Thursday, December 29, 2011

Makan @ Murni Discovery, Aman Suria

Haritu aku ada post pasal Original Penang Kayu Nasi Kandar . Dalam post tu aku ada mention aku nak p satu tempat makan yg di suggest kan oleh officemate aku ni tp tidak kesampaian sbb tempat tu tutup pada hari Isnin. Ha, inilah tempatnyer .

Murni Discovery, Aman Suria 


Time aku pergi , memang ramai gile orang. Yela time dinner kot ~ Aku pergi Murni Discovery ni dalam kelaparan setelah bersesak-sesak dengan jem ke arah One Utama. huhu~ 


Jom buka menu  . . . . . 
                         

Menu air~
                      

Western Chicken ~

First time nak makan sini , so aku pon order la ikut apa yg cik Lyza Qiut ni pernah makan kat sini.


Milo Dinasour. . . . . . time ni dah makan byk dah Milo nyer.  ngeh ngeh




Air Asam Boi, sedap gak dikala rasa nak muntah. ia dapat melegakan tekak ku ini ~ opsss !



Makan pulak ,  aku pilih Chicken Chop,sama dengan apa yg Lyza makan. Dah lama tak makan western !



Ha, awek lagi sorang ni , makan Nasi Goreng Melatup. . . nampak mcm Nasi Goreng Biasa tapi kesedapan nyer sehingga licin pinggan walaupun nasi nya banyak giler !!!
 Ada udang, kerang dan yang penting panas & pedas ! 
Memang sesuai la dengan nama dia ~



Bukti kesedapan Nasi Goreng Meletuppppp !!!

Yang aku punya, tak licin, masih ada sos nyer~haha !

Gambar di ambil dar phone ni ~ Saving nyer lebih laju dr phone aku , tak aci !


Jom terjah blog-blog lain , sedap-sedap nampak gambar makanan kat Murni Discovery ni:


Tuesday, December 27, 2011

Spiral Carbonara by Master Chef A

Sabtu lepas, ada sorang MasterChef di rumah aku telah memasak Spiral Carbonara. Nyum nyum ~ yummy . . .  .


Spiral Carbonara bersama hotdog black pepper. . . sedap . . . . 


Makan sehingga menjilat sudu dan garpu. Aku byk makan hotdog nyer . . . hehehehe ~



Kepada MasterChef A . . . sila la masak lagi Spiral Carbonara ni. Tersangat la sedap ~ 

Maharaja Lawak Mega Minggu 9 - OSBON (Bawang Putih Bawang Merah)

Maharaja Lawak Mega Minggu 9 - BOBOI (Asmara Dana)

ABC Speacial @ RASA Foodcourt, Alamanda

Ahad 2 minggu lepas, lidah aku ni terasa nak makan ABC bersama ice krim. So, aku pon p la makan ABC kat Alamanda. Jom layan kenikmatan ABC SPECIAL dari Alamanda ni.


Ice krim tu boleh pilih nak perisa apa. Nyum nyum ~ Salutan jagung bersama ice krim coklat dia memang ideal la. . . kacang dia rangup krak kruk. . . hehe :D 


Banyak gile pilihan ABC kat sini . . . . . .mcm kat Mines jugak tapi kat Alamanda lagi banyak choice la. Kedai ABC ni terletak di RASA Foodcourt . . . . 


Pandangan dari jauh. . . . em .. yummy . Minum eh makan sehingga ke titisan akhir. Minum ke makan ABC ek?

Jom terjah ABC yang lain:



Friday, December 23, 2011

Shin Chan Malaysia

Ada tak antara korang yang minat tengok Kartun Shin Chan? Mesti ramai kan suka tengok Karton ni walaupon Shin Chan ni macam bodoh-bodoh je. Aku pon suka gak tengok Shin Chan ni tapi rasanya dah lama tak tengok. Setiap Sabtu , channel NTV7 jam 7ptg ek? Selalu aku tengok yang download je. Kembar aku suka bebenor tengok Shin Chan ni.


Tengok-tengok jugak. Korang tahu ke siapa di sebalik suara Shin Chan versi Melayu ni? Kalau pemilik suara Upin Epin dah popular dah. 

Jom kite kenal dengan adik pemilik suara Shin Chan ni. Arfalie Fitri Razali, 14 <--umur dia sekarang maybe dah 18 or 19tahun kot. Suara lain, tp bile start je recording Shin Chan suara jadi lain. . . . hehehe ~ 



Thursday, December 22, 2011

Selamat Hari Lahir Abang Long :p

Happy Birthday Abang Long

Walaupun Nor berada di perantauan (eh! macam la jauh sangat). . .

Walaupun Nor tak dapat makan durian haritu (eh! ada kene mengena ke?) . . . .

Walaupun Nor masih tak dapat makan kek hari jadi ABG LONG lagi (hehe~ Abang Long) . . .

Walaupun Nor . . . Walaupun . . .

Banyak nya walaupun ? ? ?

haha ~

Selamat Hari Jadi buat Abang Long aku a.k.a my BIL. . .

"Moga panjang umur dan di murahkan rezeki "

"Moga Abang Long & Kak Long berbahagia ke akhir hayat (baru la match, Abg Long dan Kak Long) "

*start arini kene panggil Abang Long ke? ke nak panggil Abang Short, eh silap Abang Ucukkk? hahahahahaha ~ LOL

SEDAL tak kek tu? ? ?

Entry Happy Birthday yang lain:

Berat Badan Aku Unggul :p

Tengok gambar di bawah. Bukti berat badan aku unggul . . . haha tp dah sorokkan berat dengan tinggi ngn umur aku. Secret la :p


Bagi kawan-kawan yang nak cek boleh la ke sini --> Website Kementerian Kesihatan Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan kempen untuk "10,000 langkah sehari". Banyak info yang kita boleh dapat dari website ini. Jom la kita sama-sama praktik kan kempen "10,000 langkah sehari" kerana dengan 10,000 langkah sehari anda dapat burn kalori dalam badan sebanyak lebih dari 300 kalori. Antaranya info yang ada kat website Kementerian Kesihatan Malaysia ni ialah tentang panduan untuk beriadah, cara menangani stress, tips makan secara sihat dan yang paling menarik, ada resipi yang sesuai untuk makan malam anda. Wahhhh . . .siap bg resipi lagi. . . . boleh la masak mengikut kalori yang sesuai untuk makan malam :)


Jadi, apa lagi jom amalkan 10,000 langakah sehari. Naik tangga turun tangga di office pon ok kan. . . :)

Duit Kertas & Syiling Baru

Harini aku dapat email dari my BFF tentang duit syiling & kertas yang akan mula diedar pertengahan Januari 2012. Aku pon on the spot la update blog ni . . . Jom kite tengok gambar duit syiling & duit kertas yang baru. Tak sabar nak tengok yang kaler ORANGE!


Duit syiling bernilai 5sen, 10sen, 20sen, 50sen telah dilancarkan pada 25 July 2011 dan akan di edarkan pada pertengahan Januari 2012.


Wang kertas bernilai RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.Wang kertas RM50 untuk siri mata wang yang baru sudah dalam edaran. Untuk siri baru ini, polymer substrate yang digunakan untuk wang kertas RM1 & RM5. Siri wang kertas yang baru akan mula diedar pada separuh kedua 2012. Untuk menandakan pengenalan siri mata wang yang baru, 


Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas kenang-kenangan. Tiga jenis koleksi wang kertas kenang-kenangan akan ditawarkan untuk jualan seperti berikut:

#Koleksi single banknote(nilai RM20) - 500,000 set dijual pada harga RM 30.00
#Koleksi two banknote (nilai RM1 dan RM5) - 500,000 set dijual pada harga RM15.00
#Koleksi six banknote (nilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set berharga RM300.00 setiap.

Bagi setiap set koleksi ini, wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan membawa nombor siri yang sama.

Nilai Icon
RM100 Gunung Kinabalu, dan formasi batu puncak Gunung Api lembah
RM50 Minyak Kelapa Sawit dan Biotechnology
RM20 Penyu Karah & Penyu Belimbing
RM10 Rafflesia
RM5 Badak Enggang
RM1 Wau Bulan

Untuk lebih detail boleh layari website Bank Negara Malaysia 



Babies in November 2011

Tahun 2011 dah nak melabuhkan tirai dah.Tahun ni, ramai gile yang kawin & ramai juga kawan-kawan aku yang baru dapat baby. Antaranya :

Baby Muhammad Zahin Shah Bin Kamarul Shah (6 Nov 2011)

Ni baby kawan aku, Ajan. Kawan aku time belajar di KUIS. Dah nak habis pantang dah Ajan. eh! ke dah habis pantang? Aku masih tak berkesempatan tengok Baby Zahin. Gambar ni pon Ajan MMS kat aku. Masa ni Baby Zahin tersangat la FRESH. Mulut nya macam ibunya. haha ~


Baby Nur Damia Arissa Binti Mohd Safwan (22 Nov 2011)

Ni baby Iza, kawan rapat aku time aku belajar kat UiTM. Jom kita baca pengalaman kawan aku di saat melahirkan Baby Damia. Aku doakan kawan aku tabah dengan dugaan yang menimpa dirinya. Allah sentiasa menguji hamba-hamba nya. Moga Iza cepat sembuh. Aku nak jumpa kau & baby , eh  sedey la pulak. Takpe , ada rezeki kita jumpa k, insyaAllah ~


Baby Ainul Mardhiah Binti Maliki (27 Nov 2011)

Ni pulak Baby Diha, kawan aku time kat UiTM juga. Hosuemate time duk menyewa kat Arau. Muka fresh lagi tu. Nanti dah besar mesti lagi tembam & comel kan. . .  Baby Ainul Mardhiah ni dekat Kota Baharu sekrang. . . huhu~ lagi la susah nk p jenguk. 


Apa-apa pun , aku nak ucapkan Tahniah kat Ajan, Iza & Diha yang dah pun selamat menjadi seorang ibu. Alhamdulillah~ Sorila aku tak dapat nak pergi melawat korang lagi. Maybe tunggu baby dah besar sikit & time pegi kenduri kendara ke. huhu~ Pas ni kalau jumpa kawan-kawan dah tak sunyi sangat dah, sebab dah ada anak-anak ni. Bising dengan suara tangisan la. . . hehe :p

*gambar telah di ambil dengan keizinan ibu-ibu kepada baby di atas . . . 

>_<

Wednesday, December 21, 2011

Soya boleh mengurangkan bilangan SPERMA .

Assalamualaikum kawan-kawan, harini aku nak share sesuatu dengan korang. Tajuk entry kali ni nampak lebih berani dari tajuk yang sebelum-sebelum ni. Terdetik nye aku nak buat entry ni selepas salah sorang kawan aku ni menerangkan tentang keburukan makan tempe & minum air soya. Aku dah la penggemar TEMPE & Air Soya. Bila kawan aku tu bagitahu pasal keburukan soya ni, aku rasa macam sedih. hehe ~ yela, MAKANAN KEGEMARAN aku kowt . . Tempe kan diperbuat dari SOYA. 

            Source : Google

Jadi, aku pun minta bantuan En. Google & di sini aku nak kongsi dengan anda tentang keburukan Soya. Antaranya :


1- Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus.
*Akibat : zat-zat dalam makanan yang kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap
tubuh.

2- Mengandungi hemaglutinin. 
    *Akibat : sel darah bercantum sesama sendiri.

3 - Mengandungi goitrogen.
     *Akibat : fungsi tiroid menjadi lemah.





 Source : Google


4- Kebanyakan soya adalah genetically modified tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan  lain-lain.
*Akibat : soya tersebut kaya dengan racun perosak dan hilang khasiat semula jadi.


5- Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh.Toksin ini tidak dapat dimusnahkan melalui proses memasak.
*Akibat : Kembung perut , kekurangan asid amino, kerosakan pankreas. 


6- Wujud unsur heavy metal toxis dalam tubuh badan.
*Akibat : nyanyuk.


 Source : Google


7- Soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8- Soya juga meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat serta melemahkan otak dan tulang kerana soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita.

Lagi info tambahan :

* Untuk lelaki yang suka diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu kerana ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.
Sumber :  DrZubaidi , BlackRoseHunterZonBebas.com



 Source : Google

Aku research juga tentang kebaikan minum soya ni. Korang boleh baca kat sini untuk kelebihan soya --> DrRozmey dan korang boleh jugak try google info lain. Kesimpulannya di sini, aku bukan la nak cakap tak boleh minum soya atau tak boleh makan tempe. Just nak share dengan korang some info. Terpulang pada korang nak minum soya ni ke tak. Korang pon leh wat research sendiri mengenai kebaikan & keburukan soya ni. Google sudah ~

Sharing is caring ^_^



Wordless Wednesday : Model Tingkap ~


Tuesday, December 20, 2011

Restoran Nan Royal @ Sungai Besi, Selangor

Minggu lepas aku sempat singgah makan di Sungai Besi. So, aku nak review sikit kesedapan makanan di salah satu restoran di sini.


NAN ROYAL RESTAURANT @ Sungai Besi . . . . . Apa yang aku makan ek?
 ^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
 Lauk biasa je aku makan . . . .


Nasi Putih . . . 
Nasi di masak sempurna (dah macam juri master chef plak aku)


Telur dadar . . . 


Tom Yam Campur . . . 
Sedap wooo tom yam dia, maybe sbb orang kelate yang masak . . tu yang bertambah sedapppppp ~


Sayur kailan ikan masin . . . 
Sayur dia pon ok la. Selalu sesetengah tempat , dia nye sayur mcm tak rasa sangat kesedapan ikan masin, tapi restorant ni berjaya memikat hatiku. 


Air Sirap & Air Asam Boi  . . . 
Asam boi dia sedapppppppp mcm rasa air jambu plak. . . .

Ha . . . . .ramai gak orang datang makan kat sini especially family la. Kerusi dia sama plak mcm dekat Village View Restaurant. hehe ~ teringin nak makan nasi Kerabu dia, mesti sedap kan. sebab masakan dr orang kelate . . . . .tp kene la datang siang hari, sebab nasi kerabu hanya ada bermula 11pg hingga ke 3 ptg. huhu~

Entry jalan-jalan cari makan yang lain:



LEGOLAND Malaysia akan dibuka akhir tahun 2012

Korang tahu tak apa itu LEGOLAND ? Aku tahu pasal LEGOLAND ni pon masa aku tengok rancangan Majalah 3 tahun lepas rasanya. . . . . .  Meh aku review sikit , apa itu LEGOLAND.


Source : Google

 LEGOLAND MALAYSIA ialah satu projek taman tema terbesar yang akan di bangunkan di Malaysia setakat ini. Ia masih dalam proses pembinaan di Iskandar Malaysia. Taman tema ini dijangka akan mula dibuka untuk orang ramai bermula pada akhir tahun 2012.



Source : Google


Source : Google

Antara model yang sudah siap untuk dipamer di LEGOLAND MALAYSIA nanti.


Source : Google
Ini adalah model deretan kedai di Jalan Wong Ah Fook di Johor Baharu. 


Source : Google

Ha . . . yang ni pulak Taj Mahal versi Lego . . . . nampak cantik sangat penuh dengan lego berwarna putih suci.



Source : Google

Yang ni mesti korang tahu kan? Kubah masjid di Putrajaya. . . . memang sebiji la ikut gambar tu. Macam mana ek dia buat guna lego tu? Mesti penuh ketelitian dan menggunakan imiginasi yang tinggi kan?



Source : Google

Antara pekerja yang sibuk menyiapkan model-model mengguna kan lego-lego. Masa rancangan Majalah 3 yang aku tengok tahun lepas pon dia ada review salah sorang pekerja yg buat model lego ni. Lain dari lain plak profession as pembuat model lego ni. 

Jom review salah sorang pekerja wanita yang buat model-model lego di LEGOLAND MALAYSIA ni. Wanita pertama yang bekerja dalam bidang ni . . . 




Sejak tengok Majalah 3 tu, aku cam excited je nak pergi LEGOLAND MALAYSIA tu. So, aku survey la dia nyer price. Korang cek kat sini --> Price & Ticket to Legoland Malaysia . Memang superb kan harga tiket dia. . . . .  Ada rezki boleh la pergi nanti. InsyaAllah ~


Untuk lebih detail korang boleh la layari laman web LEGOLAND MALAYSIA.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...