Showing posts with label Sambal Sotong Petai. Show all posts
Showing posts with label Sambal Sotong Petai. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Juadah Bebuka 23 Ramadhan 1433H

Semalam aku bebuka di rumah baru Kaklong aku. Diorang dah mula duduk rumah yang baru di renovate. Alhamdulillah , dapat juga diorang masuk rumah before raya. Minggu ni family aku habiskan masa di rumah, mengemas rumah tapi baru sikit je kemas. Aku pula sibuk siapkan persiapan kahwin. Nasib baik la rumah akak aku ni dekat je dengan rumah kami. So kul 7.16pm baru gerak dari rumah. hehe~ So jom tengok apa menu kami bebuka semalam. Tapau je dari restoran kegemaran family aku (mesti korang tahu kan restoran apa?)

Sambal Sotong Petai

Sambal Udang Petai

Sayur Goreng Kangkung Belacan

Sup Sayur

Tom Yam Campur

Bubur Lambuk
Ni amik kat Surau Al-Ehsan.

Buah Tembikai. 

Air Ribena Laici. 
"Kelas kau Kaklong "


Kuih-muih dari bazar pun ada. 

Excited adik aku ni nak bebuka. Air sampai 3 gelas !!!


Semalam aku dah langgar pantang!!!! Makan sotong + udang dengan rakusnya. Pastu mula la naik gatal. 

Susah la nak pantang makan !!!!
Lagi 1 bulan 1 hari je nak bertukar status~



Tuesday, April 24, 2012

Selamat Hari Lahir Mama & Atin

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan April dah. Dalam bulan April ni ada dua orang besday girl dalam family aku. Mama (8 April) & Atin ucukkkk sikit (16 April). Jom layan gambar la . . setiap gambar ada lagu (eh! mcm iklan Yuna pula)

Atin dapat hadiah sempena besday + 6A in SPM dari Papa & Mama
- Dari aku masih belum lagi. Tgg la gaji ahaks ~

Kumpulan hijau ke apa ni? Ikut ketinggian plak tu. 

Baas (abg aku) + Ya Ucukkkk (Adik bongsu ku)
Specky betul la family aku ni :)

Macam biasa la, bila time besday family aku, kami p makan di Restoran Village View, Jalan Reko Kajang. Jom tengok lauk-lauk yang kami makan sehingga menjilat jari.



Ayam Pandan
Makan panas-panas cicah sos. Memang sedap.Melecur jari

Ikan Siakap Masak Stim Limau
Color dia agak lain & kuah pun sikit, sebelum ni kuah dia byk sikit & color cam putih-putih sikit

Tom Yam Putih
Hirup time panas memang superb la Tom Yam dia !!!

Sotong Sambal Petai
Sambal dia memang pedas meletup ~

Kerabu Mangga
Cukup rasa kerabu mangga dia. Sedap bangat ~

Kangkung Goreng Belacan

Nasi Putih

Cincau Laici

Laici Ais

Fresh Orange

Teh O Ais Limau Besar Punya !

Besday Girl sila bubuh nasi :)

Sambil makan kami menonton perlawanan bola sepak, tak ingat la apa lawan apa. Agak bising la suasana sorakan GOAL !!! 


  

Habis sudah ~ 
Gambar aku takde sebab aku la photographer & pemegang sah kamera Lumix FH20

Alhamdulillah , 
Allah panjang kan usia Mama & Atin. Moga kita sekeluarga diberikan kesihatan yang baik, ketenangan hati, kebahagian dan dimurahkan rezeki. 
Amin  . . . 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...