Showing posts with label book room at Tanah Aina Farrah Soraya. Show all posts
Showing posts with label book room at Tanah Aina Farrah Soraya. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Leap of Faith Jump @ Tanah Aina Farrah Soraya (Part 11)

Assalamualaikum ya asdiko'ii. Korang ada tengok NONA TV3 tak dua minggu lepas? Dia ada cerita pasal Tanah Aina Farrah Soraya ni. Hari ni aku nak share salah satu aktiviti yang ada di Tanah Aina Farrah Soraya. Bagi yang sukakan aktiviti lasak macam Puan Sri Sabrina (Owner Tanah Aina) mesti suka. Tengok gambar sudah~

Tinggi gak tu. 

Lompatan yang cantik . .  cewahh ~

Berjaya mendarat dengan selamat. 

Gambar aku ke tu ek??? Korang rasa aku buat ke idok aktiviti ni????
Tengok bawah sikit 
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^



Aktiviti posing WAJIB tapi aktiviti LEAP OF FAITH JUMP tu tak wajib okeh. hehe~


Cerita Tanah Aina :

Tuesday, November 27, 2012

Camping by the river @ Tanah Aina Farrah Soraya, Raub Pahang

Assalamualaikum kawan-kawan. Macam mana korang harini? Mood kerja ok? huhu~ Hujung-hujung tahun ni asyik fikir nak holiday je. Aku pun baru je lepas holiday dengan family aku di Cameron Highland & Taiping. Harini nak update entry pasal Tanah Aina Farrah Soraya. Ni Company Family Day yang diadakan bulan Jun yang lepas (dah basi tapi nak update gak, gambar banyak gila). Jom jamu mata -->



Satu khemah ni muat 5 orang. Yang ni khemah kami berlima. Ada gak khemah untuk 2 , 3 & 4 orang. 


Duduk khemah memang agak panas berbanding duduk di dorm dalam entry SINI. Tapi kita dapat nikmati suasana tenang sebab sebelah khemah ada air sungai yang sangat sejuk . . . 

Air mineral pun disediakan . . 


 --------------------------------------------------------------------------
Rates harga untuk Camping by the river
* Maximum 60 people in campsite
* RM235 per person/head - choose from 2, 3, 4, or 5 pax in one tent
* RM188 per child between 2 - 10 years old
* FREE for children below 2 years old.
- Rate untuk 2 hari 1 malam. 
Pakej termasuk jungle trekking (waterfall) , nighwalk, carrom & 
4 kali makan (buffet lunch, buffet tea, BBQ Dinner & Breakfast the next day)
 --------------------------------------------------------------------------


Jom tengok gambar toilet dia plak. Toilet dia selesa dan besar. huhu~

Showe Gel + Conditioner + Syampoo pun disediakan.

Sebelum nak buang apa yang patut kena la tutup tingkap dulu :D

Surau pun disediakan. Sangat selesa surau dia dengan konsep terbuka.

Paip untuk ambil wuduk.


Untuk lebih detail boleh la ke Website Tanah Aina kat SINI <--

* Nak pergi lagi Tanah Aina Farrah Soraya !!! Kalau dapat special discount kan seronok. >_<


Cerita Tanah Aina :




Friday, October 19, 2012

Birthday Party @ Tanah Aina Farrah Soraya v(Part 7)

Assalamualaikum ya asdiko'ii . . .  harini aku nak update cerita yang dah basi tapi tetap nak ceritakan & kongsi kan dengan korang. Cerita masa aku & semua kawan-kawan berkhemah di Tanah Aina Farrah Soraya. Dah ada 6 entry kot aku update pasal Tanah Aina Farrah Soraya.Akhir entry ni nanti , aku list kan semua entry pasal Tanah Aina Farrah Soraya k.  Best gila kat sana! 

Jom tengok gambar masa kami sambut birthday 6 orang sekali (birthday bulan 7-8 kot) , tapi kek ada 4, ada 2 kek di kongsi. 

Kek Boss aku . . . Blueberry Cheese kalau tak silap. Sedap woo~

Kek En Nik , Our Project Manager  . . perisa durian kalau tak silap. Yang ni aku tak rasa langsung sebab perut dah penuh & sebab perisa durian, takut nak rasa :D

Kek Birthday Lyzaqiut & Yati Qiut sikit. hehe~ Lyza lahir bulan 8 & Yati bulan 7 (sama plak ngn besday abg aku). Yang ni perisa kelapa. Sedap la gak tapi cepat muak. 

Kek Birthday Anak Boss aku & Menantunya. Perisa coklat , Sedap woooo !!!

6 orang sekali. Bayang kan 4 kek tuk kami yang hanya ada tak sampai 20 orang kot. hehe~

Potong kek dulu . .  

Sesi makan kek. Makan sampai muak. 

Malam tu ada sesi penyampaian hadiah sukaneka sekali . Gambar penyampaian hadiah banyak benor, aku letak satu ni jela. Cheong menang hadiah acara BELON LETAK KAT PERUT. wahahahahahahahaha~  Syok gak tengok gambar time sukaneka . . hehe~ kelakar. Nanti aku wat entry khas k. 

Boss aku sampai kan hadiah untuk diri sendiri. huhu~
Hadiah dari Puan Sri Sabrina (owner Tanah Aina) untuk mereka yang sambut birthday. 

Banyakkan hadiah, hehe~ Bukan semua aku punya pun. Aku paling sikit dapat hadiah. Siap kembar aku kasi aku satu hadiah dia. 
TQ Kembarku. So sweet la. 

Gembira betul budak 2 orang ni. Banyak diorang bolot hadiah. 

Bulan ni bulan Oktober . . bulan kelahiran ku . . 
Mesti ada makan-makan.
Boss belanja. :)

Cerita Tanah Aina :




Thursday, July 19, 2012

Lunch @ Tanah Aina Farrah Soraya (Part 5)

Korang makan apa lunch nanti???? Mesti perut dah bekeroncong (eh betul ke bahasa aku ni?) Jom tengok lauk lunch aku time berCamping di Tanah Aina Farrah Soraya :

Ikan Masin 
Memang masin dan rangup. Ikan masin kegemaran aku !

Sayur Campur
Sungguh berkhasiat !!!

Tauhu Sambal
Biasa je rasa dia. . . 

Telur Masin
Memang masin. Ni pon fav aku. hehe~ 

Fishball Soup
Sedap gila fishball sup dia. Aku suka !

Daging Masak Kicap
Aku tak makan kot ni. Sebab DAGING :D

Ayam Goreng
Tak sama mcm KFC la..hehehe 

Ikan Asam Pedas
Aku suka lauk ni sbb IKAN !!! Kuah dia agak cair sikit. Warna macam kari pulak.

Ulam-Ulaman
Ni pun fav aku, lagi-lagi ULAM RAJA. Makan saja pun aku suka :)

Sambal Belacan
Sambal belacan dia agak failed sikit. Rasa masin sangat-sangat & mcm terlebih belacan sangat !!!!

Bubur Durian
Yang ni memang SUPERB la !!!!!! Ikut hati nak makan banyak tapi sebab peyut dah penuh, so dapat masuk sikit jela. Hakikatnya terlampau sedap !



Kuih Sagu ek ni????
Makan dengan syrup dia.

Slurppppppppppp. sedap kuih ni !!!

Ni la lauk yang aku amik. . .  Ikan Masin + Telur Masin + Ayam Goreng + Sayur Campur + Sambal Belacan + Kuah Asam Pedas + Ulaman

Hajat hati nak diet, tapi kalau dah dpt makanan sedap macam ni, mana leh tahan ~
Memang rindu sangat makanan dekat sini. 
Semua sedap-sedap tapi ada la gak yang tak masuk dek tekak.

Jom lunch !!!!

Cerita Tanah Aina :



Tuesday, July 17, 2012

7 Pax Dormitory @ Tanah Aina Farrah Soraya (Part 2)

Hari pertama di Tanah Aina Farrah Soraya, kami menginap di 7 pax dormitory. Jom tengok suasana bilik kami. . .

Suasana ala-ala dorm, nama pun dormitory.
Setiap bilik tu ada yang untuk 4 orang ada yang untuk 7 orang ada yang untuk 9 org.

Kami menginap di 7 Pax Dormitory yang memuatkan 7 orang.
Ada 2 katil double decker dan 3 single bed. tak sempat nak snap time bilik kosong. Kami dah masuk letak barang baru snap.


Ni time cop-cop katil. hehe~

Ada 3 bantal setiap katil. Satu yang hijau dan 2 lagi bantal biasa tu. Selimut dan towel sorang satu. 

Katil + Bantal + Perabot semua dari IKEA. 

-------------------------------------------------------------------------------
Rates harga untuk dormitory  :
* 1unit of 4pax dorm
* RM265 per person/head for 4pax dorm
* RM212 per child between 2-10 years old
* FREE for children below 2 years old
* 1 unit of 7pax dorm
* RM260 per person/head for 7pax dorm
* RM208 per child between 2-10 years old
* FREE for children below 2 years old
----------------------------------------------------------------

Dormitory ni tak attach sekali bilik air. Nama pun dorm!! Bilik air dekat luar bilik, sebelah bilik je pun. Cuma kongsi-kongsi la bilik air ni dengan orang lain. Jom tengok gambar bilik air dia. 


Sinki luar. 

Bilik Air dia sangat BERSIH!!!! 

First time sampai terkejut gak tengok ada tingkap kat sebelan jambam tu. 
Rupanya kene turun kan benda alah yg mcm kat office tu.  

Dekat Tanah Aina Farrah Soraya ni takde heater tau. huhu~ 
Kalau pepagi tu memang sejuk GILE!!!!

Bilik air dia siap attach dengan Shampoo + Shower Gel + Conditioner.
So tak payah berat-beratkan beg bawak sabun dan syampu sendiri. hehe~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...