Tuesday, July 10, 2012

Red Card Cafe @ Bandar Baru Bangi

Dah lama rasanya tak update entry makan-makan. Sejak kebelakangan ni, liat aku nak update blog. huhu~ Mood dah kurang. Harini nak share satu tempat makan di Seksyen 3 Tambahan Bandar Baru Bangi. Cafe ni sebenarnya cafe milik senior sekolah aku yang sama batch dengan kakak aku. Kira cafe ni milik kawan kakak aku la sebab tu akak aku ajak makan n minum kat sini sekadar mengalas perut. Jom kita tengok apa yang menarik kat Red Card Cafe ni !


Roti John Beef - RM7.90
Beef + Egg + Cucumber + Lettuce + Onion + Fries
Roti John ni rasa nya tersangat sedap. Makan panas-panas dari ladang !!! Kami makan untuk 5 orang 

Chicken Burger - RM 7.90
Sesame Bun + Crispy Chicken + Fries

Burger dia agak besar bagi aku yang tak makan banyak. Bagi lelaki kira ok la. Peyut besauuuu~

Spaghetti Arabiata
Spaghetti + Spicy Tomato Concasse + Chicken + Cheese  
Rasa dia tak cukup pedas bagi aku walaupun dekat menu dah letak 2 gambar cili padi. Kalau ada cili padi lagi kawww pedas dia !!! hehe~ 
Apple Juice, Chocolate Ice, Hot Chocolate &  Hot Lemon Tea
Oreo Ice Blended, Cappuccino & Blackberry Petite

Suasana di dalam Red Card Cafe, kat dinding ada tulis senarai menu-menu. 

Red Card Cafe lot paling hujung. Lampu dia dah tak nyala pulak. Cafe ni ramai gak yang lepak time malam-malam. Ada yang muda, tua, kanak-kanak. Makanan dia lebih kepada western. 

Kalau korang singgah Bandar Baru Bangi, boleh la singgah kat sini :

Red Card Cafe 
26A Jalan 3/70, Seksyen 3 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

27 comments:

  1. food nampak macam sedap n reasonable lah kan... best tuuu...tapi akak mmg tak pernah lah makan area2 sini..

    ReplyDelete
  2. sume nmapk menyelerakan lah dik, terutama roti john ngn buger tu... teringin akak nk cube lah... kene tunggu gaji nih baru blh belanja adik2 sekali...

    ReplyDelete
  3. pernah nampak tapi tak pernah singgah... hehe

    ReplyDelete
  4. Suka bila org kita semakin maju. Pandai juga menghias restro dia nampak cantik, makanan pun ada style.

    ReplyDelete
  5. bulan puasa ni roti john mst blh jumpa kt mana2...=P

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. dekat bangi. kalau ko duk lama kat bangi , leh la lepak byk tempat makan best2

      Delete
  7. Woww, burger tu bsr mcm kat Rasta TTDI....hahaha...
    Roti John!!! nmpk sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. ada gak yg kureng. setakat ni sedap je :D

      Delete
  8. jauh woo.. tgk makanan dia.. perghhh.. telan air liur jap!

    ReplyDelete
  9. waaaahhhh sedapnyer.. Nurul tertarik ngan spagethi dia.. :)

    ReplyDelete
  10. single mingle mmg selalu lah mkn kat luar kan... bangi.. jauhnya nk g.. tp sekali sekala nk merasa boleh la nie.. chicken burger besarnya... air menawan kalbu.. hehehehe adesss lapar sudah!

    ReplyDelete
  11. sedapnya burger besar tuh, nak jugak.

    ReplyDelete
  12. sedappnyer beger die..nmpk fresh roti..
    ice blended die buat saya dahaga je..;)

    ReplyDelete
  13. perghh burger dia.. perghhhhhhhhhhhhh terliurrrrrrr :D~

    p.s jgn liat update sngat..huhu

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah, sedap sungguh2 :)

    ReplyDelete
  15. Laa.... kalau gitu leh arrange untuk blogger buat food review....promosi percuma tanpa bayaran....Abang nak cuba makan Roti John sorang2x...hehehehe

    ReplyDelete
  16. seyes telan air liur. naseb baik pose. sabar2. hehehe

    ReplyDelete
  17. seyes telan air liur ni. naseb baik pose. huhuhu. nanti nak try.

    ReplyDelete
  18. hala mana ea sek 3. saya dok sek 7

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,
    Tak perasan pulak ada red cafe ni...nak try usha lah!

    ReplyDelete
  20. tu diaaa... sedapnya nampak...

    tp xleh nak g.. jauh sgt.. kalu dkt, mahunya dah ajak hubby ni.. hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...