Showing posts with label UiTM Arau. Show all posts
Showing posts with label UiTM Arau. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

Baby CS220...

Assalamualaikum ya asdiko'i.....
Sungguh pantas masa berlalu...
Pejam celik pejam celik rupanya dah dekat 5 tahun aku dah tamat belajar di UiTM Perlis.
Teringat kenangan masa belajar dengan kawan-kawan semua. Sekarang semua dengan haluan memasing.

UiTM Perlis - CS220 3'rd Batch
Masa sem 1 ramai la gak sang teruna nye. Sem 4 tinggal sorang je. huhu~

Alhamdulillah.. makin membesar keluarga CS220...Jom tengok gambar baby-baby CS220 :


1-   Baby Girl on 22 Nov 2011 – Nur Damia Arissa Binti Mohd Safwan
2-   Baby Girl on 7 May 2012 – Nurzahra Binti Zulkarnain
3-   Baby Girl on 18  June 2012 – Nur Surfina Marissa Bt Mohd Suhaidi
4-   Baby Girl on 19 November 2012 – Najya Iman Binti Nazirul Amri
5-   Baby Girl on 19 Dis 2012 – Auni Nur Darwisyah Binti Anizan
6-   Baby Boy on 31 July 2013 – Mohd Sufi Mirza Bin Mohd Suhaidi
7-   Baby Boy on 3 Sept 2013 – Adam Mikhail BinMohd Tarmimie
8-   Baby Girl on 23 Sept 2013 – Umaira Solehah Bt Mohd Aizuddin
9-   Baby Girl on 15 Oct 2013 – Raissa Nur Adha Binti Nazli Zuhaini
10- Baby Boy on 7 Dis 2013 – Muhammad Farihin Bin Zulkarnain

  Baby CS220 dah 10 orang dah. 7gegirl 3boboy. Tahun 2014 ni tunggu lagi 4 baby , In Shaa Allah.
Sorang new born baby baru je melihat dunia 18 April 2014 haritu. Baby boy 3.0kg (sama ngn Umaira Solehah).Nanti tunggu 3 baby lg leh la update gambar baby di atas. 
Alhamdulillah. 

Wednesday, May 23, 2012

Kenangan terindah bersama rakan-rakan

Pagi ni tiba-tiba terasa rindu dengan kenangan bersama rakan-rakan masa aku belajar di UiTM Arau. Rasa macam baru je lagi aku habis belajar. Padahal dah dekat 3 tahun dah berlalu. Di dalam kerinduan, aku pun buka lah album gambar yang ada dalam external hard disk aku yang aku beli buat kali ke -3. Antara kenangan yang best masa kami semester akhir. Mendaki tangga di Gua Cenderawasih di Kangar, Perlis.

Riang gembira . . . padahal semua tengah stress memikirkan final projek.

Aksi lompat beramai-ramai.

Aksi suci. Yang duduk tu paling suci sekali. Dah la putih.

Aksi apa pon tak tahu la. . . 

Aksi silang kaki~

Ke kanan la a haiiiiiii ~

Ke kiri la a haiiii ~

Ayu nye Tini . . . . perempuan melayu terakhir la.

Aksi pengantin beramai-ramai. 

Aksi "Aku cinta padamu"

Time ni tak semua yang join. Budak kelas aku hanya ada 11 orang.Yang laki sorang tu, juniur kami. Nanti aku wat satu entry khas time ekspedisi kami mendaki tangga Gua Cenderawasih ni. :D

Nak tengok muka-muka kami yang skema & fresh dari ladang --> Gambar waktu di semester 1 




Tuesday, May 15, 2012

Pertemuan dengan Nur Damia Arissa

Setelah 5 bulan , baru lah dapat bertemua dengan Nur Damia Arissa. Dah macam jumpa retis lak. Nur Damia Arissa Mohd Safwan ni adalah anak kepada salah sorang kawan aku (Iza) masa study di UiTM Arau.  Dah banyak kali gak cuba nak jumpa tapi tak kesampaian. Akhirnya, kami bertemu tanpa dirancang di majlis kenduri Munir & Zul di Segambut , Sabtu lepas


Buat mulut . . . 

hidung tu rasa nak picitttttt ~

Buat mulut nak mengejek Kak Fasz , eh! KAK tau :D

Rasa tak puas la jumpa Nur Damia Arissa. Sekejap je. Takpa, insyaAllah kita bertemu lagi jika ada pertemuan . Di kesempatan entry ni, aku nak bagi ucapan sikit untuk rakan-rakan UiTM aku:

*Faez : Tahniah buat Faez & suami yang telah slmtt melahirkan anak perempuan 11 May 2012.
*Mas : Mas, moga dipermudahkan segalanya. Amin.Jangan lupa roger2 kami bila dah bersalin nnti.
*Mira : Tahniah buat Mira & Suami kerana bkl jadi ibu & ayah tak lama lagi. Moga dipermudahkan :)

Monday, May 14, 2012

Majlis Perkahwinan Munirah & Zul (Segambut)

Apa khabar kawan-kawan? Harap semua sihat & takde simptom-simptom Monday blues hari ni. Hari ni aku teman kan ayah aku ke Taiping, Perak. So, aku set autopost. Esok baru start keje. Harap tak Tuesday blues la esok , ngeh ngeh. Jom kita sambung cerita kenduri kahwin tadi.


Minggu lepas dah pergi kenduri Munirah & Zul di Kg. Sungai Penchala, Key El. Minggu ni , tanpa dirancang, aku pergi kenduri mereka sekali lagi. Last minit, terdetik hati aku untuk pergi. Belah laki di Segambut. Kembar aku dari Kelana Jaya pun turun sekali. Oleh kerana , aku tak berani nak drive sorang-sorang dari Bangi ke Segambut, so aku decide untuk naik komuter ke Segambut. Dah 5 bulan aku tak naik komuter. Sampai di KL Central aku gerak dengan kembar aku yang dari Kelana Jaya. Tapi tak dapat merasa komuter yang baru tu. Yang membuatkan nak pergi sangat sbb nak jumpa baby Nur Damia Arissa, anak kawan aku , Iza . . .  dah 5 bulan dah dia. Dapat gak jumpa :)


Jom layan gambar . . . . 

Nur Damia Arissa. . . .baru dapat jumpa dia >_<
Selama ni duk webcam by skype je. 

Hari hujan , terpaksa la Nur Damia Arissa tutup kepala.

Nur Damia Arissa dah start nanes. Aku cubit dia kot. hehe ~


Sampai-sampai je terus jumpa pengantin & diorang suh kitorang makan dulu. 
Eh! Iza cari apa tu???

Berkerut muka Iza. . . Itu dia Chef Nur Damia Arissa. 
Dia mesti pandai masak karipap, nasi ayam & lain-lain, bila besar nanti :D

Dadih Milo , sedap ~

Kuih-muih

Nur Damia Arissa masuk jari. Lapar la tu :D
Terliur tengok orang makan nasi kenduri.

Asyik gambar kami je. Mana ntah gambar pengantin yang diraikan ? hehe~ OK , jom layan gambar Raja & Ratu Sehari . . . 

Pelamin kaler pink.


Munir dengan baju lace kaler oren. Sama pulak color time dia tunang.

Seronok nye dapat jumpa Nur Damia Arissa :)
Dah nak mula nanes tu . . .

Walaupun Nur Damia Arissa sedang menangis, kami tetap bergambar. :D

Makin mengamuk Nur Damia Arissa melayan kami bergambar. 

Eh! ni bukan Nur Damia Arissa. Ni anak orang lain. Tengok dia tak sempat nak buat 'peace', aku dah snap. BULAT gila mata dia !!!!

Meja semua telah diangkat, kami masih lepak di sini. 

Bergambar bersama pengantin. Nur Damia Arissa termenung dibelakang.


OK Nur Damia Arissa dah pandang kamera. Eh! Matching pula baju aku ngn husband Iza. opssss ~

Last gambar bersama pengantin. 

Gambar semua aku snap guna kamera Samsung Corby & edit sikit. 


Monday, May 7, 2012

Munirah & Zulfadli's Wedding @ Kg Sg Penchala, KL

Entry ni khas aku tempek gambar yang aku snap time kenduri kahwin member aku. Sampai dah dekat kul 4petang. Terus cari pengantin & bergambar. Yela . . . diorang nak shoot outdoor plak , so kami pun shoot la beberapa gambar sebagai kenangan :)

Jom layan gambar kenduri kahwin member UiTM aku, Munirah & pasangannya , Zulfadli.  

Tema Hijau Putih
Terpikat pulak aku dengan color hijau ni . . . 

Bagai pinang dibelah dua . . . chewaaaahhhh ~


Gambar KAMI bersama pengantin . . . 

Aksi bebas tapi yg jejaka semua sama je posing . . . .

Aku, Suraya & Tini bersama pengantin.

Aku & Si Dia bersama pengantin.

Tini & Acong eh! Nazli bersama pengantin.

Aku ngn pengantin :)



Sebelum gerak , kami snap banner diorang. hehe~

Kat tepi tu Rasta TTDI , tempat makan. 

OK , pose terakhir dari KAMI.

Akhir sekali :
Tahniah Munir & Zul !!!!
Selamat Pengantin Baru
Moga murah rezeki & bebahagia hingga akhir hayat
Selamat ber HONEY MOON ~
>_<

Pergi kenduri di saat akhir . . .

Sabtu , 5 Mei 2012 aku dah plan nak pergi ke kenduri kawan aku time aku study di UiTM Arau. Plan nak gerak dalam pukul 12.01 tengah hari. At last, sebab ada orang tu tayar pancit , so kena la tunggu si dia p tukar tayar dulu. 


Tunggu punya tunggu , lepas zohor baru aku & si dia gerak. Gerak dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya mengambil adik kami yang comel & ciut, Suraya. Lepas tu singgah umah sewa aku, amik kembar aku & tunangnya. Aku drive dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya, Putrajaya ke Kelana Jaya & Kelana Jaya ke Kg Sg Penchala. Si dia kepenatan + kelaparan menunggu tayar ditukar  oleh En Bengkel. Dalam kad majlis kahwin dari jam 12.00tgh hari hingga 4.00petang. Jam 3.51petang kami sampai umah pengantin. Nasib baik la nasi minyak + lauk pauk ada byk lagi. Dan nasib baik juga sempat jumpa pengantin. 

*Gambar pengantin aku masuk next entry la ek lagipun tak banyak mana pun gambar. Chow ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...