Friday, June 20, 2014

Playtime at Kidzooona Aeon Taman Equine

Assalamualaikum sahabat-sahabatku.. chewaaahh.. Harini ada masa sikit nak update blog. Hari Ahad lepas lepas En Suami bawa aku & Umaira Solehah ke kenduri kawan office En Suami di Serdang dalam entry SINI then kitorang singgah AEON Taman Equine. Kira first time p sana. Selalu pergi AEON Balakong je. Yela mesti dah bosan pergi tempat sama je kan. hehe~


Dah tempat baru, mula la kami explore. Datang sini bukan nak shopping pon. Window shopping + bawa Umaira Solehah jalan-jalan. Then ternampak plak Kidzooona ni. Aku ada la gak google tempat ni sebelum ni. Then bawa la masuk my little princess.. Jom tengok apa yg best kat sini.


Yang ni Umaira Solehah tak pandai main lagi. Mainan kecik-kecik. Ada mainan masak-masak, solek-solek , bertukang dll.

Yang ni pon Umaira Solehah tak boleh main lagi sendiri. Kang kene hempap dek abg-abg yg lompat tu. 

Syok nye kalau aku dapat main gelongsong ni. hehe. 

Papa Umaira Solehah teringin nak main ni. wahaha.. 

Tak dapat nak main yang ni. Ramai je budak duk main lama-lama. Sian Umaira Solehah.

Main stereng kereta lain.. Lama gak la dia duduk. Favourite dia la ni !!!

Setia main ngn bola ni. Lama dia main sampai kitorg yg bosan suh dia main benda lain. hehe~

Papa main lego, Umaira Solehah tetap ngn orange ball tu !
Apa la dialog antara mereka tu ek???

Kasi dia duduk je atas tu. Umaira Solehah suka sbb bile letak atas tu automatik lantun-lantun badan dia dek kerana ada orang lompat-lompat. hehe~

Main terowong. Umaira Solehah je la muat. Mama & Papa tak muat. 

Ha kan dah kata, Papa Umaira Solehah tak muat. Nak gak dia masuk dlm tu !

Umaira Solehah paling suka + paling lama main kat sini. Main tolak-tolak benda kuning tu.. Mama & Papa nye pon suka main. hehe~

Ha ni bukti nye. Papa Umaira Solehah punye tangan!!!

Dah kenapa menangis + senyum ni ??? Jeng jeng jeng....

Al kisah ...budak cina tu ingat barang yang dia baling terkena tangan Umaira Solehah, rupanya tak kena pon. Budak cina tu nak tengok tangan Umaira Solehah terkena ke tak, sekali dia nangis. Yela dia dah kenal orang. hehe~ Cuak budak cina tu siap kene marah ngn ayah dia kot. Padahal dia tak bersalah pon. :)

Umaira Solehah naik kuda biru.... 

Last but not least... posing ala nampak gigi 2 batang ... 

Nanti Umaira Solehah dah pandai jalan kita p lagi ye Papa... 
Umaira Solehah tak naik lagi gelongsor besar tu. Banyak mainan yang Umaira Solehah tak main lagi. 

Lepas main-main.. tidur kepenatan.. 

Bagi korang yang nak singgah sini leh tgk lokasi nya kat website SINI
Weekend - RM15 
Weekdays - RM10
Main la lama mana pun nak.. 

Daa... gu depan dah masuk bulan puasa.
Apa persedian korang?

18 comments:

  1. Comelnye tempat dia. Ssuai la..tempat kanak2 berseronok pun hade.

    ReplyDelete
  2. ala...comelnya umaira..geram lak tengok mainan dalam kidzoona ni..kita yang dah dewasa pun teringin nak main..hehe

    ReplyDelete
  3. syok umaira teroka tempat baru ye
    lama dh tak gi jj equine.dlu ddk sana jj la sokmo pergi. hihi

    ReplyDelete
  4. Aku ingt last skali ko nk sebut psal dagu umaira...hehe..ok tggu rayyan bsaq cket mna tau ley date kt cni ye...:P

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Alaaa kuchi kuchi si comel umsira tu, assalam umaira, suka lah tu dpt main2, auntie Jm yg tgk ni pun teruja jgk :-)

    Ahaaa baru tahu pasal tempat ni nanti boleh bwk anak buah ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon baru tahu lepas google aritu, sbb en suami kata nak bawa g jalan sini, tu yg singahh

      Delete
  7. Alololo....comel sungguh dia erk....geram tgok Umaira la....comel jer..dh pandai berjalan ke belum ni?

    ReplyDelete
  8. Sonoknye umaira solehah main2 tuh..nnt qisya dh pandai main, main sesama ngan qisya yeee..hehe..

    Sian budak cina tuh..dh la comel2 gie kat umaira solehah..sbb ingat bola kene tangan umaira solehah..sekaliiii kene marah daaa..siannn..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom ler , umaira solehah nak main sama ngn qisya

      Delete
  9. Mak bapak pon kena bayo ke RM15? ke anak je....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak bapak takyah ler... Anak jer yg main hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...