Sunday, February 12, 2012

Sinopsis Drama Bicara Hati @ Astro Prima

Sejak dah pakai UNIFI kat rumah aku ni, banyak pulak cerita yang aku layan. Tapi aku layan kat you tube la. Nak ikut drama ni dekat TV memang susah la. hehe~ Laju giler!

Antara drama melayu yang aku layan sekarang, Bicara Hati


Di tayangkan di : Astro Prima 105 
Setiap : Selasa jam 9.00mlm. 
Mulai  : 3 Januari 2012 (sekarang dah nak masuk episod 7 kot)


Drama ni adalah adaptasi dari Novel Bicara Hati Damya Hanna



Sikit sinopsis cerita Bicara Hati :


Drama Bicara Hati ini menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai Tengku Syahran, Cristina Suzanne sebagai Zahlia dan Marsha Milan Londoh sebagai Linda. Cerita ni mengisahkan tentang kisah cinta antara Tengku Syahran & Zahlia yang terbina atas dasar wang ringgit. Kisah bermula apabila berlaku kemalangan kecil secara tidak sengaja antara mereka. Ketika kejadian itu, Tengku Syahran sedang memikirkan cadangan ibunya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya.


Seminggu berkenalan dengan Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dari dikahwinkan dengan Linda (lakonan Marsha). Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran kerana Zahlia langsung tidak mengenalinya (kalau aku pon , mesti terkejut!) Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Tengku Syahran melakukan pelbagai cara untuk memenangi hati Zahlia dan akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Zahlia.


Selepas di ijabkabul, Tengku Syahran mula berubah & dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia berasa tertipu dan seterusnya timbul konflik dalam rumah tangga mereka.

"Betul ke, perkahwinan atas dasar kontrak ni tak kekal?Adakah perkahwinan ini boleh menimbulkan rasa cinta, kasih sayang dan rindu antara pasangan?" 

Sekarang dah masuk episod 7 kalau tak silap aku. Kalau nak tahu kesudahan drama ni, kene la tengok, setiap Selasa jam 9.00 mlm. Tak pun layan di YouTube je. :)

4 comments:

  1. waaaaahhh.. layan drama kat youtube aje.. heheeh

    ReplyDelete
  2. Kid: yela...ni baru 1. ada 5 lagi.huhu~ semua nye sbb dah jatuh cinta dgn Unifi~

    ReplyDelete
  3. tak pernah tgk.. tapi iklan dia nampak best. :-)

    ReplyDelete
  4. nurul: kite suka...layan la kat youtube...meh dtg umah akak, pakai unifi.hehe~ tk pon dtg umah kid, unifi gak...lajueeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...