Harini hari Jumaat. Semua officemate aku bercuti. huhu~ Kami ada
"Family Day". First time nak buat family day. Yela company kecik je tumpang plak duduk kat TM. So ni autopost yang aku dah sediakan untuk korang, haha ~ Kalau la korang sudi baca & follow blog aku :)
So kami akan ber Family Day selama 3 hari 2 malam di
Tanah Aina Farrah Soraya, Raub Pahang. Mesti korang tak pernah dengar kan nama tempat ni. Tempat ni selalu orang pergi untuk "
Team Building"..
SIMPLYSITI SDN BHD pun buat team building kat sini, kalau tak caya tengok kat
FB Tanah Aina <-- Klik Sini. ahakss . . .budjet retis plak aku ni. wekkkkk. Aku dah search beberapa blog yang update pasal Tanah Aina ni, majoriti memberi respon yang baik. Aktiviti yang sangat menyeronokkan. Jom tengok tentatif aku & officemate aku sepanjang 3hari 2mlm disana :
--------------------------------------------------------------
ATURCARA HARI KELUARGA
TEMPAT : TANAH AINA FARRAH SORAYA, RAUB PAHANG
TARIKH : 13 Julai 2012 – 15 Julai 2012
HARI : Friday – Sunday
FRIDAY
13 July 2012
12.00PM – Meet-Up at Genting Sempah
1.00PM – Check In
3.30PM - Tea
4.30PM – Fountain of Youth Waterfall &
Leap of Faith Platform Jump
8.00 PM – Dinner
9.30 PM – Night Walk
SATURDAY
14 July 2012
7.30AM – Breakfast
9.30AM – Sukanika / Games
-
Durian / Fruits Fiesta
12.30PM – Lunch
-
Penyampaian Hadiah
2.30PM – Flying Fox
4.30PM – Tea
7.30PM – BBQ Dinner
-
Celebrate Birthday (Untung la sapa besday bulan sama ngn BOSS, asyik sambut tempat-tempat
best!)
SUNDAY
15 July 2012
7.30AM – Breakfast
9.00AM - Fountain of Youth waterfall &
Leap of Faith Platform Jump
12.00PM – Check-out
- Lunch
-
Bertolak Balik
------------------------------------------------------------------------
Gerak dari TM Kelana Jaya jam 10.30pg (janji Melayu kita tgk nnti).hehe~ Esok dan Ahad ada acara "Leap of Faith Platform Jump" . . . memang aku tak lompat la . . aku dah la gayat. huhu~ Leh tengok kat link you tube bawah ni. Memang la tak tinggi sangat tapi . . .er . . .er . . . TAK MAU laaaaa . . >_<
Anyway yang pergi untuk Family Day ni hanya 20 orang. Company aku ni tak besar mana pun. Korang leh tengok berapa ramai je staff company aku time kami sambut besday aritu kat SINI. Yang meramaikan pun sebab family BOSS semua follow, jadi ramai la sikit. Officemate aku semua masih bujang dalam erti lain "Belum Berkahwin", jadi datang sorang jela. hehe~
Next week , nanti kan cerita aku sepanjang berCamping di sini. Tq pada yang sudi follow & baca cerita aku . . . <--tetiba je :)
Semoga Allah permudahkan dan semoga kami selamat pergi dan selamat pulang.
Amin . . .