Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Jom Bercamping !!!

Harini hari Jumaat. Semua officemate aku bercuti. huhu~ Kami ada "Family Day". First time nak buat family day. Yela company kecik je tumpang plak duduk kat TM. So ni autopost yang aku dah sediakan untuk korang, haha ~ Kalau la korang sudi baca & follow blog aku :)

Gambar dr Website Tanah Aina Farrah Soraya

So kami akan ber Family Day selama 3 hari 2 malam di Tanah Aina Farrah Soraya, Raub Pahang. Mesti korang tak pernah dengar kan nama tempat ni. Tempat ni selalu orang pergi untuk "Team Building".. SIMPLYSITI SDN BHD pun buat team building kat sini, kalau tak caya tengok kat FB Tanah Aina <-- Klik Sini. ahakss . . .budjet retis plak aku ni. wekkkkk. Aku dah search beberapa blog yang update pasal Tanah Aina ni, majoriti memberi respon yang baik. Aktiviti yang sangat menyeronokkan. Jom tengok tentatif aku & officemate aku sepanjang 3hari 2mlm disana :

--------------------------------------------------------------

ATURCARA HARI KELUARGA 

TEMPAT : TANAH AINA FARRAH SORAYA,  RAUB PAHANG
TARIKH : 13 Julai 2012 – 15 Julai 2012

HARI : Friday – Sunday
FRIDAY
13 July 2012

12.00PM – Meet-Up at Genting Sempah
1.00PM – Check In
3.30PM - Tea
4.30PM – Fountain of Youth Waterfall & Leap of Faith Platform Jump
8.00 PM – Dinner
9.30 PM – Night Walk

SATURDAY
14 July 2012

7.30AM – Breakfast
9.30AM – Sukanika / Games
                - Durian / Fruits Fiesta
12.30PM – Lunch  
                - Penyampaian Hadiah
2.30PM – Flying Fox
4.30PM – Tea
7.30PM – BBQ Dinner
              - Celebrate Birthday (Untung la sapa besday bulan sama ngn BOSS, asyik sambut tempat-tempat
                 best!)

SUNDAY
15 July 2012

7.30AM – Breakfast
9.00AM - Fountain of Youth waterfall & Leap of Faith Platform Jump
12.00PM – Check-out
                 - Lunch
                - Bertolak Balik

------------------------------------------------------------------------

Gerak dari TM Kelana Jaya jam 10.30pg (janji Melayu kita tgk nnti).hehe~ Esok dan Ahad ada acara "Leap of Faith Platform Jump"   . . .  memang aku tak lompat la . . aku dah la gayat. huhu~ Leh tengok kat link you tube bawah ni. Memang la tak tinggi sangat tapi  . . .er . . .er . . .  TAK MAU laaaaa . . >_<



Anyway yang pergi untuk Family Day ni hanya 20 orang. Company aku ni tak besar mana pun.  Korang leh tengok berapa ramai je staff company aku time kami sambut besday aritu kat SINI. Yang meramaikan pun sebab family BOSS semua follow, jadi ramai la sikit. Officemate aku semua masih bujang dalam erti lain "Belum Berkahwin", jadi datang sorang jela. hehe~


Next week , nanti kan cerita aku sepanjang berCamping di sini. Tq pada yang sudi follow & baca cerita aku  . . .  <--tetiba je :)


Semoga Allah permudahkan dan semoga kami selamat pergi dan selamat pulang. 
Amin . . . 



Wednesday, May 16, 2012

Trip to Gunung Semanggol, Perak : Salam Perpisahan Sahabat

Isnin baru-baru ni , aku pergi ke Kem PLKN Murni, Gunung Semanggol di Perak bersama ayah aku. Pergi ke sana untuk amik adik aku , Atin. Tak sampai sebulan di PLKN tapi dia wat penangguhan sebab dapat tawaran masuk Matrikulasi & diploma. Aku sebagai peneman sbb adik-beradik yang lain keje susah nak cuti. Aku je senang-senang nak cuti. Senang la sangat :p 

Gerak dalam kul 11.30 pg. Nasib baik ada peta dah.

Berhenti di R&R Tapah, solat & makan . . 

Dalam kul 3.01 kot kami sampai. 

Dalam gila PLKN Gunung Semanggol ni. 



Akhirnya sampai juga :)

Papa menunggu Atin yang sedang membuat persembahan apa ntah. 

Ni gambar pentas time Atin wat persembahan. Sempat la amik kamera dari aku. wahahaha~

Kumpulan adik aku menang no 1. Gembira gila diorang. 

Ok, ni saat perpisahan adik aku & rakan-rakan baru nya di PLKN.

Rakan sekumpulan adik aku semua p hantar adik aku ke depan. Perpisahan oh perpisahan ~

Bergambar ramai-ramai. . . . . kecik bonar adik aku ni. Tapi leh plak jadi KETUA DORM & KOMANDAR KAWAD KAKI !!! :D

Aku zooming, sbb adik aku ni kecik sangat :p

Acara peluk-peluk kali terakhir. Nangis-nangis sekali :D





Sedih pula aku tengok time ni.

Yang lelaki pakai bj iban tu kebetulan orang Bandar Baru Bangi gak. huhu~


Lambaian dari rakan-rakan PLKN
Yang baju pink ni pun salah sorang yang abis awal sbb nak masuk form 6.

Tata  semua ~

Lambaian dari adik aku dengan baldi hijau nya :D
Salam perpisahan wahai sahabat >_<

Rasa macam terkeluar dari AF plak :D

Gambar adik aku baru lepas menangis.



Kami gerak balik dalam kul 5.31 petang. Sampai rumah dalam ul 10 malam. Alhamdulillah ~

So, sekarang adik aku kena decide sama ada nak sambung study di Matrikulasi Pulau Pinang or Diploma di UiTM Jengka Pahang. Moga Atin wat pilihan yang tepat . Amin >_<



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...