Assalamualaikum ya asdiko'ii. Hari ni hari Isnin. Ada yang cuti ke? Aku memang cuti. Cuti 1 TM, huhu~ macam cuti 1 Malaysia plak. So ada la masa aku nak update blog. weeeee ~ Sabtu , 22.12.2012 haritu aku pergi makan bersama ayah, mak , Kaklong Yati, Abg din, Kak Uda, Abg Zul, Kakak , Hadif, Dija & Cik Bie (fuhh . . . semua aku nak tulis.)Eh !boleh tetinggal plak En Suami sendiri (jgn marah ye Bang) bertempat di RESTORAN BAYU MALAM - WAK LAN IKAN BAKAR & SEAFOOD, BAGAN LALANG (first time aku makan sini) Dari rumah ayah mertua ku 40minit sahaja, ikut jalan dalam.Kami gerak lepas Asar. Buat makan-makan meraikan KAKAK (anak sedara aku) dapat masuk Tunku Kurshiah College (TKC)
Antara pilihan kami. 3 ekor Ikan Siakap + Udang + 4 ekor Sotong (takde dalam gambar) + 3 Ekor Ikan Kerapu (takde dalam gambar) + Kerang (takde dalam gambar juga)
Antara yang ada di Restoran Bayu Malam. Lepas dah pilih ikan, udang semua, kami book meja. Oleh kerana kami tak book by phone sebelum datang, jadinya terpaksala tunggu makan pukul 9malam. Pukul 8malam semua FULL!!!
Gambar Ayah Mertua ku dari sisi belakang bersama Qaisara yang makin bolat dan BERAT!
Papa In sampai lenguh tangan pegang Qaisara, :D
Ni la KAKAK , anak sedara aku. Hebat la KAKAK. Dapat TKC.
KAKAK ni aku rasa macam adik aku je. Sebab aku kan ada adik Form 1. So rasa macam sama baya je diorang ni. hehe~
Tepi tu, Sepang Gold Coast.
Main tulis-tulis kat pasir.
Tengok la Qaisara jebek. Yang tudung kelabu tu Kaklong Yati eh dah jadi Hajjah dah. Yang baju merah tu ibu kepada Qaisara, Kak Uda.
Sebelum masuk waktu Maghrib, kami bergambar depan SUNSET dulu.
Menikmati keindahan PANTAI. Sempat tengok Sunset, SUBHANALLAH! Sementara tunggu waktu makan , kami ke MASJID SUNGAI PELEK untuk solat Maghrib & Isya' terus. Then gerak ke Restoran Bayu Malam.
Sampai-sampai je, meja kami belum lagi dikemas. huhu~ Sabar jela. Semua dah kelaparan.
Hadif kehausan menunggu air tak sampai-sampai. Abg Din khusyuk tengok bola.
Jom tengok apa yang kami makan plak :
IKAN SIAKAP TIGA RASA
Tapi tak rasa sangat 3 Rasa dia. Biasa je.
KERANG REBUS
Rasanya aku paling banyak makan ni sebab kerang ni betul-betul depan mata aku :D
UDANG MASAK PEDAS
Pedas woooo tapi sedap bangat !!!
SOTONG & UDANG GORENG TEPUNG
Aku suka betul yang ni
Dija khusyuk makan sotong goreng tepung.
Kicap untuk cicah ngn IKAN KERAPU BAKAR (Gambar Ikan Kerapu Bakar tak snap sebab ikan nya lambat sampai , so takde tangan dah nak snap gambar) Sedap wooooo IKAN KERAPU BAKAR dia !!!! Aku kan penggemar IKAN :)
Secara keseluruhan, bagi aku sedap la. Boleh la datang lagi.Kad pun dah amik.Kalau korang nak datang makan sini, leh la book dulu sebelum pergi sini. Memang penuh je orang.
---------------------------------------------------------------------------
RESTORAN BAYU MALAM
WAK LAN IKAN BAKAR & SEAFOOD
ACOL 017-6199 160
EJA 017-6394 676
CT -14-2363 197
BUKA SETIAP HARI 5.30PTG - 1.00PG
-----------------------------------------------------------------------
Lastly ucapan buat KAKAK :
TAHNIAH & GOOD LUCK BUAT KAKAK
P/s: Gambar diambil guna phone En Suami. Kamera bawa tapi MEMORY CARD tinggal kat Bangi. huhu~ Apa la nasib ko kamera. :D
nyum2
ReplyDeletemakan saje kan
best2
sedap . rasa nak g lagi. sbb fasz suka ikan :D
Deletesedap nye..
ReplyDeletealhamdulillah.
DeleteSelalu dengar pasal Sepang Gold Coast, tapi tak pernah pegi lagi.
ReplyDeletepergi la kak. syok. pantai dia pon cantik gak. tgk sunset. subhanallah cantik sgt
Deletelabuh nye PIPI Qaisara..hehe rasa nk gigit2...eh tp muka Qaisara mcm Papa In la...^_<
ReplyDeletesama ke? muka papa in tu sama ngn si hadif yang menunggu air tak sampai-sampai tu :D
DeleteSemua org makan sedap-sedap Qaisara makan apa agaknya ye...
ReplyDeleteqaisara mampu tgk dan terliur jela. sian dia.
Deletesedappnya.. tahniah buat adik afazs dapat smbg belajar yer...
ReplyDeletedia anak sedara sy. :D
Deletepermandangan sunset tu cantik sgt :)
ReplyDeletesubhanallah. cantik sgt.
Deletepernah ke situ n cantik pemandangan dari situ kan fasz..
ReplyDeleteha;a cantik. fasz first time pegi. nak pegi lagi
Deletehuhu.. lain kali makan dulu sebelum tgk blog makan makan :D
ReplyDeletelapaq oooo
ReplyDeletelapar p makan no.
Deletesalam kenal..kesiannya Kat depa kelaparan. apapun berbaloi bila makanan sampai. .
ReplyDeletebagan lalang... sungai pelek... semua tu ada kenangan pada saya.. hehehe
ReplyDeletepeh, geram plak tengok kerang rebus tuuu..
ReplyDeleteadeh fasz..dh lapo dh nie..hehe
ReplyDeletelapo p makan.. hehe
Deletebestneyr.... lama tak pg mkn kt bagan lalang nih, ntah bile lah nk repeat mkn situ... tp nyer nk mkn situ kene dtg awal or booking awal kan, kalu tak mmg tak dpt lah... apa pun syok lah akak tgk menu2 tuh... cume nyer kalu perkhidmatan lambat, mmg blh spouil mood
ReplyDelete- taniah n good luck utk kakak yg dtg ke tkc
Tahniah3 utk anak buah k.faz....
ReplyDelete