Showing posts with label Ending Dejavu di Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Ending Dejavu di Kinabalu. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Lakonan mantap Zahir dan Yuzra dalam Dejavu Di Kinabalu

Assalamualaikum kawan-kawan. Korang dah tengok entry aku pasal trafik mencanak-canak naik penangan dari Drama Slot Akasia -Dejavu Di Kinabalu ni???? Leh tengok entry SINI. Hari ni nak update lagi tapi bukan tertumpu kepada watak utama dalam drama tu tapi watak sampingan yang aku rasa berjaya melakonkan watak mereka dengan baik. 

Walaupun Nadira, Bazli & Ammar merupakan watak utama dalam Drama Dejavu Di Kinabalu, tapi aku tetap tertarik dengan watak dua pelakon ni dalam Dejavu Di Kinabalu. Diorang tak famous macam Tiz Zaqiyah & Aqasha tapi lakonan diorang nampak mantap la. Chewahhhh , sejak bila entah aku minat duinia artis ni. wahahahaha ~

Zamir & Yuzra dalam Dejavu Di Kinabalu . . .

Nama sebenar diorang tak tahu plak. Tak sempat nak tengok. . . Zamir & Yuzra masing-masing berjaya bawa watak seorang kawan yang sangat caring dengan kawan baik mereka. Si Yuzra tu, walaupun Nadira dah cakap kasar apa semua pun dia tetap nak ambil berat pasal Nadira. Zamir pula masih boleh bersabar walaupun si Ammar asyik tak masuk kerja je. Bila ada masalah cinta, tak keje. huhu~ Senang betul hidup dia ! Tengok si Bazli, walaupun ada masalah besar pun tetap masuk kerja !!!! 

Ni Scene Episod Akhir Dejavu di Kinabalu. Dah ending baru la si Zamir ni melamar si Yuzra jadi isteri dia dengan cara yang sweet sangat  . . . .  
So Sweet :D

Sempat gak aku update blog hari ni , walaupun hari ni cuti.
Korang dah tengok Dejavu di Kinabalu versi Ammar kahwin Nadira????
Jom tengok Dejavu di Kinabalu Versi Nadira kahwin Ammar kat SINI


Saturday, August 4, 2012

Trafik Penangan Dari Dejavu Di Kinabalu


Bukan senang nak dapat trafik tinggi seperti blogger Kid , Redmummy dan lain-lain. Ni aku nak share trafik tertinggi aku setakat aku berblogging. Penangan dari entry SINI dan SINI, mencanak-canak trafik blog aku naik. Alhamdulillah. Dulu masa mula blogging 50 UV/sehari then naik 100 UV/sehari je, sekarang dah meningkat jadi 400 UV/sehari dan semalam UV aku cecah 1000 buat kali pertama. Agak terkejut jugak, pagi-pagi trafik naik gila. Kalau aku review sinopsis setiap episod drama ni maybe trafik makin tinggi agaknya. Ikut tips dari Kid. Dia kan rajin update by episode , contoh full episod Masterchef Selebriti Malaysia. Rajin dan membuahkan hasil la , mencanak-canak trafik blog dia!!!! Kalau korang tak caya leh terjah sini --> Trafik Penangan dari Masterchef  



Trafik mencanak-canak pada jam 8.00pg sampai 4.00ptg , malam dah mula berkurang maybe ramai pergi solat terawih. Alhamdulillah :D


Dejavu di Kinabalu saja . . . . . . 


Sejak aku mula blogging, banyak dah tips aku belajar dari blogger-blogger yang mencapai trafik tinggi setiap hari. Antara nya blogger Kid. Banyak update tentang TIPS TRAFIK TINGGI :


Tak lupa juga dekat blogger-blogger lain yang selalu bagi aku lain-lain tips. Antara mereka ialah : Hazmanfadzil, Broframestone dan ramai lagi. Banyak benda yang aku tak tahu lagi dalam dunia blogging ni. 

Dah nak raya ni , ramai yang anjurkan contest duit raya la , contest itu ini. Ni pun salah satu tips nak naikkan trafik. Jadi kalau sempat aku pun akan menjoin kan diri aku utuk join contest-contest ni. Masih tak sempat nak join contest by Shakiddo kat SINI & contest by ZarulUmbrella dan AbangEnsem kat SINI. Bahan masih takde. Blogger Hazmanfadzil pula dengan murah hati buat Contest Raja Komen setiap bulan kepada Top Commentor blognya. Boleh cek kat SINI. Dah masuk version 3.0. Untuk version 1.0 & version 2.0 aku dinobatkan sebagai Raja Komen kat SINI dan SINI. Alhamdulillah . . . ada la rezeki lebih buat kahwin Terima kasih to all blogger yang pernah kasi aku tips & anjurkan contest itu ini. 

Pagi ni aku akan menjalani Ujian Tapisan Kompetensi Pelantikan Kakitangan di dewan tempat aku nak bersanding bulan 9 nanti. Tak sempat nak study apa-apa. Tawakkal jela moga Allah permudahkan segalanya. 
Amin . . . .





Friday, August 3, 2012

Dejavu Di Kinabalu Versi II

Sapa dah tengok Dejavu di Kinabalu versi Ammar kahwin dengan Nadira????Aku dah tengok sebaik sahaja tahu ada di tayangkan di tonton. Meh aku share apa yang terjadi kalau Ammar kahwin dengan Nadira yang degil + pentingkan diri tu!


Credit :  Semua gambar dari tonton.com.my

Ni scene yang sama semalam. Bazli menangis sebab Nadira asyik cakap dia layak mati je. Apa entah Nadira ni, asyik cakap nak mati je. Sedih sangat part ni. Tapi sedih bagi pihak Bazli jela. Then esoknya scene yang sama macam ending semalam, Bazli kejar Ammar yang nak lari ke London. Nak lari dari masalah la konon nya. Ammar pun satu hal gak, nak lari je keje nya. Puas si Zahir yang cute tu pujuk dia suruh settle kan dulu masalah dia dengan Nadira.

Akhirnya Ammar menikahi Nadira tanpa pengetahuan Nadira. Lepas dah sah nikah, Ammar masuk bilik jumpa Nadira. Nadira terkejut sangat & bagitau Bazli dia nak Bazli jadi suami dia juga.

Bazli explain dekat Nadira dengan lembut sekali. Bazli kata, ni pengorbanan cinta dia buat kali terakhir. Melepaskan Nadira untuk kebahagian nya. Bazli tahu yang Nadira memang cintakan Ammar. Bazli letak tangan Nadira dekat jantung Nadira & suruh rasa apa yang dia rasa sekarang. So akhirnya , Nadira dapat menerima Ammar sebagai suami dia. 

Sedih gak time ni. Sob Sob ~

Then Ammar menunaikan hasrat hati Nadira untuk pergi ke honeymoon sweet yang diorang plan dulu. 
So sweetttttt ~

Ehem-ehem ~

Akhirnya Nadira mati di pangkuan Ammar. Terus Ammar jadi duda. Sedih gila part ni  >_<

Banyak pengajaran boleh kita dapat dari Drama Dejavu Di Kinabalu ni. Korang singgah la baca antara pengajaran yang boleh kita simpul kan dari Drama Dejavu Di Kinabalu dekat entry SINI

So apa pendapat korang?
Versi semalam or versi kedua yang best?
Kalau aku , aku lagi suka versi yang kedua. Versi semalam tu entah apa-apa entah. 

*Sapa la yang vote Bazli sampai Bazli leh kahwin & hidup bahagia dengan Nadira tu? hehe :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...