muka aku yg sedikit pucat , lagipun mak aku kan nurse kebidanan lagi la pandai detect agak nye :D

Morning sickness bermula

Lepas je tahu aku dah sah mengandung 6 minggu , mula la aku start morning sickness hingga aku terpaksa amik cuti tanpa gaji selama sebulan.Sepanjang bulan Febuari memang aku tak keluar rumah langsung. Lemah longlai disebabkan muntah di waktu pagi, petang dan malam. Selera makan pun kurang. Sebulan aku duduk umah , aku alah sangat dengan :

- bau nasi baru nak masak
- bau minyak goreng ayam or ikan dll
- bau minyak wangi
- bau En Suami (opss!)
- bau nasi lemak
- Screen laptop/ipad/hp (haha~)

Banyak lagi tapi tu je kot yang aku ingat. ngeh ngeh. Panjang sangat dah entry aku ni, nanti sambung part 3 plak.

TQ pada yang sudi baca cerita aku :)

p/s : Sudi-sudikan like gambar contest my little princess,  Umaira Solehah kat link --> SINI

Monday, November 4, 2013

Kenangan sepanjang mengandung (Part1)

Assalamualaikum ya asdiko'i...... seperti yang aku janjikan, AFASZ IS BACK!!! So aku curi masa untuk update blog gak. Sepanjang mengandung aku tak de nak update langsung blog, so sekarang la aku nak rakamkan kenangan sepanjang aku mengandung dalam bentuk penulisan (hehe~) dengan kawan-kawan semua.

Macam mana aku tahu aku mengandung
Setiap pagi aku pergi keja macam biasa, naik komuter dari Komuter Serdang sampai Komuter KL Central then tukar amik LRT ke LRT Kerinchi. Selalu aku ok je kalau bau-bau minyak wangi yang mcm-mcm. Ada sekali tu aku takleh tahan , sangat pening hingga aku keluarkan minyak cap kapak tuk neutral kan hidung aku. Then sampai je office rasa lapar yang amat (rasa nak makan je)

Aku ada la cerita kat BFF aku , Pn Munir  (jom singgah blog dia) tentang apa yang aku rasa sekarang tapi dalam hati aku, rasanya aku tak mengandung. Then my BFF ni suruh aku try wat Urine Pregnancy Test (UPT). Memula aku rasa malas nak buat sebab aku rasa aku memang tak mengandung, hihi~ Tapi at last , aku wat juga atas nasihat my BFF hehe~ Result dia seperti di bawah.



Sampai 4 UPT aku guna tuk cek. First aku buat masa pagi lepas Subuh tu. Lepas tu aku tak percaya, aku buat lagi waktu maghrib balik dari kerja. Then tak percaya lagi aku wat lagi pagi esok nye 2 kali. Jadi la 4 kali. Semua nye positive. hehe~ First time pregnant, rasa tak percaya je. Jadi , aku & En Suami pun amik keputusan nak p klinik untuk scan (nak kan kesahihan yang betul!)








To be continue ...... 
TQ pada yang sudi baca & sudi tinggalkan komen.
Kalau sempat akan balas kunjung ke blog kawan-kawan :)

p/s : Sudi-sudikan like gambar contest my little princess,  Umaira Solehah kat link --> SINI


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...