Friday, November 21, 2014

Karnival Upin & Ipin @ PICC Putrajaya

Assalamualaikum ya asdiko'i...

Harini start karnival Upin Ipin ni.
Moh le ramai-ramai.


Anak-anak yang suka Upin Ipin ni mesti suka kalau dapat pergi sini. Ultraman pun ada sekali. ... huhu~

Mesti seronok dapat gembirakan anak-anak kan..
>_<

Wednesday, November 19, 2014

IOI City Mall Putrajaya


Assalamualaikum korang...
ESOK ada satu shopping complex baru akan di buka di Putrajaya. Mesti jalan jem ek?? hehe...Tapi selalu area Putrajaya tak jem sangat .. Dah le besar. perghhhh... Bagi yang duduk sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya mesti akan shopping sini lepas ni. Alamanda sekarang air-cond dah tak kuat. huhu~ Tempat baru ni , mesti kuat gila dan sejukkkkkkk......



Tengok kat FB IOI City Mall, kat sana nanti siap ada ICE SKATING. Dengar cerita, dekat IOI City Mall ni lagi besar dari di Sunway Pyramid. huhu~ Bagi yang suka mengice skating ni, mesti teruja nak pergi sini kan kan kan .. :D



Antara mall yang aku tahu ada di IOI City Mall ni : DAISO, PARKSON dll. 
Refer kat --> FB IOI City Mall 

p/s untuk diri sendiri: agak-agak bila aku nak ke sini ek? huhu~

Wordless Wednesday : Nyum-nyum !


Monday, November 17, 2014

Aci tak?

Assalamualaikum....
Aci tak? apa yg aci nye? 


Nak update blog, review tempat makan best anda segala event yg berlaku sepanjang bulan ni dan yg dah lepas tp takde masa. chewaah macam la busy sangat. ...hmmm... dah try nak update guna IPAD, tapi tak puas gak. Gamak nye jarang la nak buka lappy. 

Aci la, letak gambar My little Princess yang makin membesar dan banyak akal. 
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah...
Ni gambar masa Hari Raya Haji....
ngeh ngeh ngeh...

Simple update.
Nanti update yg tak simple k. 
:D

Friday, November 14, 2014

Throwback : Umaira Solehah Turns To 1 :)

Assalamualaikum korang.. harini aku nak ber #throwback ...hehe... yela peram peram sampai tak terupdate.Banyak nak update tp takde masa. Ni cube ada kan masa dan tersangat la rindu nak aktif blog macam dulu. Entry kali ni nak tempek sikit gambar masa my little princess genap setahun.Birthday nya pada 23 September 2014 then buat makan-makan pada 27 September 2014 just jemput family terdekat je coz buat sekali ngn meeting untuk wedding abg kandung ku yang dah selamat pun diijabkabul pada 26 Oktober lalu. Jom layannnn....


Kek ada kolam gituuuu...

Seronok tengaok orang ramai .. ...
Nik Melissa pun datang ..teman baca buku sama-sama...


Keletihan birthday girl ...hehe~ 

Lepas bangun tidur, sesi buka hadiah..

Testing hadiah.. ting ting ting.. 


Tukang buka hadiah .....


Tukang main.... 

Finally , siap gak ... haha sapa ntah yg main !!!

Gambar banyak tapi ni jela antara yg sempat aku tempek ... Sabtu ni majlis perkahwinan abg kandung ku belah kami. So tengah busy siapkan sesuatu. Dah alang-alang tidur lambat, aku pun update la kejap blog ni, Yela... my little princess dah tidur, memang layan la nak update blog kan ... hehe

Tq singgah blog kite...
Nanti sy singgah blog korang yg drop komen k. 

Friday, November 7, 2014

Makan @ Restoran Bangi Ikan Bakar Sos

Assalamualaikum kawan-kawan....

Lama dah rasanya tak update entry makan-makan. Gambar ada tapi terperap je dalam laptop. Godek punya godek , ada la beberapa tempat makan yang aku makan tak di review di blog. Jom tengok apa menu sedap dekat Restoran Bangi Ikan Bakar Sos.

SOTONG GORENG TEPUNG
Actually , sebelum aku pergi restoran ni, aku google dulu "sotong goreng tepung sedap Bangi". Then terjumpa entry Cik Lily kat --> SINI. Tu yang terjebak ke sini. Memang sedap pun. En Suami kata ni antara yang sedap di Bangi. :)

TELUR BUNGKUS
Sedap dan penuh isinya. Terlupa pula nak snap gambar isi nya. Kalau Bro Hazmanfadzil mesti dah snap isinye kasi zoom sekali kan. :p

 SUP SAYUR
Sedap gak sup dia. Selalu kalau pergi makan mana-mana susah gak nak jumpa sup sayur yang sedap. Ini antara yang sedap. Kasi A+ untuk sup sayur dia ni. :D

SAYUR KANGKUNG
Tip top! Memang rasa KeKAngkungan dia. Kuah dia tu sedap di makan dengan nasi !

AIR TEMBIKAI & AIR EPAL ASAM BOI
Air dia kurang sikit. Aku order air epal asam boi, then tengok la warna dia tu, color oren plak. Rasa dia tak rasa Epal sangat. At last, En Suami kasi aku air tembikai yang sangat sedap. :)

Nampak tak si kecik tu tengah baca doa kot. hehe~ Agak-agak apa yang Umaira Solehah makan ek?

Excited benor tengok menu! Dah kenyang la tu. :p

Nama restoran , lebih kepada IKAN BAKAR, tapi kami tak makan ikan bakar pun sebab masa kami datang tu , tak de pun ikan -ikan segar untuk di pilih. Kalau nak tengok menu KERANG BAKAR kat sini, leh terjah link entry Cik Lilly tadi. Nampak menyelerakan tapi kami tak order pun, aku just teringin nak makan sotong goreng tepung. Kerang bakar tunggu lain kali la. :D

Kesimpulannya, aku & En Suami memang suka la makan kat sini. Service pun ok, cepat je (maybe gak time kitorang datang tu tak ramai orang) Lauk semua sedap cuma air epal asam boi je tak berapa rasa epal nya. Boleh diperbaiki tu. Chewaaahhh. Senarai harga ikan dia korang leh tengok dekat link --> SINI.  Kalau korang nak singgah leh la ke alamat seperti di bawah : 

Restoran Bangi Ikan Bakar Sos
41-A, Jalan 3/69, Seksyen 3,
Bandar Baru Bangi
Tel : 019-6484038


Monday, October 27, 2014

Barakallahulakuma Asraf & Hidayati

Assalamualaikum korang....

Alhamdulillah semalam Abg Kandungan saya selamat di ijab kabul dengan sekali laFASZ...
Gambar tak dapat nak tepek banyak banyak, ni pon try update blog guna ipad. Hehe... Berjinak-jinak update guna ipad.Mana tahu rajin update blog sebab ipad memang berkepit jer.hihi..
Barakallahulakuma Abg ku & Kak Yatt
:)

p/s : kalau rajin kite tepek gambar lg k. KALAU ...

Wednesday, October 22, 2014

Wordless Wednesday : Lempeng by Chef Aizu Amros


Tuesday, October 21, 2014

Kenangan waktu belajar di UiTM Perlis

Assalamualaikum ya asdiko'i. Sihat tak?Semalam sempat aku blogwalking kat korang yang sudi drop komen entry sebelum-sebelum ni & korang yang ada dalam list blog ni. Aku nak update blog list tu, tapi macam malas je. Nanti la ek... Harini nak update pasal STREETVIEW. Kecoh dan dah jadi viral di FB dan media sosial lain pasal STREETVIEW ni. Aku pun terpanggil untuk try guna. Then terasa nak update sesuatu pasal STREETVIEW ni.

Sememangnya aku amat merindui zaman belajar di UiTM Perlis. Banyak pengalaman susah payah senang bersama kawan-kawan seperjuangan di sana. Jom berSTREETVIEW di sekitar Perlis, tempat yang aku rindui dan akan ku jejaki jika diberi rezeki, in sha Allah. Macam la OVERSEAs kan... hehe~

Pintu masuk UiTM PERLIS
Kenangan sangat sebab masa mula-mula duduk rumah sewa, ini la jalan yang ku pijak berjalan kaki ke kelas. Dari rumah ke pintu masuk ni, jauh sikit je, tapi dari pintu masuk ke kelas memang agak mencabar dan memang memerlukan tenaga yang kuat. Memang basah la ketiak dengan peluh. :D

Simpang jalan ke rumah sewa di Arau
Memang tak larat kalau nak berjalan kaki hari-hari ke kelas. Oleh kerana ramai student yang duduk rumah sewa dan tiada transport sendiri, pihak UiTM Perlis menyediakan perkhidmatan bas. Dekat papan tanda putih tu la, aku dan BFF aku tunggu bas. Sangat menggamit kenangan suka duka bersama. Pagar oren tu Matrikulasi Perlis, Depan rumah sewa kami. 

MASJID NEGERI ARAU, PERLIS
Ni masjid antara masjid yang selalu aku & BFF aku pergi. Kadang-kadang kalau bekalan air di catu , kami tumpang mandi dan solat di sini. Masa ni , BFF aku dah bawa kereta. So aku tumpang kereta dia je ke kelas & kemana sahaja. Masjid dalam UiTM Perlis tak dapat nak capture sebab streetview tak dapat view sampai ke dalam UiTM Perlis, kalau tak nak juga singah tengok asrama tempat aku masa semester 1.

FUNFAIR ARAU
Arau pun ada funfair tau. Funfair ni kecik je, Sebelah je dengan RPA tempat makan tadi. Aku sempat la pergi sekali kot (tak ingat sangat) Aku pergi dengan housemate aku, main apa pon dah tak ingat. Gambar kenangan di sini tak tahu la ada lagi ke tak, dah lama tak buka external hard disk tu. huhu~ Rindu ngn housemate di Arau , semua dah berkahwin & beranak pinak. :D

CYBER CAFE ARAU
Masa mula-mula kitorang duduk menyewa memang internet seperti UNIFI, STREAMYX memang tak famous lagi. So , kami hanya pergi ke cyber cafe untuk cari maklumat tentang assignment kami dan juga untuk print assignment. Jadi , ini la cyber cafe yang selalu aku dan BFF aku pergi. huhu~
Zaman sekarang , sangat mudah! Tak payah SUSAH PAYAH pergi cyber cafe untuk melayari internet or print assignment. Surfing dekat phone je , printer pun sorang satu beli kan kan kan???

 STESEN BAS KANGAR
Kenangan sungguh stesen bas ni. hehe~ Rasa terubat rindu sekejap bila tengok gambar dari STREETVIEW ni. :D

Tempat Makan Best  @ Arau

Restoran Bumbung Lima
Antara tempat makan yang aku suka. Rindu makan kat sini sebab tempat ni lecturer aku pernah belanja makan tengah hari. Ayam goreng & ikan goreng dia lain dari lain. Sejak lecturer aku belanja sini, aku & BFF aku asyik nak makan sini je. huhu~

RPA - Tempat makan
Tak tahu la RPA tu stand for apa. Memang kami panggil RPA je. Kat sini selalu aku & kawan-kawan breakfast (kadang-kadang) , lunch (selalu tapau) & dinner (selalu makan kat sini terus) Kalau breakfast, rindu sangat Soto , teh ais, nasi lemak, nasi ayam dekat sini... uwaaaa... Jadi rapat dengan tuan kedai sebab kami memang selalu makan situ.Antara lauk kegemaran aku kalau tapau lunch kat sini, cendawan goreng, ikan goreng , sayur bendi. Tersangat la murah, yela Arau kan makan murah! Kalau dinner, aku teringat menu Nasi Goreng Ayam Kunyit kedai hujung tu, sedap! 

Anjung - Tempat makan 
Kat sini ada ABC sedap. Aku & coursemate selalu gak dinner sesama kat sini. Lokasi dia sebelah Matrikulasi Perlis.

Tempat Shopping Best @ Kangar

THE STORE KANGAR 
Ini antara tempat untuk aku dan kawan-kawan shopping baju-baju dan keperluan lain. Bila ada sales 
 syok sangat shopping sini tapi idok la shopping sakan macam orang dah ada anak. Shopping ala kadar, nama pun student.


 ANEKA 
Ini antara tempat aku & kawan-kawan membeli-belah. Harga standard Perlis la. Tak tahu la ada beza ke tak ngn harga barang di KL. 

PASAR RAYA WAH SEAH MAJU / YEN GALLERY
Pasar raya tu memang menjadi tempat kami membeli belah. Barang dijual murah-murah. Memang suka la kalau student beli-belah. Yen Gallery pula kedai cenderahati. Selalu pergi situ untuk beli hadiah untuk lecturer or beli untuk diri sendiri pun ada, hehe~


Sekarang ni, Arau banyak dah berubah. Dah banyak kedai-kedai. Student tak payah dah susah payah ke Kangar untuk shopping. Arau sudah. Last aku pergi Arau tahun lepas masa sarat mengandung 7bulan kalau tak silap. Sempat la tengok pembaharuan di Arau. 

Pizzz Hut ada, KFC pun ada . Dulu kitorang pergi Kangar kalau ngidam KFC tau.


Nak cerita semua benda dan kenangan masa belajar di Perlis ni memang banyak. Sampai esok pun tak habis. Nanti la sambung lagi k.


Daaa..
:)

Monday, October 20, 2014

Rindu nak update blog..

Assalamualaikum ..
Rindu rasa nak update blog. So update la seringkas nye.

Sekarang tengah busy dengan macam-macam benda. Rasa macam serabut sangat.
Takpe... Moga Allah permudahkan segalanya. Aamiin.


Nanti dah tak busy boleh la nak blogwalking yer korang. 
>_<

Wednesday, September 24, 2014

Selamat Hari Lahir My Little Princess...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Alhamdulillah .. semalam 23.09.2014 merupakan tarikh penting bagi aku. Tarikh aku berjuang untuk melahirkan anakku, Umaira Solehah Binti Mohd Aizuddin. Jom tengok gambar birthday girl semalam...


Suka nya dia dapat main ais batu...

Pagi sebelum gerak pergi klinik untuk cucuk setahun. Agak monyok sebab kena bangun awal.

Bad mood masa nurse nak ukur lilit kepala + ukur tinggi + berat. Sempat Papa snap gambar ni. :D

Mama : "Sapa nama dia "Umaira Solehah" . Angkat tangan....?


Balik kegembiraan dapat makan roti telur mamak + teh ais. Alhamdulillah semalam check up pukul 10pg di temani oleh Papa sekali.Pukul 951am pergi, kul 10.41 dah settle sbb tak ramai org. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. 

Alhamdulillah.... 
Syukran ya Allah di atas rezeki yang telah kau beri dalam hidup KAMI.
Alhamdulillah.... 

Simple update.. nanti aku update lagi ... tak puas nak sharing. Busy. 






Wednesday, September 17, 2014

Alhamdulillah....

Assalamualaikum ... 
Lama nya rasa tak update blog. Padahal baru je beberapa minggu.
Just simple update. 


Isnin bersamaan 14 September 2014 haritu genap perkahwinan aku 2tahun. 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Syukran ya Allah...
>_<

p/s : Tak sempat lagi nak blog walking , nanti bila free kita singgah blog korang yg  drop komen k.




Tuesday, August 26, 2014

Gambar Raya Lagi....

Assalamualaikum ya asdiko'i...
Pejam celik pejam celik, Syawal berakhir. Eh! Hari ni la last Syawal. Aku nak juga update lagi pasal raya. hehe~ Jom tengok gambar raya (bukan 1 Syawal) ni masa 6 Syawal 1435 H kalau tak silap. Kami berkumpul untuk bergambar then terus p beraya rumah saudara kami di K.L. Baju ni kami buat untuk kenduri abg aku nanti, tp pakai je la tuk raya dulu .. hehe.. JIMAT! Layannnnnn....

Gambar Formal

Freestyle
Tengok la freestyle Umaira Solehah tu... :D

Freestyle lagi...

Formal balik..

Gegirl jeee...
Ha baru nampak baju Peplum si kecik tu. 

Boboy + Umaira Solehah

Tok Pa, Nek Ma & Umaira Solehah 
Takde mood nak senyum... penat posing la tu... 

Mama Long , Papa Long & Umaira Solehah...
Manja sungguh posing Papa Long ngn Umaira Solehah tu.. :P

Mama , Papa & Umaira Solehah
Yang ni dia senyum sebab masa ni gambar pertama yg di snap. hehe~

Umaira Solehah with Cik Tin & Cik Su Ucukkkk...
Macam kembar kan mereka berdua ni....

Umaira Solehah with Ayoh Ngoh.. 
Tahun depan, in sha Allah Mok Ngoh teman kat sebelah tu.. :D

Fuhhh...byk plak aku tepek gambo. Ikutkan nak tepek lagi tp tak sempat. My little princess dah ngamuk nak nenen. oo ini post aku taip malam2 & autopost. Senang hihi....

Daaa....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...