Monday, December 2, 2013

Pengalaman Bersalin Anak Pertama - Umaira Solehah

Assalamualaikum ya asdiko'i .......

Harini aku nak share pengalaman aku bersalin anak pertama aku, my little princess - Umaira Solehah Binti Mohd Aizuddin

*Hari pertama melihat dunia.
Selepas 7 hari overdue
Tarikh EDD aku adalah pada Hari Malaysia - 16 September 2013. Aku over due selama 8 hari. Hari ke-7 over due tu , mak aku pegang-pegang perut. Dia kata, "ha ni dah ada contraction ni".Tapi aku tak rasa sakit. Mak aku pegang perut lagi, setiap 5 minit contraction tp aku tak sakit.Malam tu , mak aku keje shift malam, aku follow mak aku & wat check up. (Oh lupa, mak aku bekerja as SISTER or ketua jururawat dekat wad bersalin, hospital tempat aku beranak).Memang ada contraction tp aku tak sakit. Bile cek bukaan , 0cm. hehe~ So, balik le.

Sakit contraction bermula
Lepas balik dari hospital tu, jam 11.30pm tetiba aku rasa sakit sikit. Dalam hati berkata, "ooo ni la sakit contraction yg mak aku cakap tu". Aku minta En Suami catit masa setiap kali aku sakit. Almost setiap 5 minit contraction. Malam tu memang tak leh tido. Dari sakit sikit menjadi makin sakit tahap yg tak boleh tahan. Aku baca doa Nabi Yunus tu setiap kali sakit dan genggam tangan En Suami kuat-kuat. Relax je dulu. Kul 5 dah tak tahan , aku sms mak aku & bgtau En Suami yang aku tak tahan dah sakit. Di sebabkan aku dah terlampau sakit setiap 5 minit, aku ambil masa yg lama untuk mandi. Bila time tak sakit baru aku p mandi. Dah bis mandi tu , aku terpaksa duduk depan pintu toilet sebab sakit tahap tak boleh berdiri. Jam 745pg baru siap turun untuk sarapan. hehe~ Dari kul 5 pagi tu, mak aku tunggu , kul 8 lebih baru aku sampai.

Sarapan sebelum bersalin
Sebelum aku bersalin dah pesan dekat En Suami, "Kalau sempat bila sy bersalin nanti tolong la buat kan milo suam dengan telur separuh masak". Ni untuk tenaga masa bersalin nanti. Alhamdulillah , En Suami sempat buat kan sementara aku ambil masa lama untuk mandi tu. Nak makan tu pun ambil masa. Time tak sakit, aku cepat-cepat telan telur separuh masak ngn air milo suam then terus gerak ke hospital.

*Umaira Solehah bersama papa nye.. <3 

Sampai di hospital
Dalam jam 8.45pg kot sampai kat hospital terus di sambut oleh mak guard untuk bawa aku ke dalam wad.Mak aku patut dah abis keje shift malam tp mak aku stay & teman aku. Lepas tu terus je p cek bukaan. Bila cek , aku dah buka 5cm then doktor terus masukkan ubat "eakk". Aku pun p toilet sebaik sahaja ubat tu di masukkan. Dah duk dalam toilet lama, mak aku plak risau. Before tu mak aku dah pesan , nak "eakk" tu jangan teran". Lama gak aku duk dalam toilet sebab sakit contraction tu makin lama makin menyengat. Lepas je "eakk" , terus aku di bawa ke labour room.

Keadaan di Labour Room
Jam 9.50am kot masuk labour room. Aku pun tak pasti sebab tak tengok jam. Yang pasti aku rasa macam sekejap je aku dah bersalin. Masuk je labour room , nurse terus pasang ECG ke pe bende ntah kat aku untuk pantau contraction. Memang dah sakit sangat dah masa ni. Lepas tu doktor minta izin nak pecah kan air kutuban. Tak silap aku, doktor yang in charge aku nama lebih kurang nama anak aku, "Dr Humaira" hehe~

Sampai tahap aku dah rasa macam nak "Eaaakkkkk" , aku terus bgtau nurse , "hah dah rasa nak eakkk". Nurse bagitau cara nak teran, aku pun ikut la apa yg nurse suruh. Aku teran dengan bantuan oksigen sekali ( tak pasti kenapa aku kena guna oksigen, maybe nurse nampak aku lemah sangat kot). Aku teran 2 kali, then En Suami bisik kat telinga, "Abg dah nampak kepala baby, sikit je lagi" Teran lagi sekali....

"Uweeeekkkkkkkkkkkk"

*Kaki Umaira Solehah yang over due 8 hari 

Selamat melahirkan 
Tepat jam 10.55pg , aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Lepas je baby dah keluar dari perut aku, nurse tunjuk baby punya "tutttt" & tanya kat aku , "baby boy ke girl?" . Aku tak pakai spek, tak berapa jelas tapi nampak la gak terus jawab "Girl ..alhamdulillah". Then terus nurse letak baby atas badan aku. Kecik je masa tu.. Ada nurse tu cakap kat aku, "Pandai awk teran, memang cara yg betul"... Aku dalam hati, "Sy ikut cara yg nurse bg td la". Masa sakit nak bersalin dah tak ingat dah teknik nak teran yg kite baca kat google tu, peranan nurse la untuk bgtau. hihi~

Ya Allah lega nya lepas bersalin tu. Mak aku bagi air milo lepas je aku beranak tu untuk bagi tenaga. Slurrpppp (minum ngn straw sambil baring).Masa proses jahit, aku tak rasa sangat. Maybe ubat bius tu masih ada kesan kot (ada letak ubat ke masa beranak?Aku pun tak pasti hehe~) Lama nye proses nak jahit. Aku masa tu penat sangat rasa, yela semalamam tak tidur pastu beranak plak. 

*Baju hijau tu mak aku & yang berkaca mata itu mak mertuaku.

Muka keletihan jelas terpancar di wajah ibuku , yela dah kerja malam pastu tak balik (mandi dekat hospital) & tak rehat langsung. Malam tu mak aku kerja tapi still dapat temankan aku, yela mak aku memang keje kat wad ni. hehe~ Sebab tu la aku nak bersalin kat sini . ngeh-ngeh~

Alhamdulillah , Allah permudahkan , berkat doa seorang ibu, suami , family dan semua yang mendoakan.Terima kasih  Mama & En Suami coz teman & bg semangat masa bersalin haritu. Pengorbanan seorang ibu yang aku rasa tak terbalas rasanya >_<

Alhamdulillah...alhamdulillah... alhamdulillah..

p/s : Sudi-sudikan like gambar contest my little princess,  Umaira Solehah kat link --> SINI

26 comments:

  1. tahniah.. best nyer baca story orang bersalin nih.. doakan tuk aku preggy next year

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga ada rezeki ko untuk tahun depan. amin.

      tq eyja singgah n bc :)

      Delete
  2. tahniah anugerah Allah yg indah..:)) comel sgt umaira solehah..seindah namanya

    ReplyDelete
  3. geram nya tengok kaki baby. nak cium2 mesti wangi baby

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. comelll..

    masa bersalin damia dulu pun dapat air milo minum kat straw.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..sebang sgt kalau mak keje kt wad bersalin kan..;)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.... dapat jugak dengar pengalaman menarik nie... dan 1st time baca post entry yang paling panjang kat blog nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yg ni ke paling panjang? tk pasan plak.. hehe.... alhamdulillah..

      Delete
  7. Alhamdulillah, dah keluar dah baby Maira.....masa baby dh kuar tu rasa lega sgt kan...hilang segala sakit yg ada.......nnt boleh bawak Maira ngan Zuhayr outing.....kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. yup lega gile kan..... bile nak outing ngn zuhayr ni.. tk pon zuhayr dtg la kenduri akikah umaira nnti.

      Delete
  8. alhamdulillah, tahniah dapat penyeri rumahtangga :)

    ReplyDelete
  9. teringin nak rasa lagi sekali... :)

    http://www.suterablogger.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. tingin gak.... doa moga ada rezeki untuk kite merasa lg kan

      Delete
  10. tahniah.... salam kenalan dr sy...
    lega la ada mak misi...

    ReplyDelete
  11. Pengalaman bersalinsaat terindah yg tak dapat dilupakan.... apapun tahniah yer... seronokkan bila dah ada baby ni...

    ReplyDelete
  12. Tahniah mama Umaira..nama anak kita dekat sama..anak sulung akak Syafi Humaira

    ReplyDelete
  13. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...