Showing posts with label First Trimester Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label First Trimester Pregnancy. Show all posts

Friday, January 3, 2014

Kenangan sepanjang mengandung (Part 3)

Assalamualaikum ya asdiko'i. Sambungan dari entry "Kenangan sepanjang mengandung Part1" & "Kenangan sepanjang mengandung Part2"

Mula kerja selepas morning sickness 

Lepas dah cuti tanpa gaji sebulan, aku mula bekerja. Hari first nak mula kerja sebagai ibu mengandung, aku try pergi macam biasa. Naik komuter dari Serdang ke komuter KL Central then naik LRT ke LRT Kerinchi. Aku ingat kan boleh je sekali bila berdiri sekejap pun aku dah mula nak duduk. Komuter memang selalu takde seat. Ada la yang prihatin tengok aku mcm tak larat sangat , dia bg aku seat. 

Esok dan hari seterusnya aku pergi kerja naik kereta. Alhamdulillah ... Allah permudahkan ...  

Masa mula-mula aku start keje tu, selera makan aku belum pulih lagi. Nak pergi cafe pun tak larat lagi so aku pesan je dekat officemate aku. Makanan yang boleh aku telan Nasi Ayam , Bihun Sup dan Soto. Nak makan nasi berlauk tak berani takut loya. Lepas beberapa minggu selera aku mula pulih.hehe~ Aku pun dah larat nak berjalan ke cafe. Hari-hari makan nasi dengan sayur bayam yang banyak untuk tambah darah. Ada sekali tu aku hari-hari makan nasi berluakkan ikan masin , fuhh tersangat la berselera then kene bebel ngn officemate aku sebab hari-hari makan ikan kering. So aku tukar plak amik ikan or ayam. Ikan keli dah jadi kegemaran aku plak padahal aku takde la suka sangat ikan keli sebenarnya. huhu~

* Ikan kering makan ngn nasi putih/pulut ..nikmatnye !!!

Selera makan bertambah

Sepanjang aku mengandung , Alhamdulillah takde pulak mengidam benda pelik. Aku just terasa nak makan itu ini je (ini kategori mengidam ek?). Antara yang aku teringin nak makan :

cucur buatan sendiri

Air kedondong asam boi dekat Restoran Chan Abdullah. Aku pernah review kat entry SINI <--

Nasi Lemak Mamak

Ice Cream. sebekas untuk aku dan baby je. hehe~

Rindu masa mengandung.... >_<


Wednesday, November 6, 2013

Kenangan sepanjang mengandung (Part 2)

Assalamualaikum ya asdiko'i... entry ni sambungan dari entry aku haritu "Kenangan sepanjang mengandung (Part 1)" . Sudi-sudikan la baca :)

First Scan @ 6 weeks pregnancy

Masa wat check up di klinik aku masuk sorang. En Suami tak mo masuk, nak suprise kononnya. Then bila doktor scan dan dah sahkan yang aku mengandung, aku rasa nak menangis.Memang dah menangis pon cuma cover la tak bagi doktor tu nampak. Alhamdulillah ..alhamdulillah ..alhamdulillah ... Gambar scan kat bawah tu tak berapa nampak kantung baby sebab kecik sangat , baru 6 minggu masa ni. Keluar dari bilik doktor, aku bgtau En Suami, nampak muka kegembiraan terpancar di wajah En Suami. hehe~ Then aku ajak En Suami p kedai mamak makan roti nan ngn teh ais (bukan ngidam tapi lapar) Kami tapau je bawa balik umah.




Balik dari umah, aku jemput la mak, ayah & adik-adik aku makan roti nan tadi. Esok nya, masa aku tengah goreng ayam waktu lunch, mak aku tetibe tanya "Nor mengandung ke?" Tetiba je mak aku tanya soalan tu & aku tersangat la terkejut sebab mak aku dapat plak detect aku mengandung. hehe~ Tak sempat nak bgtau , mak aku dah tahu. Maybe sbb mak aku tengok muka aku yg sedikit pucat , lagipun mak aku kan nurse kebidanan lagi la pandai detect agak nye :D

Morning sickness bermula

Lepas je tahu aku dah sah mengandung 6 minggu , mula la aku start morning sickness hingga aku terpaksa amik cuti tanpa gaji selama sebulan.Sepanjang bulan Febuari memang aku tak keluar rumah langsung. Lemah longlai disebabkan muntah di waktu pagi, petang dan malam. Selera makan pun kurang. Sebulan aku duduk umah , aku alah sangat dengan :

- bau nasi baru nak masak
- bau minyak goreng ayam or ikan dll
- bau minyak wangi
- bau En Suami (opss!)
- bau nasi lemak
- Screen laptop/ipad/hp (haha~)

Banyak lagi tapi tu je kot yang aku ingat. ngeh ngeh. Panjang sangat dah entry aku ni, nanti sambung part 3 plak.

TQ pada yang sudi baca cerita aku :)

p/s : Sudi-sudikan like gambar contest my little princess,  Umaira Solehah kat link --> SINI

Monday, November 4, 2013

Kenangan sepanjang mengandung (Part1)

Assalamualaikum ya asdiko'i...... seperti yang aku janjikan, AFASZ IS BACK!!! So aku curi masa untuk update blog gak. Sepanjang mengandung aku tak de nak update langsung blog, so sekarang la aku nak rakamkan kenangan sepanjang aku mengandung dalam bentuk penulisan (hehe~) dengan kawan-kawan semua.

Macam mana aku tahu aku mengandung
Setiap pagi aku pergi keja macam biasa, naik komuter dari Komuter Serdang sampai Komuter KL Central then tukar amik LRT ke LRT Kerinchi. Selalu aku ok je kalau bau-bau minyak wangi yang mcm-mcm. Ada sekali tu aku takleh tahan , sangat pening hingga aku keluarkan minyak cap kapak tuk neutral kan hidung aku. Then sampai je office rasa lapar yang amat (rasa nak makan je)

Aku ada la cerita kat BFF aku , Pn Munir  (jom singgah blog dia) tentang apa yang aku rasa sekarang tapi dalam hati aku, rasanya aku tak mengandung. Then my BFF ni suruh aku try wat Urine Pregnancy Test (UPT). Memula aku rasa malas nak buat sebab aku rasa aku memang tak mengandung, hihi~ Tapi at last , aku wat juga atas nasihat my BFF hehe~ Result dia seperti di bawah.



Sampai 4 UPT aku guna tuk cek. First aku buat masa pagi lepas Subuh tu. Lepas tu aku tak percaya, aku buat lagi waktu maghrib balik dari kerja. Then tak percaya lagi aku wat lagi pagi esok nye 2 kali. Jadi la 4 kali. Semua nye positive. hehe~ First time pregnant, rasa tak percaya je. Jadi , aku & En Suami pun amik keputusan nak p klinik untuk scan (nak kan kesahihan yang betul!)








To be continue ...... 
TQ pada yang sudi baca & sudi tinggalkan komen.
Kalau sempat akan balas kunjung ke blog kawan-kawan :)

p/s : Sudi-sudikan like gambar contest my little princess,  Umaira Solehah kat link --> SINI


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...