Saturday, July 30, 2011

Makan durian untuk AWET MUDA

Minggu ni balik Bangi ! yeay! Alhamdulillah selamat sampai , haha mcm la jauh bebenor. Sampai je kat umah terus p dapur tengok apa yang ada. Sekali buka peti ais ada DUROYAN la. Nyum! Nyum! Makan sehingga menjilat jari.


Dah terlanjur aku makan doroyan ni, tetibe aku nak wat research pasal KHASIAT buah Doroyan. Dah tak da wat apa-apa kat umah, aku pon mula la meng google. Ini hasil nye:

1-Durian merupakan buah yang mempunyai anti-oksidan yang tinggi
- dapat menurunkan kolestrol dan membersihan darah
- membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok.
- Mengurangkan proses penuanan ---> AWET MUDA (betul ke??? em...betul la tak caya p baca kat sini --> http://id.88db.com/id/Knowledge/Knowledge_Detail.page?kid=10400
- Baik dimakan ketika demam --> eh! Yeker?

2-Durian mengandungi zat besi yang tinggi
- mengelakkan jangkitan kulat dengan membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan

3- Durian mengandungi asid amino dan vit B , C dan E
- Trytophan adalah bahan yang didapati di dalam asid amino yang merupakan keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormone yang memberikan ketenangan dan kecerian serta penawar INSOMNIA. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Nilai Nutrisi setiap 100 g durian

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144





4 comments:

  1. puasa puasa....sabar..............(tgk gmbo doryan)

    ReplyDelete
  2. sabar yer..kalau nak makan duyan, dtg umah KJ akak, ada dak umah bawk duyan + rambutan+manggis dll...

    ReplyDelete
  3. fuhh bnyk gak khasiat nyer ek

    ReplyDelete
  4. yup. byk gak khasiat dia yg kite tak sedari..hehehehe...jom la makan durian byk2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...