Showing posts with label Gathering bandar baru bangi. Show all posts
Showing posts with label Gathering bandar baru bangi. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Cerita Gathering Glamour Raya 2012

Assalamualaikum ya sodikoti . . . 
Cerita minggu lepas baru aku nak update. huhu~ Busy wahahaha ~
Layan gambar & ceritanya la. . . 


Register dulu before bergathering.

Tulis nama pada selotep as name tag. Senang nak kenal satu sama lain.

Kat cawan pun kena letak nama. Save budjet. 

Tuan rumah berbaju biru - Dato' LF
Banyak gak gambar aku dari lensa kamera Dato' LF. 
I like !

Wife Dato' LF

Kak Ros nampak je orang tengah snap gambar kan. hehe~

Kak Hanie & suami nya sedang makan.
Macam pengantin baru plak. So sweet !

Bakal blogger - En Aizuddin
Dah create blog tapi masih tak sempat update.

Bersama blogger + classmate form 4 & form 5 aku di SMKBBB - Pojie
Gambar ni En Suami yang snap. Abg tak marah kan. hehe~

Blogger Eazy Izzuddin (blogger paling muda kot yang join gathering ni)

Apa la yang diborakkan Kak June & Kak Azie tu. Seronok je tengok. Gambar candid , baru happening kan.

Khusyuk Kak Aininoraini  makan sambil sembang . . . 
Yang baju merah tu husband Kak Cik, yang specky tu husband Kak Aininoraini ek?

Anak dara Kak Aininoraini  kan?

Bersama Kak Cik. Rasa macam berdiri di sebelah ibu. >_<

Kak Ana yang baru sampai. Kami baru lepas snap gambar ramai-ramai.


Abg Zam & Iffah yang comel ! Nanti nak buat entry khas ngn Iffah yang comel mulut mucung.

Kerul - Our photographer
Cantik gambar-gambar dari lensa kamera Kerul salah satu nya, gambar di bawah ni. hehe~

Adapun gambar berdua. Credit to Kerul 


Semua nak bergambar dengan Wani (Deejay Hotfm Kelate)

Aku pun nak gak menyelit
Dari kiri : Kak Acu , Kak Aininoraini , Kak Ida, Wani (Deejay Hotfm Kelate), Aku yang tersepit, Kak Ros ,  Kak Hanie


Bersama blogger +akak-akak yang cun. Kalau kita salah tag, betulkan ek.
Berdiri dari kiri : Kak Aininoraini, Kak Acu, Peace dari Aku, Kak Hanie, tak pasti siapa (nukilan-mawar ek?), Kaklong, Kak Azie & Kak Ida
Duduk dari kiri: Kak Ros ,  Kak Hanis Azla, Kak Cik, Makchaq, Kak June & Kak Ana

Dah nak balik sempat lagi snap gambar dengan Uncle Gedek.
En Suami yang amik. Gambar versi senyum. Gambar versi series pun ada. huhu~ 
Terselit digambar - Khairul baju oren & Wife Dato' Lf bj oren juga.


Antara blogger yang tiada dalam lensa kamera Afasz - PCL, Pak Ngah Hamzah, Atuk phd
Jam 12.17tgh hari aku dah gerak balik. Pergi ke kenduri kahwin member aku. Antara blogger yang tak sempat aku gather-gather :

Izzy Izzudin
Maiyah

Walaupun aku tak sempat jumpa, tapi aku sempat la jengah + follow semua blog berdasarkan list blogger yang datang dari blog Kak Cik ni. Salam ukhuwah dari Afasz. Moga ada lagi gathering macam ni lepas ni. Seronok dapat bergathering beramai-ramai macam satu family >_<




Tuesday, September 25, 2012

Ada gaya Uncle Gedek tak?

Ahad lepas aku pergi gathering blogger di Bandar Baru Bangi bersama En Suami. Masa gathering tu, aku tunjuk la url blog Unlce Gedek dengan stail dia bergambar dia. Then En Suami try tiru. hahahahahaha . . .  lawak-lawak. Esok nya dia kata nak buat blog tapi puas fikir nama blog  & akhirnya dah create tapi masih tak tahu nak update pasal apa. Maybe dia nak tiru macam blog  Unlce Gedek kot. hehehe ~

Rasanya macam tak menjadi la. Kena simpan rambut panjang macam Uncle Gedek dulu. 
:D

Jom singgah & layan gambar Uncle Gedek kat SINI


Saturday, September 22, 2012

Gathering Glamour Raya!!!!

Dah bersawang ke blog aku ni???? Since cuti kahwin aku malas nak update walaupun ada je masa. Nak update blog bukan nye susah pon. :D

So hari ni aku nak update event yang akan berlangsung esok. Walaupun HARI RAYA dah berakhir masa wedding aku baru-baru ni, tapi ada je yg masih buat OPEN HOUSE bagai. . . 


Esok akan berlangsung nye GATHERING GLAMOUR RAYA iaitu gathering semua blogger. Detail :

Hari / Tarikh / Masa :
Ahad /23 September 2012 / 10 pg - 5 ptg
Tempat : 
Kediaman Dato' LF, 
No 8 Jalan 3/6F
Bandar Baru Bangi

Konsep : Potluck
Tema : Glamour Raya

Peta Lokasi boleh klik SINI


InsyaAllah esok aku akan hadirkan diri bersama suami (setakat ni dah comfirm nak pegi, tak tahu la kalau tak jd last minit kan) Juadah untuk dibawa ke GATHERING GLAMOUR RAYA tak sure lagi. hehe~Tunggu dan lihat jela nanti!!!

Kepada semua blogger JOM LA kita memeriahkan lagi gathering ni !!!!!




Tuesday, May 22, 2012

Berkelah bersama blogger @ Taman Tasik Cempaka, Bangi

Ahad lepas, aku p berkelah dengan blogger-blogger. Aku tahu pun dari blog Kak Cik. So, aku decide nak p. Ada yang aku dah pernah jumpa masa gathering di umah Dato' LF & ada yg baru aku kenal. Jom la layan gambar yang aku snap.

 Kak Hanie & family.
 Balik dari berkelah , aku cari FB kak Hanie, sekali kak hanie ni kawan kepada lecturer aku di UiTM Perlis, Madam Norfiza yang merupakan supervisor aku time final projek. . . .  Kecik je dunia ni kan. . . 

Kak Cik dengan Iffah . . . 
Aku nak amik dia, dia tak mo. . . leh plak Kak Cik kata, dia nak sama saiz ngn mak dia kot. . . hehe~

Iffah dengan ayahnya. Masih tak nak dengan aku :(

Kak Azie dengan Iffah . . .
Tengah promote keropok ke apa ntah tu . . .  2 singgit :p

Kak Hanie tengah makan nasi lemak ek . . 


Jadi meriah & ramai dengan anak-anak. 


Antara juadah yang ada . . warna warni macaron tu kan . . . 
Aku bawa kuih-muih yang dibeli je. hehe ~

Antara yang aku makan, muffin kecik tu kak June Aina yang buat (homemade gitu) Sedap !

Ni Kak Ros yang bawak 

Kak Ana & anak bongsu nya 
Kalau tak silap , anak kak Ana semua nye boy kan? 4 boy. . . kan ?

Aku yg sedang menikmati nasi lemak yang aku kata sedap tu >_<


Ni Atin (bukan blogger ye) a.k.a adik aku . . . 
Minggu depan nak start belajar di Matrikulasi Pulau Pinang. . 
Akhirnya dia telah membuat pilihan :)


Yang baju biru + tudung biru tu Kak Yan


Air sirap buatan Kak Azie & Kak Hanie kalau tak silap, tgk dr blog Daddy Ziyad
Oh! Blog retis dah sampai . . . .sapa blog retis tu ek?

Sapa lagi kalau bukan Broframestone , siap bawak anak lagi. eh~ bukan tu anak Kak Ana td. :p
Orang terakhir yang sampai  :D

Ini sesi Broframestone makan sambil diberi nasihat dan tunjuk ajar dr Dato' LF

Ok ni dah masuk sesi bergambar  . . .Kak Cik bersama Kak Acu Sayang ~

Akhirnya . . . dapat juga aku pegang si Iffah ni . .. eeeeee geram !!!! 
Pandai dia senyum , kecik-kecik dah pandai bergambar, sapa la ajar ni?hehe ~ of coz mak dia kan :p

Mak Iffah ke ayah Iffah yang ajak pose depan kamera ek? Tengok dari gaya di atas mcm ayah Iffah yang ajar. hahahahaha ~ Bapak borek , Anak rintik.

Proffesional Photographer  . . . 
Lepas ni beli remote control untuk kamera la. Tak payah nak lari-lari dah :D

Semua dah nak balik dah . . . time ni kul 11lebih rasanya.

Bergambar beramai-ramai ~


Gambar ramai-ramai
credit to Kak Hanie




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...