Showing posts with label Jerteh. Show all posts
Showing posts with label Jerteh. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Rumah Terbuka Y.B. Haji Muhammad Pehimi bin Yusof @ Kampung Raja, Jerteh

Tahun ni kami sempat singgah dua buah rumah terbuka adun Jerteh. Satu yang aku dah update semalam kat SINI. Satu lagi ni rumah Y.B. Haji Muhammad Pehimi bin Yusof yang terletak di  Kampung Raja, Besut Terengganu. Rumah terbuka telah diadakan pada hari raya ketiga. Kami pergi ke rumah terbuka sebelum gerak balik ke Bandar Baru Bangi. Jom layan gambar yang aku sempat snap dalam kepanasan. :)


 Ada dua orang tu tengah beratur . . . untuk apa ye???

Bersalam-salam kemaafan sambil dapat duit raya. Tapi yang jaga nya anak YB tu. 


Antara juadah yang ada ialah Tapai kegemaran mak aku.

Ketupat bukan kegemaran aku :)

Mak aku makan tapai 

Sate ada tapi tak makan. Masa ni sangat panas. Kerusi pun tak banyak. Jadi kurang selera. Aku makan nasi berlauk je, ada lauk gulai + sambal belacan + sambal ikan bilis. Sedap wooo~

Ada yang sempat bergambar dengan YB.
Budak baju merah tu marah plak aku amik gambar dia. hahahahaha~

Sebelum gerak ke kereta , kami amik ice cream. Perghhhhhhh~ 


Tahun lepas pun pergi rumah terbuka YB ni, tapi aku tak update kot entry. Cari-cari takde plak. Dah la time p umah terbuka tahun lepas kami pakai bj yg sama :)

Recycle baju raya. Baju masih elok . . . 
:)






Monday, September 3, 2012

Sesi Fotografi Di Hari Raya Pertama

Hari dah masuk 16 Syawal. Sekejap je rasa. Aku baru terkebil-kebil nak share gambar raya lagi. Mood nak update blog ada. hahahahha~ Kembar aku plak baru sikit mood nak update. Malas nak bebel panjang-panjang. Korang layan gambar jela. Gambar raya family belah mak aku. Mak aku 3 beradik sahaja. Lokasi : umah Cik Su Kampung Nyiur Tujuh, Jerteh.

Keluarga aku. Kaklong & abg ipar aku beraya di Perak.

Kami adik beradik

Keluarga Cik Su 

Faiz & As - Pengantin baru la jugak ni , bulan 3 2012 aritu. 

Adik beradik mereka.

Keluarga Cik Long

Bersama sepupu - semua anak dara.

Bergambar beramai-ramai. Self timer !!!

Gambar nenek aku takde plak. Dia menunggu tetamu di rumah. Malam raya baru dia datang umah makcik aku. Tak dpt la bergambar ngan mak sekali >_<

OK sambung next entry, ada meeting :D

Tuesday, August 28, 2012

Aktiviti Malam Raya di Jerteh

Alhamdulillah . . .  tahun ni dapat juga aku bersama family aku beraya bersama nenek aku di Jerteh. Sempat main bunga api. ngeh ngeh ~ Tahun lepas pun main bunga api , leh tengok entry kat SINI.


Budak baru belajar menulis.  . . 
I kecik sangat, LOVE tu dah cantik dah, U besar benorrrrr. . . 

Yang ni OK dah .


Itula aktiviti kami di malam nak raya. Seronok gak main bunga api ni sampai ada yang terluka di kaki. hahahahahahahahaha !!!!!

Belum main MERCUN lagi !!!



Wednesday, April 4, 2012

Majlis Bertandang Faiz & Asmaliza

Ahad, 11 Mac 2012 : Kampung Nyiur Tujuh, Jerteh 

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan  April dah. Bulan lepas aku ada update Majlis Akad Nikah & Majlis Resepsi sepupu aku ni. Kali ni majlis di belah kampung kami pulak. Baru sempat nak update. 

Sepupu aku yang lelaki tu. Mereka bersama Pika yang comel ~

Saat-saat ketibaan pengantin.

Sama kan muka diorang adik beradik. 

Katok oh Katok di situ sbg photographer ~

Tema Orange Hitam , cantik !!

Sama cantik sama padan.

Berdoa.

Bersama parent kedua belah pihak

Bersama adik beradik

Kami bersama pengantin. Sesi BEBAS tapi kenapa dua orang jejaka belah kanan tu series je?
Mama dah pandai posing la.
  

eh! Abg Fauzi tukang bg bunga telur??? hehe~ sebenarnya dia tukang angkat je, berat sikit yang jenis kaca tu. huhu~ BOTAKS

Dua jejaka hot menjaga bunga telur untuk tetamu. :p

Sesi makan beradab. Tetiba teringin la pulak FRESH ORANGE tengah demam-demam ni.

Pengantin bersama Kaklong & my BIL


Tengok atas semua. Curi tulang ek korang.

Sempat snap bilik pengantin yang serba oren.

Si penjaga bunga telur yang setia. Yang lain dah lepak ke lain. 


Tu jela . . . gambar nye. Banyak gambar nye tp tak dapat tempek semua. Nanti next entry la ek. Tepat jam 6.30 petang kami gerak balik ke Bandar Baru Bangi.

Cantikkan tema oren ni?
>_<


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...