Thursday, September 27, 2012

Dapur Afasz : Kek Coklat Kukus (Percubaan Kali Pertama)

Assalamualaikum korang . . . 

Nak update entry tentang masakan. Al-kisah, aku dah lama nak try buat kek sendirian berhad tapi asyik takde keyakinan je. Aku memang kurang keyakinan dalam bab masakan. Then haritu , buka-buka hadiah kahwin, ada member aku bagi tepung kek untuk buat Kek Coklat Kukus. Senang je just masukkan satu cawan minyak, satu cawan susu cair, 3biji telur & 1 cawan susu pekat.Teringat pula kenangan bersama rakan-rakan masa belajar di UiTM dulu. Kawan aku buat kek ni & makan satu umah. Sedap!!! Salah sorang housemate aku time study dulu - Kembarku. Yang buat kek - Iza.

Kek Coklat Kukus telah siap di hias dengan taburan warna-warni. 

Asalnya aku nak bawa sebiji kek ni ke Gathering Glamour Raya 2012 tapi aku potong bahagi dua. Nak kasi family aku rasa. Hasil air tangan aku buat kek. First time ! Korang mesti dah beribu kali kan. huhu!

Ha ni la juadah yang aku bawa tuk gathering haritu. Buah oren tu En abg sayang yang potongkan. Kelam kabut juga pagi tu sebab kena hantar adik aku ke sekolah dulu. hehe~

Lepas ni nak buat Kek Coklat Kukus lagi. . . . 





Nak study apa ni ek????

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. . . . . 

Pagi ni baru aku teringat pasal exam SPA ni. Surat SPA sampai masa aku tengah make up untuk Majlis Ijab & Kabul aku , 14 September lalu. Surat nya aku tak sure dekat mana sebab time majlis tu meja kerusi semua dekat luar. Sedang mencari di mana surat SPA ni berada. huhu~ Sib baik la leh cek online & print balik ek?

Haritu aku dah pergi ke Ujian Tapisan Kompetensi Pelantikan di UKM & jawab ujian untuk kelayakan pelantikan di UPM secara online. Kali ni SPA pula. Moga ada rezeki untuk aku. Amin ya rabbalalamin. . . . . 


Esok lusa, nak EXAM!!! Nak study apa ek???????
Moga aku dapat jawab dengan tenang dan cemerlang. Eh! macam time SPM pula.


Wednesday, September 26, 2012

Sejarah Berputiknya Cinta Kami . . . .

Rasa nak update la sesuatu. Simple update dari aku. Cerita di bawah merupakan cerita sebenar BUKAN REKAAN TAU!!! Cerita yang aku karang untuk DJ baca di hari persandingan aku 15 September 2012. Layannnnn . . . . . . . . 



---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mula berkawan sejak mula menjejakkan kaki di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis pada tahun 2007. Mereka belajar dalam jurusan yang sama, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Maklumat dan pernah duduk semeja dalam kelas yang sama. Huhu!

Mula menjalinkan hubungan cinta, chewaaaaahhhh . . . .  sebaik sahaja menamatkan pelajaran di UiTM Perlis pada tahun 2009. Perasaan sebagai seorang kawan berubah menjadi cinta. >_<

Pada 23 Januari 2012 , mereka telah mengikat tali pertunangan dan 14 September 2012 (minggu lepas) mereka telah disatukan. Alhamdulillah dengan SEKALI LAFASZ (dalam LAFASZ ada FASZ) Nik Norfarizam sah menjadi isteri kepada Mohd Aizuddin. 

Alhamdulillah . . . .
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, September 25, 2012

Lagu Muara Hati- Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza (OST Adam Dan Hawa)

Jatuh cinta dengan lagu Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz. Lagu tema untuk drama Adam dan Hawa yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 mlm di Astro saluran 134 (Mustika HD). Drama Adam dan Hawa ni adaptasi dari novel Adam dan Hawa hasil tulisan "Aisya Sofea". Drama lakonan mantap oleh Aaron Aziz sebagai watak Adam dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawa. Jom layan youtube :


-------------------------------------------------------------------------------------
Lirik Lagu Muara Hati- Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza
--------------------------------------------------------------------------------------
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

 Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Chorus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kau pasti kembali

Ulang Chorus

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta . . .
-------------------------------------------------------------------------

Nak download Lagu Muara Cinta klik SINI

Kat radio & Astro asyik pasang/tayang lagu ni je. huhu~ mantap !


Ada gaya Uncle Gedek tak?

Ahad lepas aku pergi gathering blogger di Bandar Baru Bangi bersama En Suami. Masa gathering tu, aku tunjuk la url blog Unlce Gedek dengan stail dia bergambar dia. Then En Suami try tiru. hahahahahaha . . .  lawak-lawak. Esok nya dia kata nak buat blog tapi puas fikir nama blog  & akhirnya dah create tapi masih tak tahu nak update pasal apa. Maybe dia nak tiru macam blog  Unlce Gedek kot. hehehe ~

Rasanya macam tak menjadi la. Kena simpan rambut panjang macam Uncle Gedek dulu. 
:D

Jom singgah & layan gambar Uncle Gedek kat SINI


Juadah di Gathering Glamour Raya 2012

Assalamualaikum & selamat pagi semua rakan blogger. . . . 

Ahad , 23 September 2012 telah berlangsungnya Gathering Glamour Raya. Alhamdulillah, dapat juga aku join gathering bersama suami tersayang. En Suami patut kerja hari Ahad tapi dia tukar dengan kerja hari Sabtu. So, dapat la aku pergi! Jom tengok antara juadah yang ada di  Gathering Glamour Raya . 

Kek Gathering Glamour Raya 2012 yang GLAMMM gituuuu

Kek pelbagai buah

Roti Bom 
Sedap wooooooo, Selembut sutera. 

Puding Karamel

Nasi Pakistan
Husband Kak Ros yang masak. Husband sy kata sedap la !!!

Ayam dimakan dengan Nasi Pakistan

Salad 
Aku makan ngan pulut. hehe~

Pulut Kuning

Rendang Ayam
Sedap wooooooooooo

Sambal Ikan Bilis

Kuah Lontong
Perghhhh ~ sedapp woo makan ngn sambal ikan bilis



Makan Lontong ngan Nasi Impit

Laksa Johor ek?
Sedap sebab PEDAS!


Popia & Karipap

Kek Coklat & Buah Oren

Kicap pun ada tau . .  ni makanan yang awal-awal. Ramai pulak bawak kek Secret Recipe. Tak dapat rasa semua kek sebab perut dah penuh dengan makanan berat. huhu~

Aku bawak apa ek ke gathering ni???
Jeng jeng jeng. . .  cam tak laku je aku nye :D


Monday, September 24, 2012

My Wedding Part 1 :Gambar Pernikahan Fasz & Aizuddin

Bismillahirrahmanirrahim . . . . . Harini aku mula kerja. Tak dapat cuti lama sebab En Suami tak dapat cuti lama. Dah masuk kerja baru la ada mood nak update pasal wedding. . .  jom layan cecite Majlis Ijab Dan Kabul aku . . . 

 Alhamdulillah . . .  
aku dah jadi isteri orang. Lepas ni isi borang kerja , status = Berkahwin. Jangan silap isi borang dah la. huhu~ Jom layan gambar yang ada. 

Gambar dari Official Photographer aku --> Katok o Katok. Gambar sebelum majlis pernikahan aku. Makin DUP DAP DUP DAP lepas mak aku tukar plan nak buat majlis pernikahan di rumah. Asal nak buat di surau berdekatan rumah. huhu~

Asalnya, abg aku pinjam microphone dari office dia kot. Tapi at last, microphone tak bunyi. Maybe bateri problem kot. huhu~ Nasib baik tok kadi dah pesan suh kuatkan suara. En Suami suara dah la perlahan . . . hehe~ Alhamdulillah . . .  FASZ termenangis dikala laFASZ nikah selesai.
Alhamdulillah . . . .


Dah selesai . . . memalu sikit . . haha  . . 

Aku pun dah tak kenal sapa diri aku. Hahaha. . .  selalu pakai spec, bila pakai contact lense jadi orang lain plak.


"Just Married"

Saturday, September 22, 2012

Gathering Glamour Raya!!!!

Dah bersawang ke blog aku ni???? Since cuti kahwin aku malas nak update walaupun ada je masa. Nak update blog bukan nye susah pon. :D

So hari ni aku nak update event yang akan berlangsung esok. Walaupun HARI RAYA dah berakhir masa wedding aku baru-baru ni, tapi ada je yg masih buat OPEN HOUSE bagai. . . 


Esok akan berlangsung nye GATHERING GLAMOUR RAYA iaitu gathering semua blogger. Detail :

Hari / Tarikh / Masa :
Ahad /23 September 2012 / 10 pg - 5 ptg
Tempat : 
Kediaman Dato' LF, 
No 8 Jalan 3/6F
Bandar Baru Bangi

Konsep : Potluck
Tema : Glamour Raya

Peta Lokasi boleh klik SINI


InsyaAllah esok aku akan hadirkan diri bersama suami (setakat ni dah comfirm nak pegi, tak tahu la kalau tak jd last minit kan) Juadah untuk dibawa ke GATHERING GLAMOUR RAYA tak sure lagi. hehe~Tunggu dan lihat jela nanti!!!

Kepada semua blogger JOM LA kita memeriahkan lagi gathering ni !!!!!




Friday, September 14, 2012

Aku terima nikahnya . . .

Bismillahirrahmanirrahim . . . 
Ini lah harinya . . . 
Hari aku akan di ijabkabulkan. . . 

>_<

"Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini  dan limpahkan la baraqah dan rahmat kepada KAMI"




Menitis air mata aku , bila baca SMS yang dikirimkan oleh seorang sahabat karibku seawal jam 5.35pg.
Terima kasih di atas doa itu sahabatku
 >_<



Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Apabila berkahwin seseorang itu , maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Alla S.W,T untuk selebihnya."



*Entry autopost @ 14 Sept 2012 jam 12.30tgh hari, aku tgh berdebar-debar DUP DAP DUP DAP time korang bc entry ni.Majlis Ijab Kabul akan berlangsung selepas waktu Asar di rumah kediaman ku, insyaAllah. Doakan majlis berjalan lancar ye kawan-kawan. Amin ya rabbalalamin .

Dup Dap Dup Dap . . .

Pagi ni rasa macam tak tahu nak buat apa dah. So buka laptop kejap tengok blog. Entry ni bukan entry autopost. Aku taip dengan laju nya. 


Simple entry . . . 
Moga majlis berjalan lancar.
Amin

Thursday, September 13, 2012

Dinner @ Umah Cik Su

Kalau balik kampung time bebila, tak sah kalau tak dinner di rumah makcik aku. Berselera aku. Dari pantang makan udang terus tak pantang. Tergoda tengok udang freshhh dari ladang !!!

 Jom tengok lauk satu persatu >_<

Kuah Singgang 
Bukan kegemaran Kembarku , tapi mejadi kegemaran ku :)

Udang Rebus
Aku makan 3 ke 4 ekor kot. . .  terus gatal-gatal ~

Daging goreng kunyit
Selalu aku tak makan daging, tapi kalau hidangan ni, comfirm aku makan!!!

Budu
Yang ni memang WAJIB ada kalau balik kampung , tapi kat Bangi pun aku & family makan je :D

Ikan Kering
Memang sesuai makan dengan lauk singgang.

Telur Dadar  

Ulam-ulaman
Kegemaran kembar ku & aku juga :)

Jeruk Petai

Air oren 

Sedap semua lauk !!!!! 
Bila nak balik kampung lg? 


*ini merupakan autopost. Aku dalam mood cuti kahwin. 


Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday : Mana satu adik, mana satu kakak???



Juadah Hari Raya @ Rumah Kak Fazza

Antara juadah masa aku berkunjung ke rumah KAK FAZZA :

Rendang dimakan dengan nasi impit.

Nasi Impit yang berhimpit-himpit.

Kuah Laksa.

Sayur-sayur untuk laksa

Nuget dimakan panas-panas

Agar-agar 

Kuih Kapit Peanut Butter
Sedap wooo !!!

Buah Mata Kucing  

Nyum nyum . . . 
Teringin plak laksa dengan kuah kapit peanut butter tu >_<

*Aku dah mula CUTI KAHWIN since semalam. So, aku sempat la sediakan autopost tuk pembaca. Kalau tak basi plak cite ni kang . . . . 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...