Monday, December 24, 2012

Makan @ Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang

Assalamualaikum ya asdiko'ii. Hari ni hari Isnin. Ada yang cuti ke? Aku memang cuti. Cuti 1 TM, huhu~ macam cuti 1 Malaysia plak. So ada la masa aku nak update blog. weeeee ~ Sabtu , 22.12.2012 haritu aku pergi makan bersama ayah, mak , Kaklong Yati, Abg din, Kak Uda, Abg Zul, Kakak , Hadif, Dija & Cik Bie (fuhh . . . semua aku nak tulis.)Eh !boleh tetinggal plak  En Suami sendiri (jgn marah ye Bang) bertempat di RESTORAN BAYU MALAM - WAK LAN IKAN BAKAR & SEAFOOD, BAGAN LALANG (first time aku makan sini) Dari rumah ayah mertua ku 40minit sahaja, ikut jalan dalam.Kami gerak lepas Asar. Buat makan-makan meraikan KAKAK (anak sedara aku) dapat masuk Tunku Kurshiah College (TKC)


 
Antara pilihan kami. 3 ekor Ikan Siakap + Udang + 4 ekor Sotong (takde dalam gambar) + 3 Ekor Ikan Kerapu (takde dalam gambar) + Kerang (takde dalam gambar juga)


Antara yang ada di Restoran Bayu Malam. Lepas dah pilih ikan, udang semua, kami book meja. Oleh kerana kami tak book by phone sebelum datang, jadinya terpaksala tunggu makan pukul 9malam. Pukul 8malam semua FULL!!!

Gambar Ayah Mertua ku dari sisi belakang bersama Qaisara yang makin bolat dan BERAT!

Papa In sampai lenguh tangan pegang Qaisara, :D


Ni la KAKAK , anak sedara aku. Hebat la KAKAK. Dapat TKC
KAKAK ni aku rasa macam adik aku je. Sebab aku kan ada adik Form 1. So rasa macam sama baya je diorang ni. hehe~ 


Tepi tu, Sepang Gold Coast.

Main tulis-tulis kat pasir.

Tengok la Qaisara jebek. Yang tudung kelabu tu Kaklong Yati eh dah jadi Hajjah dah. Yang baju merah tu ibu kepada Qaisara, Kak Uda.

Sebelum masuk waktu Maghrib, kami bergambar depan SUNSET dulu. 


Menikmati keindahan PANTAI. Sempat tengok Sunset, SUBHANALLAH! Sementara tunggu waktu makan , kami ke MASJID SUNGAI PELEK untuk solat Maghrib & Isya' terus. Then gerak ke Restoran Bayu Malam. 

Sampai-sampai je, meja kami belum lagi dikemas. huhu~ Sabar jela. Semua dah kelaparan. 

Hadif kehausan menunggu air tak sampai-sampai. Abg Din khusyuk tengok bola. 

Jom tengok apa yang kami makan plak :

IKAN SIAKAP TIGA RASA
Tapi tak rasa sangat 3 Rasa dia. Biasa je.   

KERANG REBUS
Rasanya aku paling banyak makan ni sebab kerang ni betul-betul depan mata aku :D

UDANG MASAK PEDAS
Pedas woooo tapi sedap bangat !!!

SOTONG & UDANG GORENG TEPUNG
Aku suka betul yang ni
Dija khusyuk makan sotong goreng tepung.

Kicap untuk cicah ngn IKAN KERAPU BAKAR (Gambar Ikan Kerapu Bakar tak snap sebab ikan nya lambat sampai , so takde tangan dah nak snap gambar) Sedap wooooo IKAN KERAPU BAKAR dia !!!! Aku kan penggemar IKAN :)

Secara keseluruhan, bagi aku sedap la. Boleh la datang lagi.Kad pun dah amik.Kalau korang nak datang makan sini, leh la book dulu sebelum pergi sini. Memang penuh je orang. 

---------------------------------------------------------------------------
RESTORAN BAYU MALAM 
WAK LAN IKAN BAKAR & SEAFOOD
ACOL 017-6199 160
EJA 017-6394 676
CT -14-2363 197
BUKA SETIAP HARI 5.30PTG - 1.00PG
-----------------------------------------------------------------------


Lastly ucapan buat KAKAK :

TAHNIAH & GOOD LUCK BUAT KAKAK

P/s: Gambar diambil guna phone En Suami. Kamera bawa tapi MEMORY CARD tinggal kat Bangi. huhu~ Apa la nasib ko kamera. :D



27 comments:

  1. Replies
    1. sedap . rasa nak g lagi. sbb fasz suka ikan :D

      Delete
  2. Selalu dengar pasal Sepang Gold Coast, tapi tak pernah pegi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la kak. syok. pantai dia pon cantik gak. tgk sunset. subhanallah cantik sgt

      Delete
  3. labuh nye PIPI Qaisara..hehe rasa nk gigit2...eh tp muka Qaisara mcm Papa In la...^_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ke? muka papa in tu sama ngn si hadif yang menunggu air tak sampai-sampai tu :D

      Delete
  4. Semua org makan sedap-sedap Qaisara makan apa agaknya ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. qaisara mampu tgk dan terliur jela. sian dia.

      Delete
  5. sedappnya.. tahniah buat adik afazs dapat smbg belajar yer...

    ReplyDelete
  6. permandangan sunset tu cantik sgt :)

    ReplyDelete
  7. pernah ke situ n cantik pemandangan dari situ kan fasz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha;a cantik. fasz first time pegi. nak pegi lagi

      Delete
  8. dan2 perut rasa lapar..
    la..patut la..akak tak makan nasik lagi..makan dulu la..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. lain kali makan dulu sebelum tgk blog makan makan :D

      Delete
  9. salam kenal..kesiannya Kat depa kelaparan. apapun berbaloi bila makanan sampai. .

    ReplyDelete
  10. bagan lalang... sungai pelek... semua tu ada kenangan pada saya.. hehehe

    ReplyDelete
  11. peh, geram plak tengok kerang rebus tuuu..

    ReplyDelete
  12. bestneyr.... lama tak pg mkn kt bagan lalang nih, ntah bile lah nk repeat mkn situ... tp nyer nk mkn situ kene dtg awal or booking awal kan, kalu tak mmg tak dpt lah... apa pun syok lah akak tgk menu2 tuh... cume nyer kalu perkhidmatan lambat, mmg blh spouil mood

    - taniah n good luck utk kakak yg dtg ke tkc

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...