Showing posts with label makanan di Tanah Aina Farrah Soraya. Show all posts
Showing posts with label makanan di Tanah Aina Farrah Soraya. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Indoor Games @ Tanah Aina Farrah Soraya (Part 8)

Assalamualaikum ya asdiko'ii . . .  nak update lagi pasal Tanah Aina Farrah Soraya. Banyak lagi yang aku tak kongsi kan w/pun dah lama dah aku pergi. Jom tengok antara indoor games yang ada di Tanah Aina Farrah Soraya :

First time aku main PING PONG.


Pool pun ada . Aku pernah dah main ni dekat entry SINI. huhu~ Susah gak sebab takde skill lentuk badan. :D

Ada gaya , mutu dan keunggulan la Kakak ni. :)

Pergh Lee pula macam dah proffesional gila ~ Caya lah !!!

Antara indoor games lain yang ada - Carom , Boardgames. Next entry aku update akan update lagi antara aktiviti yang aku & kawan-kawan lain buat sepanjang di Tanah Aina Farrah Soraya. 

Cerita Tanah Aina :



Thursday, July 19, 2012

Lunch @ Tanah Aina Farrah Soraya (Part 5)

Korang makan apa lunch nanti???? Mesti perut dah bekeroncong (eh betul ke bahasa aku ni?) Jom tengok lauk lunch aku time berCamping di Tanah Aina Farrah Soraya :

Ikan Masin 
Memang masin dan rangup. Ikan masin kegemaran aku !

Sayur Campur
Sungguh berkhasiat !!!

Tauhu Sambal
Biasa je rasa dia. . . 

Telur Masin
Memang masin. Ni pon fav aku. hehe~ 

Fishball Soup
Sedap gila fishball sup dia. Aku suka !

Daging Masak Kicap
Aku tak makan kot ni. Sebab DAGING :D

Ayam Goreng
Tak sama mcm KFC la..hehehe 

Ikan Asam Pedas
Aku suka lauk ni sbb IKAN !!! Kuah dia agak cair sikit. Warna macam kari pulak.

Ulam-Ulaman
Ni pun fav aku, lagi-lagi ULAM RAJA. Makan saja pun aku suka :)

Sambal Belacan
Sambal belacan dia agak failed sikit. Rasa masin sangat-sangat & mcm terlebih belacan sangat !!!!

Bubur Durian
Yang ni memang SUPERB la !!!!!! Ikut hati nak makan banyak tapi sebab peyut dah penuh, so dapat masuk sikit jela. Hakikatnya terlampau sedap !



Kuih Sagu ek ni????
Makan dengan syrup dia.

Slurppppppppppp. sedap kuih ni !!!

Ni la lauk yang aku amik. . .  Ikan Masin + Telur Masin + Ayam Goreng + Sayur Campur + Sambal Belacan + Kuah Asam Pedas + Ulaman

Hajat hati nak diet, tapi kalau dah dpt makanan sedap macam ni, mana leh tahan ~
Memang rindu sangat makanan dekat sini. 
Semua sedap-sedap tapi ada la gak yang tak masuk dek tekak.

Jom lunch !!!!

Cerita Tanah Aina :



Subhanallah Indah nya ciptaan Allah -Tanah Aina Farrah Soraya (Part 4)

Harini nak share beberapa gambar pemandangan di Tanah Aina Farrah Soraya :


Jernih gila air dia . . . . 



Sejuk & nyaman udara kat sini. . . 


Susunan batu yang tersusun. . . 



Saja snap omputeh ni.  . .  mereka datang sekeluarga. . . 

Gambar banyak tapi ni antara yang terbaik la aku nak share. 
Tak larat nak tempek byk sangat. Dalam pesbuk mmg aku tempek byk. hehe~
So kalau nak tgk , terjah pesbuk aku. 

:)

Rindu nak mandi manda kat sini




Cerita Tanah Aina :



Wednesday, July 18, 2012

Tea Time @ Tanah Aina Farrah Soraya (Part 3)

Lepas naik lori beramai-ramai, kami terus check in di dormitory  yang memuatkan 7orang. Tengok kat entry SINI. Lepas dah check in kami mandi-manda kat air terjun. Then terus makan petang. Jom tengok menu makan petang kami di sana.

 Cucur Bilis - Sedap gile cucur dia!!!

Kek apa pun tak tahu. Sangat sedap wooo ~

Ni pun sodap. 

Yummy . . .  ada kelapa atas kek tu. sedap jugak !!!

Kek coklat - ni pun sedap wooo

Kek Ubi ke apa ntah nama dia. Yang ni tak sedap. :D

Ni kuih . . 
  
Bihun goreng - Sangat sedap, ada rasa kelainan dalam bihun goreng dia !!!

Air Panas (Coffee/Tea/Misai Kucing)

Ni yang aku amik. Rindu pula dekat Cucur Bilis tu. Sedap sangat !!!

Tengok la apa aku tengah nak makan tu . . . hehe~

Dah nak puasa ni masih nak update pasal makanan . . .
Nanti tunggu menu untuk sarapan , lunch dan makan petang hari lain pulak. 
Sedap wooo makanan kat sini !!!!

Cerita Tanah Aina :



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...