Showing posts with label Kelana Jaya. Show all posts
Showing posts with label Kelana Jaya. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

Trafik Penangan Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum kawan-kawan. Selamat berhujung minggu. Korang tengok tak JALAN-JALAN CARI MAKAN hari ni? Aku tak tengok. wahahaha ~ Tapi dari status kawan-kawan di Facebook aku dah tahu.  Kedai ni adalah kedai makcik kepada kawan aku gak. hehe~ Dan kedai makan tu aku pernah makan dan memang sedap dan pernah review di blog aku ni dan tersangat la nyum-nyum. Penangan dari JJCM kot , hit untuk restoran tu naik kat blog aku. weeeee :D



Kalau korang nak tahu kesedapan aku makan kat RESTORAN AMETHYST AYAM KAMPUNG ni, sila la terjah ke entry SINI<--

Rindu nak makan kat situ!!!

Tuesday, October 2, 2012

Makan @ Dong Yi Shun, Kelana Jaya 2

Assalamualaikum . . .  nak cerita pasal makan-makan. Khamis lepas , boss aku belanja makan. Alhamdulillah. Dah lama kan aku tak cerita pasal boss belanja. Yela, masa dekat Tanah Aina haritu dah sambut sekali 5 orang kot. Untuk bulan 6, 7 & 8 sekali kalau tak silap. Aku ada buat entry ke ek? Macam tkde je. hmmm . . . . . byk lagi yang aku tak cerita pasal di Tanah Aina sebenarnya. huhu~ Tak sempat sebab dah masuk bulan puasa time tu. Takpela, kalau sempat aku update gak walaupun dah basi. 

Aku & Lyza diberi pilihan untuk makan dimana sekitar Kelana Jaya. Jadi kami pilih Restoran Dong Yi Shun (Chinese Muslim Food). Bulan Feb 2012 , boss ada belanja kat sini juga. Aku ada update kat SINI. Gambar kurang memuaskan. hehe~ Ni gambar yang best sikit kot. Snap guna Olympus PEN Lite EPL-3. Layan gambar jela . . . zaaaassssss...............

Tauhu Jepun + Brokoli
Suka tauhu dia ngn brokoli !!!!!! Manarik ~


Ayam Goreng 

Ikan Siakap Masam Manis
Haritu kami makan Ikan Masak Stim. Yang ni pun sedap gak. Aku duk meratah ikan sampai licin. 

Fa Choy Soup
Yang ni yang pedas. Yang pedas lagi sedap dari yang tak pedas. Tapi aku suka dua-dua. Slurrppppppppp

Butter Prawn 
Aku makan 2 ekor udang kot.

Sambal merah
  
Sambal Cili Berkicap

Bagi yang sukakan chinese food , boleh la try makan kat sini. Bersebelahan dengan Restoran Jemari, Kelana Jaya ---> 

Dong Yi Shun
C-G-06, Ground Floor, 
Dataran Glomac Jalan SS6/5B,
Kelana Jaya Petaling Jaya
Tel : 03 - 7803 4012


Wednesday, August 8, 2012

Juadah Bebuka 18 Ramadhan 1433H

Semalam 18 Ramadhan 1433H. Jom tengok apa menu bebuka aku semalam bersama housemate aku di Kelana Jaya.

Tempe Goreng Kicap
Tak berapa nak sedap, kalau pedas & ada ikan bilis mesti tambah sedap. 
Kalau tak sedap tu , mesti la masakan aku :D

Ayam Masak Merah 
Ni dapat dari office aku. Ada orang sedekah. Selalu dapat bubur, tp semalam dapat nasi berlauk.

Cendawan Goreng Tepung
Tak sedap gak. Buatan aku la kalau tak sedap. :)

Tempoyak
Penambah selera bila ada tempoyak.


Popia Basah
Fidah yang beli kat bazaar.

Popia Goreng 
Kak Fazza teringin.

Roti Jala
Semalam aku tak sempat nak makan, sebab dah kenyang makan nasi. Ni pun Kak Fazza punya.

Keropok Lekor
Liza Suhaimi yang goreng. Nyum Nyum. Baru lepas goreng ni.  

Air Soya Bandung 

Actually ada satu menu yang aku terlupa nak snap. Sup Cendawan. Tu pun tak berapa sedap hasil air tangan aku juga la kalau tak sedap. :D
Takpe "practice make perfect" - chewaahhh

Harini apa menu bebuka korang?



Thursday, August 2, 2012

Juadah Bebuka 12 Ramadhan 1433H

Semalam aku balik lewat. Selalu 4.30pm dah balik, semalam balik dekat kul 6pm. Tunggu orang abis meeting , tapi aku tak join meeting pun, hehe~ Balik kul 6pm terus balik rumah. Perjalanan hanya ambil masa 5minit kalau tak jem. hehe ~ Dokek bonar  . . .  sampai-sampai je, Kembar aku tengah masak. Nyum nyum ~

Ikan Pekasam Tasek Raban
Ni aku tolong goreng. Nyum nyum. Ikan pekasam keluaran Lenggong. Leh tengok kat SINI, kalau nak tempah. eh jual ke Tini? hehe ~ 

Sup sayur
Pelbagai jenis sayur ada . Kembar aku masak . . Cukup berkhasiat.

Sambal Kentang
Kembar aku teringin lagi nak makan so, dia masak lagi. semalam Kak Fazza masak.
 
Ayam Masak Kicap
Yang ni lauk semalam , ada lagi sikit.  . . 

Buah Epal
Kaya dengan vitamin C. Bagus untuk diet yang seimbang. wahahaha ~ poyosss je nak diet. 

Gambar nasi tak payah la amik, korang dah tahu rupanya kan. Aku bebuka dengan kurma . Air Laici kurang manis pun ada. Bagus untuk kesihatan. 

Kurang kan gula dalam minuman , lebihkan dalam senyuman :D
Korang bebuka apa semalam???


Tuesday, June 26, 2012

Makan @ Restoran Asian Cibo, Kelana Jaya

Minggu lepas , boss aku belanja kami semua makan sempena hari lahir Farah dekat satu restoran baru di Kelana Jaya. Agak baru la juga dalam 4 5 bulan kot. Jom layan gambar makanan yang ada di Restoran Asian Cibo, Truely Asian Muslim Food.


Butter Style Prawn 
Sedap bangat hingga naik jerawat aku :D



Sotong goreng tepung
Aku makan yg sotong banyak . huhu


Lemon Chicken 
Yummy, sangat sedap original recipe. eh! Ni harga dia RM23.90 (big) & RM18.90 (small)


Sweet and Sour Fish 
Besar punya ikan ! Harga RM37.90 (Siakap) , kalau Talapia RM33.90.


 Tauhu apa ntah namo eh. . 
Sangat sedap sebab pedas kuah nya. Aku suka kuah dia !!!




Sayur apa ntah ni, bukan kacang panjang .Sedap woo ~



Ice Lemongrass
Siap ada serai , nama pon air LEMONGRASS!!! Harga dia RM6.90



Ice Lemon Tea 
Kurang manis airnya. Bagus la untuk kesihatan. Harga nya RM5.90


Chocolate 
Nampak sedap. . . tp tak rasa pun. Air ada 3 je aku snap. 


Buah Tembikai
Pencuci mulut kami. :)





 Suasana di Restoran Asian Cibo. Ada toilet disitu  . . 


 Macam hotel la restoran ni, sejuk gila ~ Tengok la besar mana air cond dia. wahahaha ~






Bagi korang yang nak try makan kat sini, boleh terjah. Terletak di SS6 Kelana Jaya. Sederet dengan Bank Islam, JM Bariani , sebelah RHB Islamic Bank, sebelah Subway dll. 

Eh! Restoran ni ada wat special promotion dekat Groupon !!! Boleh tengok kat link SINI, promotion sampai bulan 27 Julai sahaja.

Terima kasih boss belanja kami. 
Next birthday agak-agak kitorang makan kat ne pulak ek??????

Saturday, June 9, 2012

Tesco Paradigm Mall sudah dibuka !!!

Tesco di Paradigm Mall telah dibuka sejak 7 Jun 2012, hari rabu.


Siap ada baucar tunai RM5 lagi !!!

Jom serbu TESCO Paradigm Mall . . . 




Wednesday, June 6, 2012

Makan @ Restoran Jemari, Kelana Jaya


Hari ni nak update satu tempat makan di Kelana Jaya, Restoran Jemari. Sederet dengan Restoran Al-Fariz Maju. Jom tengok apa yang aku & kawan-kawan aku makan di Restoran Jemari.

Nasi Goreng Pataya
Nasi goreng dia ni, biasa-biasa aje. Tiada yang luar biasa.

Hiasan bawang bentuk bunga.


Kuew Teow Tom Yam
Kaw gak Tom Yam dia. Nyum nyum

Bihun Goreng
Rasanya pedas, makan pana-panas tersangat sedap.

Nasi Goreng Paprik
Daging dia agak liat sikit.


Nasi Goreng Kerabu
Udang seekor. Rasa nasi ni memang ada rasa kerabu. Kalau tambah sambal belacan baru la sedap sikit. 

Air Apple Asam Boi
Air yang sempat aku snap. Aku lagi suka Air Kedondong Asam Boi.

Dekat Restoran Jemari ni , ada jugak menu set untuk 2 orang makan , 4 orang makan dan lain-lain. Harga bagi aku berpatutan la.  Tom yam dia agak sedap la gak sebab orang Thai kot masak. Tak ingat lak harga makanan yg aku makan ni. hehe. . .  Bagi korang yang berada di Kelana Jaya boleh la singgah. 

Jemari-Thai Cuisine
C-G-05, Jalan SS6/5B,
Dataran Glomac
46300 Kelana Jaya, 
Petaling Jaya
03 - 78062413



Saturday, May 26, 2012

Paradigm Mall VS Giant Kelana Jaya

Paradigm Mall merupakan sebuah shopping complex yang baru dibuka bermula Rabu , 23 Mei 2012. Bangunan yang cukup besar bagi aku. Paradigm Mall terletak di SS7 Kelana Jaya. Bersebelahan dengan LDP. Kalau dari rumah sewa aku , kena lalu ikut laluan bawah tanah terus ke parking Paradigm Mall. Aku masih belum berkesempatan untuk datang ke Paradigm Mall. 
Aku snap dari Giant Kelana Jaya.

Tesco VS Giant - Mana pilihan korang kalau nak shopping?

Aku jarang shopping di Kelana Jaya sebab tiap-tiap minggu aku balik rumah family aku di Bandar Baru Bangi. Sekali sekala je beli barang dari Giant Kelana Jaya ni. Sekarang dah buka pula satu shopping complex baru yang sangat besar. Ada TESCO pula tu. Bersaing la Tesco & Giant. Sebelah-sebelah plak tu, 

Sabtu ni, 26 Mei 2012 ada Faizal Tahir akan buat persembahan di Paradigm Mall. Bagi peminat Faizal Tahir, boleh la terjah sini.


Shila Amzah pula akan berada di Paradigm Mall pada 27 May 2012 , Ahad.  


Untuk lebih detail tentang Paradigm Mall boleh ke Facebook Paradigm Mall atau ke website Paradigm Mall.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...