Monday, December 31, 2012

Sedap Sangat Ke?

Assalamualaikum asdiko'i. Hari ni ada rasa nak update sesuatu. Ce tengok gambar kat bawah. hmmmm . . . . . . . . . . . . . . . .  . .


Ini bukan DURIAN CREPE, ini MANGO CREPE.

Inti dia ada buah mangga

Bagi aku, aku tak berapa suka sangat. Sebab muak. Kalau DURIAN CREPE tak sure la rasa dia sama ke tak. Lepas aku makan ada rasa pening pale akibat muak sangat. huhu~

Ramai gak blogger yang update pasal DURIAN CREPE.
Sekarang musim DURIAN. Haritu pegi beli DURIAN, ramai yang beli nak buat DURIAN CREPE. huhu~
Untung gile penjual DURIAN.
:)





Friday, December 28, 2012

Rezeki Afasz untuk kali ke-7

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni hari Jumaat, esok dapat la berehat-rehat di hujung minggu :)
Alhamdulillah , ada rezeki Afasz untuk kali ke-7 dari CONTEST KOMEN BLOG HAZMANFADZIL.COM. Walaupun aku rasa , bulan ni aku banyak bercuti ke ALOR STAR (kenduri sepupu ), ke LENGGONG (kenduri Kembarku),  ke PULAU TIOMAN (cerita honeymoon tak habis lagi, tunggu ada mood nak update je ) , di tambah pula aku demam dan sekarang ni aku dah jarang nak berBW disebabkan aku guna laptop lain (bukan laptop yg aku selalu guna)  . .  tapi aku tetap menjadi Raja Komen untuk kali ke-7 :)


Kepada EN Hazmanfadzil :
Moga murah rezeki anda.  
Moga dipercepatkan jodoh buat En Hazmanfadzil.
 Dah nak masuk tahun 2013 ni.
Ada lagi ke contest ni ek?

Jeng jeng jeng :D

Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday : Muka Haiwan Apa Yang Ditiru Ni?


Lokasi : ZOO TAIPING

Monday, December 24, 2012

Makan @ Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang

Assalamualaikum ya asdiko'ii. Hari ni hari Isnin. Ada yang cuti ke? Aku memang cuti. Cuti 1 TM, huhu~ macam cuti 1 Malaysia plak. So ada la masa aku nak update blog. weeeee ~ Sabtu , 22.12.2012 haritu aku pergi makan bersama ayah, mak , Kaklong Yati, Abg din, Kak Uda, Abg Zul, Kakak , Hadif, Dija & Cik Bie (fuhh . . . semua aku nak tulis.)Eh !boleh tetinggal plak  En Suami sendiri (jgn marah ye Bang) bertempat di RESTORAN BAYU MALAM - WAK LAN IKAN BAKAR & SEAFOOD, BAGAN LALANG (first time aku makan sini) Dari rumah ayah mertua ku 40minit sahaja, ikut jalan dalam.Kami gerak lepas Asar. Buat makan-makan meraikan KAKAK (anak sedara aku) dapat masuk Tunku Kurshiah College (TKC)


 
Antara pilihan kami. 3 ekor Ikan Siakap + Udang + 4 ekor Sotong (takde dalam gambar) + 3 Ekor Ikan Kerapu (takde dalam gambar) + Kerang (takde dalam gambar juga)


Antara yang ada di Restoran Bayu Malam. Lepas dah pilih ikan, udang semua, kami book meja. Oleh kerana kami tak book by phone sebelum datang, jadinya terpaksala tunggu makan pukul 9malam. Pukul 8malam semua FULL!!!

Gambar Ayah Mertua ku dari sisi belakang bersama Qaisara yang makin bolat dan BERAT!

Papa In sampai lenguh tangan pegang Qaisara, :D


Ni la KAKAK , anak sedara aku. Hebat la KAKAK. Dapat TKC
KAKAK ni aku rasa macam adik aku je. Sebab aku kan ada adik Form 1. So rasa macam sama baya je diorang ni. hehe~ 


Tepi tu, Sepang Gold Coast.

Main tulis-tulis kat pasir.

Tengok la Qaisara jebek. Yang tudung kelabu tu Kaklong Yati eh dah jadi Hajjah dah. Yang baju merah tu ibu kepada Qaisara, Kak Uda.

Sebelum masuk waktu Maghrib, kami bergambar depan SUNSET dulu. 


Menikmati keindahan PANTAI. Sempat tengok Sunset, SUBHANALLAH! Sementara tunggu waktu makan , kami ke MASJID SUNGAI PELEK untuk solat Maghrib & Isya' terus. Then gerak ke Restoran Bayu Malam. 

Sampai-sampai je, meja kami belum lagi dikemas. huhu~ Sabar jela. Semua dah kelaparan. 

Hadif kehausan menunggu air tak sampai-sampai. Abg Din khusyuk tengok bola. 

Jom tengok apa yang kami makan plak :

IKAN SIAKAP TIGA RASA
Tapi tak rasa sangat 3 Rasa dia. Biasa je.   

KERANG REBUS
Rasanya aku paling banyak makan ni sebab kerang ni betul-betul depan mata aku :D

UDANG MASAK PEDAS
Pedas woooo tapi sedap bangat !!!

SOTONG & UDANG GORENG TEPUNG
Aku suka betul yang ni
Dija khusyuk makan sotong goreng tepung.

Kicap untuk cicah ngn IKAN KERAPU BAKAR (Gambar Ikan Kerapu Bakar tak snap sebab ikan nya lambat sampai , so takde tangan dah nak snap gambar) Sedap wooooo IKAN KERAPU BAKAR dia !!!! Aku kan penggemar IKAN :)

Secara keseluruhan, bagi aku sedap la. Boleh la datang lagi.Kad pun dah amik.Kalau korang nak datang makan sini, leh la book dulu sebelum pergi sini. Memang penuh je orang. 

---------------------------------------------------------------------------
RESTORAN BAYU MALAM 
WAK LAN IKAN BAKAR & SEAFOOD
ACOL 017-6199 160
EJA 017-6394 676
CT -14-2363 197
BUKA SETIAP HARI 5.30PTG - 1.00PG
-----------------------------------------------------------------------


Lastly ucapan buat KAKAK :

TAHNIAH & GOOD LUCK BUAT KAKAK

P/s: Gambar diambil guna phone En Suami. Kamera bawa tapi MEMORY CARD tinggal kat Bangi. huhu~ Apa la nasib ko kamera. :D



Thursday, December 20, 2012

Cadar Pengantin Tinie & Nazlie

Assalamulaikum korang. eh Harini 20 12 2012 la. . . . Rasa nak update blog la. Bosan. So jom layan SET CADAR PENGANTIN KEMBAR AKU a.k.a SAYA DISINI bersama pasangan nya ACONG POWN POWN a.k.a NAZLIE.


Suka la set CADAR PENGANTIN ni. Lain dari lain.


Tapi kan , rasa sayang nak tidur pakai CADAR cantik ni . . .

Ehem-ehem . . . Agak-agak diorang dah tukar cadar ke ek? OPSSSS !!! wahahahahahahahahahahaha

Kalau korang nak tempah leh p kat  link kat SINI <--- 
Bagi yang nak kahwin tu boleh la tempah. Cik Nurul ke, Hazmanfadzil ke . . . :D

Sabtu ni kenduri SAYA DISINI belah lelaki di Kuala Terengganu ek? 
Selamat berkenduri. 
Jangan tak muat baju sudah le. :p


Kea Farm @ Cameron Highland

Assalamualaikum ya asdiko'i. Hari ni lambat sikit aku update blog. Selalu aku buat auto post. Hari ni punya tak sempat la. Tak tahu nak update apa. Banyak cerita dah basi dah. Ni cerita bulan November haritu, Aku pergi Cameron Highland dengan family mertua aku. Seronok & nak pergi lagi! Jom layan gambar di KEA FARM CAMERON HIGHLAND

Teh Strawberi - 2 kotak RM9 
Family aku bukan penggemar Teh Strawberi , oleh itu aku tak beli pun :)

Di tulis di situ BANTAL RM8
Murano . . .

Jagung memang banyak. Kakak Ipar ku borong haritu untuk direbus. Sedap !

Jalan-jalan ternampak benda ni. Ingat kan ulat ke apa ke. hehe~

Bantal besar. Tak sure la harga dia. Tak tanya pun sebab tak mau beli pun :)

Bantal Strawberi tu RM14. Kalau kat PASAR MALAM BRINCHANG RM15. Beza singgit je :)

Bunga-bungan pun ada. 

Strawberi - 2 bekas RM10
Yummy . .. 

Next time nak pergi lagi Cameron Highland :)
InsyaAllah >_<

Cerita di CAMERON HIGHLAND :



Wednesday, December 19, 2012

Butterhead Juice @ Cactus Valley , Cameron Highland

Assalamualaikum kawan-kawan. Korang lunch apa harini? Tekak aku rasa macam nak makan bihun sup la. hehe~ Dah lama aku tak update entry makanan or minuman. Harini aku nak update satu minuman yang first time aku minum. Sangat berkhasiat  . . . . tengok gambar ni  . . 

BUTTERHEAD JUICE
Nampak macam Epal Juice kan . . .
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^



Ha sayur ni la. Masa aku minum ni, rasa dia OKla. Kalau bau minuman ni rasa cam tak selera sangat. Kuat bau dia. Tapi bila minum  . . yummy . . .  Leh masuk kat tekak aku sebab aku penggemar sayuran. Kalau air macam rasa UBAT contoh air RED BULL, LIVITA, 100 Plus, Sprite memang aku tak leh nak masuk banyak dalam tekak. Rasa ubat >_<

Time makan-makan kat Cameron ni, En Suami beli air strawberi, terus diserbu anak saudara, SEMUA berebut nak. Bila beli air BUTTERHEAD ni, semua tak mau. hehe~

Cerita di CAMERON HIGHLAND :



Wordless Wednesday : Bloggers @ Tioman Island

*Chewaaahhhh . . . bloggers la sangat kan :)


Tuesday, December 18, 2012

Honeymoon @ Tioman Island - 12.12.12

Assalamualaikum . . Dah nak masuk penghujung tahun 2012. Korang tak bercuti ? Minggu lepas aku sempat berHONEYMOON. Honeymoon yang di sponser oleh Pakcik aku, Ayah Chin. Dia sponsor 4 pasangan yang berkahwin dalam tahun ni. Iaitu aku , Akim yang kahwin bulan 10 haritu dalam entry SINI & dua orang sepupu aku yang baru sahaja selesai majlis di Alor Setar dalam entry aku kat SINI  semalam. Dan setiap pasangan dapat pula duit belanja dari Pakcik aku yang lagi sorang ni , Ayah Chop.Alhamdulillah . .  moga murah rezeki mereka yang sponser kami :)

Honeymoon on 12.12.12 . . 
Tarikh cantik tu :D

Naik feri dari JETI MERSING. Dekat 2jam lebih gak perjalanan. Siap pening-pening mabuk laut. Nasib baik tak muntah :)

Sesampai je di PULAU TIOMAN, kami kene naik bas nak ke BERJAYA RESORT. 
Then check in hotel. :)

Sementara tunggu transport untuk ke bilik kami, kami diberi Welcoming Drink, chewahhhh welcoming la sangat kan :)


Ha ni la tempat kami menginap. Check in + letak barang then kami pergi cari tempat makan. Dah lapar sangat. Lepas makan sepupu aku yang lain terus je bersiar-siar melihat keindahan Pulau Tioman. Aku?????
Lepak bilik je. Sebab nya 

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^



En Suami ku demam. Olololo sian nya. Hasil jangkit dengan aku la ni :D Nasib baik dia larat drive dari Bandar Baru Bangi ke JETI MERSING. Kami bertolak hari Rabu jam 12pg dan sampai di Jeti Mersing around jam 5pg. huhu.. . . Next entry aku tempek gambar lagi k :)


Monday, December 17, 2012

BE Nuffnang untuk bulan December :)

Assalamualaikum kawan-kawan. Alhamdulillah , masih ada rezeki untuk bulan December 2012. 


Dah nak penghujung 2012. 
Azam 2012 dah tercapai?
Apa azam 2013 korang?


Barakallahulakum Munirah & Fendi | Nadhirah & Yusof

Assalamualaikum kawan-kawan. Dah nak akhir tahun ni, banyak plak aku cuti. Tak sempat nak update blog. Cuti kenduri sepupu lepas tu demam sambung plak cuti berHONEYMOON. Jom layan gambar kenduri dua orang sepupu aku di Alor Setar, Kedah.

Dua pengantin dalam satu majlis. Kakak & Adik.

Dua Pelamin. Cantik pelamin diorang. 

Gambar Chu Eda Sekeluarga (Makcik aku)
Gambar ni di ambil dari facebook. Aku terpaksa meninggalkan majlis kenduri mereka lebih awal. Bergegas ke kenduri KEMBARku di Lenggong Perak. Tak sempat bergambar dengan pengantin. 

Apa-apa pun, aku sempat la snap banyak gambar. Ni gambar family Ayah Chin (Pak Cik aku) 

Ni gambar keluarga aku. Dah makin bertambah keluarga kami. Dari 7 bertambah 8 bertambah lagi 9. Alhamdulillah, semua ada dalam gambar di atas :D

Bergambar ramai-ramai. Masa ni pengantin tak sampai lagi. Kami bergambar beramai-ramai. 

Bilik pengantin. Aku snap masa malam lepas diorang akad nikah. 

Ni gambar time malam lepas diorang akad nikah. hehe~ Nak gak :)


Aku ingat kan majlis nikah diorang MALAM, sekali lepas Asar. Kami gerak dari Bangi jam 9.41pagi. Sampai dalam jam 5petang. Tak sempat nak sampai sebelum majlis akad nikah. Tak dapat nak tengok upacara AKAD NIKAH diorang tapi sempat la snap gambar lepas mereka selamat di ijab kabul :)

Gambar banyak tapi tak dapat la nak tempek semua. Exceed limit kang :D
Facebook leh tempek banyak-banyak :D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...