Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Friday, December 7, 2012

Posing-posing @ Zoo Taiping (Part II)

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni hari Jumaat. Aku kini sedang bercuti. Cewahhhhh . . . Actually , sepupu aku di Alor Setar akan menamatkan zaman bujangnya pada malam ni (malam ni akad nikah). Jadi , hari ni aku bertolak. Hari Sabtu , kenduri KEMBAR AKU a.k.a SAYA DISINI. InsyaAllah aku cuba pergi Sabtu ni. Hari ni jom layan gambar-gambar aku bersama anak-anak sedara aku masa kami melawat Zoo Taiping- 20 November 2012 yang lalu (basi sudah!)

Aku & 5 Orang anak :)


Ikut ketinggian. En Suami bersama Hadif & Haziq yang banyak cerita.

Ayah & Mak Mertuaku bersama Anje.

Cik Bie dengan Dija Kentut Sikit & Anje  :D

Tengok la apa yang dikorek oleh Si Haziq & Si Anje tu. . Yang Si Hadif tu posing baik punya. 

Posing sakan. Banyak betul gambar Si Haziq ni :D

Gambar AFASZ & AIZU AMROS (dah 

Khusyuk semua tengok BUAYA :D

Sesi bagi makan pisang + anggur.

Peace . . . . 

Dija takut dengan BUAYA tipu !!!


Cangkung tengok FLAMINGO

Ni aku snap masa aku amik gambo dengan ULAR ALBINO dekat ENTRY SINI.

Snap masa kat Kedai Cenderahati di Zoo Taiping

Keychain Zoo Taiping

Fridge Magnet Zoo Taiping

Ni anak sedara aku punya. Yang FASZIQ tu bukan gabungan nama aku ye. Tu gabungan nama HAZIQ + nama GF dia. Kecik-kecik dah ada GF. aippp !

Tadaaaaa . . .  kenangan di ZOO TAIPING. Bergambar dengan ULAR ALBINO. 


Tuesday, November 27, 2012

Medan Cendol & Laksa @ Kuala Kangsar , Perak

Assalamualaikum  . . .  korang dah lunch? Aku lunch bekal dari rumah je. Time lunch ni, nak share gambar makanan. Sambungan dari percutian aku bersama family baru aku di Cameron Highland. Selepas bermalam di Tanah Rata Cameron Highland selama 2 malam, kami gerak ke Taiping pula, rumah my SIL. Syok nye dapat jalan-jalan satu family. Kami singgah Ipoh , rumah mak mertua Kakak Ipar aku then lalu Kuala Kangsar singgah makan tengah hari. Jom tengok apa aku makan. Sedap ke makan kat sini wahai SayaDisini ? =p

Makan disini. Bukan SayaDisini tau. wahahaha

Pasembor. 
Rasa dia biasa je. Sikit je , kalau order 2 pun habis kot. :D

Mee Rebus 
En Suami order ni. 

Laksa my MIL, SIL & my niece makan, tapi aku tak snap. Sebab diorang duduk meja asing. Tak muat satu meja. 

ABC Kuala Kangsar
Nampak sedap kan . . yummy ! Yang ni anak saudara aku punya. Kuat makan dia ni. 

Cendol
Yang ni aku & En Suami punya. Sedap woooo !!!! Nama tempat dia medan cendol & laksa, maybe laksa & cendol dia yang menjadi daya tarikan. Aku pergi order Pasembor buat apa. hehe~

Anak saudara aku yang makan banyak. Dia makan Nasi Goreng Ayam + ABC.

Yang ni Hadif, lambat betul dia makan. Sikit je dia makan. Tapi Mee Goreng dia sedap la. Makan panas-panas. 

Ha ni la gerai nye. Rasa rugi plak tak makan Laksa. Haritu macam tak selera nak makan makanan berkuah. Sekarang rasa rugi plak. hehe~ 

Agak-agak bila aku boleh singgah sini lagi ek , nak gak rasa Laksa dia. 
Mesti kembar aku a.k.a SayaDisini nak komen entry ni kaw kaw kan . . . yela negeri kelahiran dia. 
Esok aku update apa aku makan kat Tanah Rata Cameron Highland. Kalau rajin :)



Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday : Percubaan pertama yang berani



Thursday, August 2, 2012

Juadah Bebuka 12 Ramadhan 1433H

Semalam aku balik lewat. Selalu 4.30pm dah balik, semalam balik dekat kul 6pm. Tunggu orang abis meeting , tapi aku tak join meeting pun, hehe~ Balik kul 6pm terus balik rumah. Perjalanan hanya ambil masa 5minit kalau tak jem. hehe ~ Dokek bonar  . . .  sampai-sampai je, Kembar aku tengah masak. Nyum nyum ~

Ikan Pekasam Tasek Raban
Ni aku tolong goreng. Nyum nyum. Ikan pekasam keluaran Lenggong. Leh tengok kat SINI, kalau nak tempah. eh jual ke Tini? hehe ~ 

Sup sayur
Pelbagai jenis sayur ada . Kembar aku masak . . Cukup berkhasiat.

Sambal Kentang
Kembar aku teringin lagi nak makan so, dia masak lagi. semalam Kak Fazza masak.
 
Ayam Masak Kicap
Yang ni lauk semalam , ada lagi sikit.  . . 

Buah Epal
Kaya dengan vitamin C. Bagus untuk diet yang seimbang. wahahaha ~ poyosss je nak diet. 

Gambar nasi tak payah la amik, korang dah tahu rupanya kan. Aku bebuka dengan kurma . Air Laici kurang manis pun ada. Bagus untuk kesihatan. 

Kurang kan gula dalam minuman , lebihkan dalam senyuman :D
Korang bebuka apa semalam???


Wednesday, May 16, 2012

Trip to Gunung Semanggol, Perak : Salam Perpisahan Sahabat

Isnin baru-baru ni , aku pergi ke Kem PLKN Murni, Gunung Semanggol di Perak bersama ayah aku. Pergi ke sana untuk amik adik aku , Atin. Tak sampai sebulan di PLKN tapi dia wat penangguhan sebab dapat tawaran masuk Matrikulasi & diploma. Aku sebagai peneman sbb adik-beradik yang lain keje susah nak cuti. Aku je senang-senang nak cuti. Senang la sangat :p 

Gerak dalam kul 11.30 pg. Nasib baik ada peta dah.

Berhenti di R&R Tapah, solat & makan . . 

Dalam kul 3.01 kot kami sampai. 

Dalam gila PLKN Gunung Semanggol ni. 



Akhirnya sampai juga :)

Papa menunggu Atin yang sedang membuat persembahan apa ntah. 

Ni gambar pentas time Atin wat persembahan. Sempat la amik kamera dari aku. wahahaha~

Kumpulan adik aku menang no 1. Gembira gila diorang. 

Ok, ni saat perpisahan adik aku & rakan-rakan baru nya di PLKN.

Rakan sekumpulan adik aku semua p hantar adik aku ke depan. Perpisahan oh perpisahan ~

Bergambar ramai-ramai. . . . . kecik bonar adik aku ni. Tapi leh plak jadi KETUA DORM & KOMANDAR KAWAD KAKI !!! :D

Aku zooming, sbb adik aku ni kecik sangat :p

Acara peluk-peluk kali terakhir. Nangis-nangis sekali :D





Sedih pula aku tengok time ni.

Yang lelaki pakai bj iban tu kebetulan orang Bandar Baru Bangi gak. huhu~


Lambaian dari rakan-rakan PLKN
Yang baju pink ni pun salah sorang yang abis awal sbb nak masuk form 6.

Tata  semua ~

Lambaian dari adik aku dengan baldi hijau nya :D
Salam perpisahan wahai sahabat >_<

Rasa macam terkeluar dari AF plak :D

Gambar adik aku baru lepas menangis.



Kami gerak balik dalam kul 5.31 petang. Sampai rumah dalam ul 10 malam. Alhamdulillah ~

So, sekarang adik aku kena decide sama ada nak sambung study di Matrikulasi Pulau Pinang or Diploma di UiTM Jengka Pahang. Moga Atin wat pilihan yang tepat . Amin >_<



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...