Showing posts with label selamat hari raya 2012. Show all posts
Showing posts with label selamat hari raya 2012. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Beraya ke rumah Kak Fazza @ Hulu Langat

Dua minggu lepas, aku sempat beraya umah housemate aku, Kak Fazza di Bt 14, Hulu Langat. Jom layan gambar. Dari gambar je korang dah tahu cerita  . . hehe ~

Bersama dengan tuan rumag bebaju kurung bertudung pink, Kak Fazza


Aku dengan Kembarku. 
Kelihatan aku lebih tembam . .  tak sempat dah nak diet. Lagi 3 hari je >_<

Suri - Aku - Kembar
Susun ikut ketinggian

Ni anak sapa la ni . . . 

Makan time. . . Penuh meja makan belah sana ngn juadah. 
Agak-agak apa kami makan ek?
Tunggu next entry k :)

Hamid berbaju pink & Suri bertudung merah hitam . . . 

Kembar ku dah pandai pakai shawl dengan penuh gaya. Kalah aku ~
Banyak nye laksa dia makan , hehehe~ 

Bergambar bersama ibu Kak Fazza sekali . .  peramah orang nya. Siap buka rahsia pasal nama manja Kak Fazza lagi :D

Raya dah nak abis . .  aku masih wat entry raya. Yela. . .  ni je bahan yg ada untuk raya. hehe~
Dah tahu rumah Kak Fazza senang la nak datang kenduri Kak Fazza nanti. huhu~ 
Raya haji nanti akak masak Mee Kari pula tau  . . . 





Wednesday, September 5, 2012

Juadah di Rumah Terbuka YB @ Jerteh

Layan gambar jela . . tengok gambar je dah tahu apa benda kan. . .  hehe~

Tapai
Orang Jerteh panggil tapai apa ? Ada yang tahu tak? hehe~
Aku memang tak makan benda alah ni. :D

Putu Piring & Keropok Lekor. 
Ni aku yang makan. Makan panas-panas sedap gile ~

Laksa. 
Terkurang kuah plak. Aku makan ni :D

Nasi Dagang
Ni adik aku kot yang makan. 

Teh Tarik. 
Perghhhhhh  Kalau tambah ais pon sodappppp ~

Kuew Teow Goreng. 
Sedap gak ~

Goreng Pisang & Keropok Lekor lagi
Goreng pisang tu makan panas-panas. Sedap sbb panas!!!

Roti Canai
Abg aku yang makan ni. 

Ketupat
Yang ni kami tapaukan untuk nenek aku. Walaupun nenek aku puasa, dia nak datang juga. Jumpa YB + tapau makanan bebuka. 

Mee Goreng
Mee goreng dia pun sangat sedap. Ni pun kami tapau pastu makan kat umah. :D

Bubur Pulut Hitam
Cendol dah habis, so adik aku amik ni je. Nak tunggu dia refill penat plak nak kene beratur lagi sekali. hoho~

Ice Cream.
 Apsal dah cair mair ek?????

Ha ni la penyebab ice cream tu cair mair. Beratur punyala panjang. Ramai ! berpeluh di buat nya. At last , adik aku je wakil amikkan. aku snap gambar :D

Tula juadah yang ada. Tahun ni lebih meriah. Aku pon makan banyak sikit. :D
Khemah-khemah makanan di label , so senang orang nak target makan apa. Terus je p gerai tu . 

Next entry rumah terbuka YB mana plak ek????


Rumah Terbuka YB Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh (Adun Jerteh)

Masih entry raya. Masa beraya di Jerteh, aku & family berkesempatan pergi ke rumah terbuka YB Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh. Tahun lepas pun kami pergi.  Leh tengok entry SINI. Tempat yang sama je tiap tahun , di Dewan Majlis Daerah Besut. Jom tengok gambar yang aku snap.


Bergambar ngn nenek aku sebelum masuk dewan. Tapi aku photographer, so tkde la gambar aku :(

Ramai gila orang. 

Budjet comel la Atin tu. hehe ~

Tahun ni merish sikit sebab ada artis. Siap ada pop kuiz then kasi hadiah bagai. Sempat la kami bergambar. Ni gambar yang aku snap. Gambar aku ngn Faizal AF ni blur diambil oleh Atin. huhu~

Mama makan apa tu ek???


Tunggu next entry la , aku update juadah rumah tebuka ni . . .

Tunggu ~

Eh! Kalau korang perasan, apa persamaan pada entry rumah terbuka ni dengan rumah terbuka YB yang sama tahun lepas kat SINI??? Except persamaan tempat berlangsung nye rumah terbuka ni ....
hahahahaha~



Tuesday, August 28, 2012

Aktiviti Malam Raya di Jerteh

Alhamdulillah . . .  tahun ni dapat juga aku bersama family aku beraya bersama nenek aku di Jerteh. Sempat main bunga api. ngeh ngeh ~ Tahun lepas pun main bunga api , leh tengok entry kat SINI.


Budak baru belajar menulis.  . . 
I kecik sangat, LOVE tu dah cantik dah, U besar benorrrrr. . . 

Yang ni OK dah .


Itula aktiviti kami di malam nak raya. Seronok gak main bunga api ni sampai ada yang terluka di kaki. hahahahahahahahaha !!!!!

Belum main MERCUN lagi !!!



Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Fasz

Selamat Hari Raya kepada semua blogger
Maaf Zahir Batin

Berhati-hati balik kampung
Ingatlah orang yang tersayang.


Terima kasih to Mak Dara yang dah dah designkan kad raya ni. 
Supriseeeee yang best !!!!!

Esok aku dah nak balik Besut, Ganu.
Assalamualaikum. . . . .


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...