Monday, February 13, 2012

Menunaikan Umrah bersama Mitra Kembara Sdn Bhd

Sabtu lepas aku ke KLIA. Hantar Kaklong aku bersama suaminya yang akan menunaikan umrah.



4 beg . . . .2 beg sendirian, 2 lagi dari agensi.


Mitra Kembara Sdn Bhd Tours & Travel.
untuk lebih detail tentang pakej umrah di Mitra Kembara ni boleh KLIK SINI


Mitra Kembara's Group.

Besar betul gambar pada name tag.



Bergambar sebelum berlepas.

Tiba masanya untuk berlepas . . . 

Jumpa next 2 week

Seronoknya dapat pergi ke rumah Allah. Ada rezeki nanti , aku pula bersama suami (bila dah kawin nanti). >_< 
InsyaAllah 

Sebelum tu, kat sini sempat aku google antara kelebihan menunaikan umrah. Untuk renugan kita bersama.


Antara kelebihan menunaikan umrah :

1. Menjadi Tetamu Allah

Di dalam Ihya'Ulumiddin Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

"Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"

2. Pahala dan ganjaran dilipatgandakan

Abi Suhail mendengar Abu Hurarirah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah :

"Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" 
(al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. Tidak dihisab jika meninggal dunia semasa menunaikan Umrah

Di dalam Ihya'Ulumiddin , disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

" Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakujan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan di katakan kepadanya, "Masuklah ke dalam syurga"

4. Pahala Umrah bulan Ramadhan menyamai ibadah Haji

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"

5. Menghilangkan dosa dan kefakiran

Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadah kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"

6. Diwajibkan walaupun sekali (Jika mampu)

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

"Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah" 
(Al-Bukhari)


7. Penghapusan dosa

Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"

Sumber info : 
Boleh download artikel kat sini


16 comments:

  1. syukur...hehe..mestila beso gambo tu..senang nmpak kt sane pape hal..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tp mmg seronok bila dapat pergi sana..tiap kali saya kesana mmg tenteram jiwa..lupa segala urusan dunia

    ReplyDelete
  3. diah: hehe besar muka jd nya....

    alyza: ye, sy pon nantikan saat sy nak p sana plak

    Noen: insyaAllah, amin

    Saya Disini: best kan, ada rezki nk p la thn depan ngn family aku.

    zarul:alhamdulillah tenteram jiwa di rumah Allah...

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan urusan di sana.. dan selamat pulang kembali.. ameeen ;)

    ReplyDelete
  5. Selama berjalan pada Kak Long!!

    ReplyDelete
  6. bestnya bilalah peluang saya pula kesana..

    ReplyDelete
  7. Alhamdullillah, moga diorang selamat pergi dan selamat pulang.. ;)

    ReplyDelete
  8. bestnya.. napa nik tak ikut?? insyaallah one day nak ke sana jugak..

    ReplyDelete
  9. Kid: tq for the doa for my sister & my BIL

    Hanif: :)

    totie: insyaAllah ada rezki nanti.amin.

    nurul: amin...tq for the doa...

    madam: kite tkde budjet la madam. kalau ada nak gak p. maybe thn depan ke. p dgn parent n adik2, insyaAllah ada rezki....

    ReplyDelete
  10. Bestnya....teringin nk g haji / umrah time muda2 ni, badan sihat lagi kan....sayu lak tgk gmbr ni....mudah2an semuanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  11. amin,, kite pon boleh la liza, akak dah buka acc tabung haji, tp tak maintain plak simpanan, nnti dah stabil nnti nak masuk every month, insyaAllah de rezki thn depan nk g ngn family. kalau la ada rezki. amin...tp maybe umrah dulu.

    ReplyDelete
  12. Betul2, insya Allah boleh punya...kumpul sikit2, lama2 kan byk dah...oo, mudah2an impian kfaz diperkenankan...Amin...

    ReplyDelete
  13. Kalaulah sha dapat p buat umrah kan best? hmmmm.. anw semoga kaklong awak dan hubby selamat pulang :)

    ReplyDelete
  14. halyzaqiut: tq for the doa tuk akak. >_<

    th3b0r3dsha: amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...