Friday, August 26, 2011

Juadah Bebuka 25 Ramadhan 1432 H

Semalam hari last kami bebuka di Kelana Jaya. Aku & Tini akan pulang ke kampung petang ni. Semalam aku & tini tak buka sama tp aku nak update gak juadah bebuka Tini & aku semalam. . .
Tini buka dengan housemate yang lain. Masak "Bihun Goreng" lepas tu Kak Faza buat Nasi Goreng guna nasi semalam yang tak abis. Tak lupa juga "Popia" .

Source : Google

Aku lak bebuka dengan seseorang dengan air tin Laici sahaja. Jam 11mlm baru makan McD dekat Kelana Jaya.
First time tak buka sama ngn Kembar ku. . . huhu :)

Selamat pulang ke kampung kawan-kawan. Berhati-hati di jalan raya bg yg Drive.

Beraya tanpa orang yang tersayang

Belek-belek album raya tahun lepas. Then tetiba je aku terasa sedih bila tengok satu gambar ni. Gambar kami sekerluarga bersama arwah Ayoh (atuk aku) yang telah meninggalkan kami sekeluarga December 2010 . Rasa seperti baru je lagi.

;(

Moga roh arwah atuk ku di cucuri rahmat dan di tempat kan dengan orang-orang yg beriman.

~Al-fatihah buat arwah MAMAT BIN DERIS~

Thursday, August 25, 2011

Sapa nak duit raya?

Hari Raya Aidilfitri lagi beberapa hari je.Sapa-sapa yang nak duit raya . . . leh la p rumah sy . . . . .tetapi . . . . .

Duit raya untuk orang yg belum bekerja sahaja ok. . . :p

Untuk orang dah bekerja kalau nak duit raya gak join la ni --> Duit Raya untuk anda! tak pun main games untuk menang DUIT rAyA kat sini--> Jom main games untuk dpt duit Raya!

haha :D jangan marah ek. . . .

TV merajuk di bulan puasa

Di pertengahan bulan puasa, TV kami tetibe menunjukkan tanda-tanda rosak seperti di bawah. Yang tinggal hanya lah bunyi nyer sahaja.So, kami tengok cite Kasih Alia time buka pose hanya dengan mendengar suara sahaja :(

Kira kami masih mengikuti Drama Kasih Alia ni walaupon TV dah tak keluar gambar. TV kami dah ibarat radio. huhu~ Sabar jela.

Semalam-semalam, selepas kami pulang dari terawih, kami pon buka la TV dengan harapan nak tengok eh! nak dengar cite yang ada(haha!DENGAR JE OK SBB ADA SUARA TAKDE GAMBAR!). . . . . . . . tup tup. . . . . . . . Bila Tini buka TV
-
-
-
-
-
-
Tetibe TV kami tu masih mengeluarkan cahaya 1inch seperti gambar di atas tp malang nya nasib kami , TV tu dah tahap nazak kerana sound dia dah takde! Tapi kami tetap nak buka jugak. . . hahaha TV tu dah penat kot . . . . ke dah merajuk sbb dia tahu kami nak tinggal kan dia esok <--hehe ~sian kat kami . . nasib baik la dah nak balik kampung , leh la tgk TV kat kampung masing-masing~

Kepada TV: kami bagi tempoh seminggu untuk TV berehat sepuasnya . . .harap lepas cuti raya nanti TV dah sihat seperti biasa <--uwaaaaaaaaaaaaaaa TV oh! TV~

Jom la beli Samsung Tab yang baru ni, mcm best jer !! --> Samsung Tab Baru

Juadah Bebuka 24 Ramadhan 1432 H

Semalam kami plan bebuka dengan "Bihun Sup" semalam. Sup nya masih ada lagi & kami pon tambah je sup & rencah nyer. Balik dari office, Kak Faza tengah masak Sardine. So nasi pon ada, Bihun pon ada. Makan bersama Wani, Adik, Tini, Aku & Kak Faza. :D

Aku makan nasi time bebuka. Gambar Sardin kat atas ni bukan Sardin masakan Kak Faza, yang semalam lebih menyelerakan dari yang ni. Aku tak snap. Ni gambar time Juadah Bebuka 11 Ramadhan 1432 H.
Telur dadar (nak abiskan telur sebelum cuti raya)

Popia goreng PANAS, resipi nye mcm post semalam --> Resipi Popia Goreng Panas

Aku nak abiskan stok buah oren aku, so aku buat fresh orange. So, semua bahan berjaya di habiskan . Tinggal arini je tinggal nak bebuka di Kelana Jaya.

Alhamdulillah, dah 24 hari kite berpuasa.
Jom shopping raya kat sini. Murah-murah!!--> Shopping Raya


Wednesday, August 24, 2011

Baju raya aku tahun ni!

Raya hampir tiba. Persiapan untuk raya mesti dah kene start dari sekarang. Kalau tak mesti kelam kabut. Kuih raya , baju raya , langsir raya dll. Sebut pasal baju, tahun lepas , kami sekeluarga serba PINK ! Hari raya first kami beraya di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, Terengganu. Nak tahu cite RAYA aku tahun lepas leh la p kat sini --> Raya 2010 @ Besut (first post dekat blog AFASZ ni)

Cer layan photoshoot kami tahun lepas. <--photoshoot la sangat !!Lumix dengan bantuan Tripod je pon ~

Gambar di ambil di rumah Cik Su (Mak Cik ku)

Cuba tgk kebesaran Atin (sebelah mama) & Mira (sebelah papa) tu . . . mcm pelik jer ??

Masa ni , papa tetibe nak bergambar ngn mama, tapi Mira, kaklong n Baas kacau je. . . wakaka~

So, tahun ni theme color apa pulak ek? ? ? Tunggu jela raya nanti. . .Nanti basi lak, kalau cerita sekarang .huhu~ OKla . . . jumpa di post lain pulak. . . .haha~ post terpesong dr tajuk !

em. . .tak sabar nak balik kampung @_@

Menu Special : Popia Goreng Panas

Jumaat lepas lagi Tini dah buat POPIA ni tp aku dah balik Bangi so tak dapat la rasa. Semalam kitorang abiskan kulit POPIA ni sebab memandang kan dah nak cuti RAYA!


Oleh kerana aku 1'st time buat POPIA (tukang gulung je pon), so sedikit excited nak POST pasal POPIA ni. Ni ha bahan-bahan yang diperlukan:


Ha~ nila bahan-bahan tuk buat POPIA:
1-Sayur kobis, carrot, tauge, daun sup yang di gaul bersama telur
2-Udang dipotong mengikut suka hati
3-Air (untuk gam POPIA - ni cara Tini, guna telur pon boleh kan?)
4-Kulit POPIA yang di beli di Super Market Giant ke , Tesco ke, Jusco ke dll


Lepas dah sediakan semua bahan-bahan tu . . .aku pon tolong la gulung inti POPIA tu (first time kowt , hehe~ jangan gelak ek! saya budak baru belajar buat POPIA)
1- Masukkan inti dekat kulit POPIA
2- Letak Udang (Tini asyik lupa je letak udang, haha~)
3- Pastu gulung POPIA tadi. . .
4- Lipat POPIA kasi kemas & nampakla rupa POPIA
5- Gam kan hujung kulit POPIA tadi dengan air, telur pon leh~
6- Tadaaaaaaa . . . .Siap untuk di goreng. . .

Yummy~ sangat sedap di makan panas-panas . . .Tini goreng dah nak dekat bebuka , kul 7pm. So, bile bebuka masih panas! ! ! !


Ha . . kuah POPIA tu ada orang bagi . . uhuk2 . . . em. . .sangat sedap. Arini tetiba aku teringat balik POPIA semalam.Semalam dah makan byk dah tp arini mcm tingin lg.uwaaaaaaaaaaaaaaa ~Baca bismillah ke tak aku ni semalam. . .

Alhamdulillah . . . dapat makan POPIA panas, ~

*Tini: nak lagi POPIA!!!

Juadah Bebuka 23 Ramadhan 1432 H

Semalam kami decide nak habiskan stok ayam yang ada.So, aku pon cadangkan kat Tini buat "Bihun Sup".Sebab kitorang asyik makan nasi je dari mula puasa sampai la sekarang. Lagipun kami kene habiskan stok ayam ni sebelum hari khamis memandangkan kami akan pulang ke kampung jumaat ni.Hmmmmm. . . . jom makan "Bihun Sup" eh! jom layan gambo la . . . lupa puasa ~_~

Em. . . yummy. . .cukup rasa

Semalam ada nasi jugak sebab Kak Faza nak buat Ikan masak sambal ni. Sangat menyelerakan tengok warna masakan ni sampai aku makan nasi dulu. Bihun sup aku makan lepas terawih. . . .

Ni sayur kobis yang di masak oleh kak Faza gak . . . .so, semalam ada Nasi, Bihun Sup & Kuih yang menyelerakan. Lepas ni aku post kuih yang menyelerakan tu ek. . . . hehe~

~Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang di beri kepada Kami~

Wordless Wednesday: Karangan Terbaik di Papan Putih


Tuesday, August 23, 2011

Budak Sekolah BerShopping Sakan. . . .

Ahad lepas adik-adik aku , Atin & Mira p bershopping ngn papa & mama dekat Warta Bangi. Aku pon follow jela dengan harapan nak window shopping jer~

Mira & Atin sibuk pilih kasut pilihan masing-masing. . . . Papa pon tgk-tgk gak padahal dah beli selipar raya kat Kajang . .hehe :D

Tak tersusun la kasut kat sini. . . . hehe ~opppsss kutuk lak kedai ni. . . .sori ek kedai ~

Khusyuk sekali si Atin ni memilih kasut. . . . . . . . .

Akhirnye Atin "jebek" sebab takde kasut yg cantik . . . semua design kat kedai tu design lama, siap ada satu kasut tu sama ngn kasut raya Atin tahun lepas. . . . <--Atin yg ckp

Lastly, ni la hasil diorg. . . . . . .diorg x beli pon kasut raya sbb tkde yang berkenan. Maybe p beli dlm minggu ni dekat Uptown Jalan Reko, papa yg ckp cmni kan Atin? Diorg beli baju t-shirt, cardigan & blouse. <--aku punya pon termasuk sekali dlm plastik tu tp tk la berhelai-helai mcm diorg. . . . . .

Dulu kalau nak shopping , kami mesti p semua sekali, Kaklong, Baas, Nor, Atin, Mira, Papa & Mama. . . kali ni kami p ber lima je. . .hehe~

*Nasihat sy . . . bershopping lah secara bersederhana. . . . hehe ~ nasihat untuk aku gak sebenarnye. . .

Juadah Bebuka 22 Ramadhan 1432 H

Harini lambat sikit post on juadah semalam. . . . Ada masalah teknikal sikit . . . :D

Semalam kami masak simple-simple lagi. Oleh kerana mood di ari isnin yang tak berapa elok.

Sambal Ikan Bilis

Sayur Campur

Bebola Sotong


Kak Faza ada beli cempedak goreng crispy tapi aku tak snap lak gambar nyer sbb bau dia sangat seMERBAK . . . . . ermmmmm . . . cedappp bangat eh! np aku ngomong indon tetibe ni?

Alhamdulillah dengan rezki yang diberi oleh Nya.

Bunga Ana Lu'Lu

Source : Google

Korang mesti selalu follow cite "Ana Lulu" ni kan? Tak sangka drama ni popular sampai orang labelkan bunga Matahari sebagai "Ana Lulu". Silap-silap orang panggil si Nora Danish ni "Ana Lu'Lu . . hehe ~ Cer layan gambar-gambar bunga yg aku snap masa kat Masjid India:

Ha! ni la yang aku ckp tu. Bunga "Ana Lu'Lu". Sapa-sapa yang berminat boleh la dapatkan di Masjid India . . . .Bunga Matahari pasti akan menyinari rumah anda di Hari Raya nanti . . . . 3 for RM10 jerrrrrr~

Bunga lain takde plak nama khas mcm Bunga Matahari. . . hehe ~

Warna-Warni Aidilfitri ~

Bunga Tulip yang tantek ~ eh! yeke bunga tulip??

Bunga plastik yang dah siap di gubah ni RM360 ! ! ! Berbaloi ke beli ? Boleh bayar duit sewa rumah aku untuk 2 bulan kowt~ Tp bg penggemar bunga SIAP maybe berbaloi kowt ~ hahaha *_*

Monday, August 22, 2011

Main Bunga Api bersama adik-adik ku

Semalam aku main bunga api ngn adik-adikaku. Kami main kat belakang umah, so pemandangan agak tak cantik & gelap sedikit. . . .tp layan jela gambar gelagat adik-adik aku main bunga api ni. . .

Perickan bunga api . . . . . .

Ni jela yang tinggal.5 cucuk bunga api .Aku main 1 cucuk, Atin 2 cucuk & selebihnye Mira main. . . . . . diorang dah main dulu sebelum aku pulang ke Bangi. so tinggal 5 jela . . . haha~

Proses menyalakan lilin oleh Atin. . . .

Akhirnye lilin berjaya di dirikan oleh aku. . . .haha~guna lilin kek besday sapa ntah ni. . .

Posing sebelum mula main bunga api. . .

Yeay . . . .cover cun ngn bunga api. . . . .

Ni lagi la budjet cun. . .suar match ngn tudung. . . .wakakakaka ~

yeay . sambil menyanyikan lagu, Selamat Hari Raya~
eh! siap ada pam tu plak . . . haha~ buruk benor pemandangan belakang umah kami. . .

Dah mcm isap dadah pulak . . . . .eh! kaki sapa la yg berinai tu ??

Hmmmm. . . rasa tak puas la sbb ada 5 cucuk je. . .rasa nak main lagi. . . . wakakakaka!

*Tq to abg fauzi yang beli bunga api ni. . . . dulu main bunga api sampai berasap dapur. . . huhu~Baas punya keje la tu!

Suasana di SOGO menjelang Hari Raya

Rabu last week aku & Tini pegi Shopping kat Masjid India dan sempatla singgah kejap kat SOGO.Tengok orang punya la ramai. fuhhh ~



Blur sikit gambar ni . . .yela orang gerak sini sana mcm semut berjalan . . .

Jualan Baju, Beg, Kasut jenama terkenal di jual dengan harga promosi sehingga 70% discount

eh! 80% pon ada la. . . . .

Sesak & Ramai giler orang shopping dekat SOGO. Ini time hari Rabu (cuti Nuzul Quran) bayangkan time cuti weekend. Mesti lagi sesak dari macam ni . . . .

Aku tak beli apa-apa pon kat Sogo ni . . . . aku just shopping shawl je kat kedai-kedai jalan TAR sini --> Shopping @Masjid India

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...