Hasil dari Raya Sakan kami:
* En. AA : Sabtu 10 September ,jam 8mlm, En. AA mula pening kepala & rasa nak muntah & cirit , hehe~ <-- time ni kami belum balik umah lagi, En. AA tak larat nak drive balik, dia suh aku drive . . .errr. . .aku yg tk biasa drive ni buat-buat la berani drive sbb dia dah tak larat benor gaya nye tp dia gagahkan diri gak drive sampai la umah , alhamdulillah ^_^
* Mira : Ahad 11 September, jam 10mlm, Mira rasa pening-pening. Dia muntah di dalam bilik air time beraya umah sedara kami. Kul 3pg tu pon dia muntah-muntah gak. . . .agak teruk la.
* Aku : Ahad 11 September , jam 11 mlm, aku mula rasa pening lepas beraya umah sedara aku. Time tu aku baru nak tido. Then, dalam jam 3 pg aku terbangun & rasa nak muntah . Muntah sampai semua terbangun dengar aku muntah yg agak kuat.waakaka~ Lepas dah muntah , ingat dah lega dah, rupanya belum abis lagi. . . aku muntah & cirit-birit sehinggala jam 7pg.
Jam 7.30 pg aku msg Papa kata aku tak larat nak p office. Yela badan dah kosong & penat sbb muntah yang AGAK TERUK :(
Fatin: Isnin 12 September, jam 8.30mlm, Fatin lak muntah, tp dia muntah sikit je.Tak seteruk aku & Mira.
Tini: Tini ko ok kan? aku tak sempat tanya khabar ko. Nak sms pon tak larat sangat, phone pon di abaikan di kala tak sihat . hehe~






Isnin 12 September , papa bawak kitorang g Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Ramai gile orang, Mira & aku tunggu sambil tido, tak larat punya pasal. Sebelum masuk jumpa doktor , kene cek tekanan darah dulu , then tunggu no di panggil.
Hasil pemeriksaan doktor:
*Aku: Doktor bagi aku ubat ORS (Air garam) & ubat sakit perut. Doktor suruh aku banyakkan minum air. Dapat MC.
*Mira: Mira masuk bilik dulu dari aku, then Mira kene cek darah & air kencing di sebabkan tekanan darah Mira tak normal. Lepas cek darah & air kencing, papa & mira p jumpa doktor balik. Mira kene masuk air dan dikejarkan terus ke Hospital Kajang.

Ni time dekat Klinik Kesihatan, diorang masukkan air (apa ntah nama proses ni), Sib baik ada nurse tolong menenang kan Mira. . . aku time ni, mcm lemah-lemah je lagi. Papa balik amik mama tuk p Hospital Kajang.

Mira tabah menahan kesakitan. . .Sabar yer . .

Sempat lagi Mira senyum di kala di dalam AMBULANCE. Aku terpaksa pegang tiub air tu, sebab driver ambulance tu bawak laju gile (yela, nama pon kecemasan kan), tiub tu bergerak-gerak sampai Mira rasa sakit. em. . .

First time aku naik ambulance, laju gile. . . mencelah sana sini.
Semalam, time Mira dah masuk wad kecemasan tu, aku p register kan dulu nama adik aku kat kaunter. Then, masuk p kat dalam wad tu bagi kertas tu kat doktor. Aku tunggu dalam tu sampai la mama sampai. Ikut kan aku dah ok sikit , tp di sebabkan duk dalam wad tu dengan kesejukan & dengan bau ubat dan melihat kerja-kerja doktor yang bergelumang dengan darah , aku mula naik PENING dan mula rasa nak DEMAM. Memang demam pon semalam.
Aku tido kat bilik Mira & Atin, mama kata dah mcm wad pulak bilik tu. hehe~Setiap sorang ada bekas masing-masing, kot-kot la muntah lagi. hehe~
------------------->
Harini, Mira start UPSR, paper BM1 , BM2 & Math. Semalam dia tak study langsung tp alhamduillah Mira kata boleh jawab. ^_^
Aku dah ok sikit, cume ada sikit pening. tp aku dah mampu la update BLOG.hehe~ maknanya aku dah ok. Selera makan pon dah ada . . . .
*Macam dah serik je nak p makan KENDURI or p beraya mana-mana. Nak duk umah je :(
Syukur Alhamdulillah ~
Korang ni food poisoning kot....muntah2 cirit birit bagai...tu simptom2 tu kan...xpela, smoga cepat sembuh semuanya... :)
ReplyDeletemmg pon....:D
ReplyDelete