Assalamualaikum kawan-kawan. Macam mana korang harini? Mood kerja ok? huhu~ Hujung-hujung tahun ni asyik fikir nak holiday je. Aku pun baru je lepas holiday dengan family aku di Cameron Highland & Taiping. Harini nak update entry pasal Tanah Aina Farrah Soraya. Ni Company Family Day yang diadakan bulan Jun yang lepas (dah basi tapi nak update gak, gambar banyak gila). Jom jamu mata -->
Satu khemah ni muat 5 orang. Yang ni khemah kami berlima. Ada gak khemah untuk 2 , 3 & 4 orang.
Duduk khemah memang agak panas berbanding duduk di dorm dalam entry
SINI. Tapi kita dapat nikmati suasana tenang sebab sebelah khemah ada air sungai yang sangat sejuk . . .
Air mineral pun disediakan . .
--------------------------------------------------------------------------
Rates harga untuk Camping by the river
* Maximum 60 people in campsite
* RM235 per person/head - choose from 2, 3, 4, or 5 pax in one tent
* RM188 per child between 2 - 10 years old
* FREE for children below 2 years old.
- Rate untuk 2 hari 1 malam.
Pakej termasuk jungle trekking (waterfall) , nighwalk, carrom &
4 kali makan (buffet lunch, buffet tea, BBQ Dinner & Breakfast the next day)
--------------------------------------------------------------------------
Jom tengok gambar toilet dia plak. Toilet dia selesa dan besar. huhu~
Showe Gel + Conditioner + Syampoo pun disediakan.
Sebelum nak buang apa yang patut kena la tutup tingkap dulu :D
Surau pun disediakan. Sangat selesa surau dia dengan konsep terbuka.
Paip untuk ambil wuduk.
Untuk lebih detail boleh la ke Website Tanah Aina kat
SINI <--
* Nak pergi lagi Tanah Aina Farrah Soraya !!! Kalau dapat special discount kan seronok. >_<
Cerita Tanah Aina :