Monday, July 30, 2012

Wedding Checklist Untuk Majlis Perkahwinan

Hari ni dah masuk 10 Ramadhan 1433H dah. Pejam celik pejam celik dah 10 hari. Tetiba nanti dah raya. Cepat je masa berlalu. Hari Raya nanti, mesti ada ke yang plan nak bertunang or nak nikah??? Sini aku nak share Wedding Checklist, just salah satu panduan secara kasar je untuk aku & juga mereka yang nak berkahwin la. So takde la kelam kabut nanti.

12 Bulan Sebelum
~ Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua belah pihak berkenaan tarikh dan waktu bernikah.
~ Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
~ Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel, dewan atau rumah.
~ Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau bufet.



11 Bulan Sebelum
~Menetap kan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak
~ Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan.
~ Mengintai-intai pakaian perkahwinan
~ Membeli barangan hantaran seperti kasut, bag tangan. minyak wangi, baju dan lain-lain


10 Bulan Sebelum
~ Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
~ Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis
~ Mencari beberapa lokasi dan tarikh mahlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajet.


9 Bulan Sebelum
~ Megumpul nama tetamu
~ Pilih katering atau masak sendiri
~ Pilih photographer & videographer




8 Bulan Sebelum
~ Menempah lokasi dan tarih majlis (khusus untuk dewan @ hotel)
~ Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir
~ Menyelesaikan segala temu janji dengan doktor.


7 Bulan Sebelum
~ Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
~ Menentukan pakaian untul semua pengiring pengantin
~ Memilih jurusolek

6 Bulan Sebelum
~ Mula menempah kad perkahwinan
~ Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
~ Menjalani ujian darah/HIV

5 Bulan Sebelum
~ Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit dan menyedang pakaian)
~ Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan , kek pengantin, bunga hias & penghias majlis)
~ Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.

4 Bulan Sebelum
~ Pilih cincin kahwin
~ Menyiapkan gubahan hantaran (sama ada buat sendiri atau tempah)




3 Bulan Sebelum
~ Memastikan kelengkapan PA sistem lengkap seperti deejay , iringan lagu dan sebagainya.
~ Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.
~ Uruskan borang nikah pihak lelaki & pihak perempuan.

2 Bulan Sebelum
~ Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
~ Bersama bakal pasangan menyedang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
~ Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel @ dewan)
~ Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.


1 Bulan Sebelum
~ Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu & sauna)
~ Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
~ Pastikan segala tempahan pelamin ,jurusolek, tiket kapal terbang, bilik & keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar
~ Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas , tiara & kasut.
~ Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.

Minggu Sebelum Majlis Berlangsung
~ Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
~ Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis
~ Berada di lokasi lebih awal untuk mendapat mood majlis

Seminggu Sebelum
~ Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan
~ Menyelesaikan segala urusan kerja sebelum bercuti
~ Hindari konflik dan tenangkan hati



Di Hari Perkahwinan
~ Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan
~ Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari
~ Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.

*Sumber Majalah Pengantin April 2011

Dup Dap Dup Dap . . . . . .
Ketika waktu mendatangkan cinta . . .
Aku putuskan memilih dirimu . . . .

Untuk dia  . . hei! Untuk dia . . hei ! --> tetiba

58 comments:

  1. terima kasih sebab berkongsi :)

    ReplyDelete
  2. Pejam celik pejam celik... tahu2 nanti kakcik terima menantu!

    ReplyDelete
  3. nik, nanti ko nak kawen jangan lupa jemput aku ye. hehehe

    ReplyDelete
  4. xpaham -->Bersama bakap pasangan menyedang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakap tu typo je.... meneyedang tu sila la google translate. ..huhu~

      Delete
    2. Kita rasa maksud dia gi fitting kot....

      Delete
    3. mmg fitting pon.. hehehe menyedang tu - try on.

      Delete
  5. Cantik prkongsian ini.
    Faz dah tak lama lagi ye..

    ReplyDelete
  6. 8 Bulan Sebelum
    ~ Menempah lokasi dan tarih majlis (khusus untuk dewan @ hotel)

    Yang ni untuk sesetengah tempat yang hot2 kekadang setahun otang dah siap tempah terutama untuk tarik2 istimewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tgk tempat kak. mcm tpt sy, 6 bulan sebelum.

      katering pon ada yang kene book awal...

      Delete
  7. Nampak gaya nyer tuan punya blog mcm dah lama jer nie...

    ReplyDelete
  8. amboi..ni memang complete check list..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. 8 bulan sebelum lg.. so leh wat perancangan awal.

      Delete
  10. Dah tak lama dah kak fasz ni... Semoga semuanya berjalan dgn lancar kak Fasz.. ;)

    ReplyDelete
  11. dh nak menuju ke fasz..hehe..
    dulu time nak kawen pun falsya ade wat checklist..
    checklist budget, checklist barang n segala checklist..
    tp yg checklist budget tuh byk yg over budget..hehe..

    ReplyDelete
  12. tahniah..

    http://sayadisinibukansaya.blogspot.com/2012/07/kad-raya-untuk-blogger-bertuah.html

    ReplyDelete
  13. Good luck fasz...smoge dipermudahkan urusan... (^_^)

    ReplyDelete
  14. untuk wedding kene detail semua benda, planning awal memang bagus supaya x kelam kabut. thankz sharing..:)

    ReplyDelete
  15. ye la orang tu kan tak lama lagi.. mesti dup dap dup dap kannn...

    ReplyDelete
  16. dan satu lagi kena tambah kot.... sila amalkan pemakanan sihat untuk pastikan baju pengantin muat kan... ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... ye.. kene diet tp rasanya fasz tk de la diet mana. :D

      Delete
  17. hahaa..nice info..tp aku da kawin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni untuk org yg bakal berkahwin, tuk bakal dpt menantu pon leh

      Delete
  18. wah, buleh guna untuk adik lagi 2 org x kawen2 lagi, hhihi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza... sng kalau ada checklist. plan awal2

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  19. bagus sgt2 info ni utk bakal2 pengantin dan mak bapak pengantin juga hehehe. Apapun perancangan nye kena ikut budget kita juga !

    ReplyDelete
  20. eh tips yg bagus nie....mmg betul2 panduan yg berguna..senang dan padat!

    ReplyDelete
  21. senang cerita kena plan 1 tahun la ek? perghhh leceh gak nak kawin ni

    ReplyDelete
  22. Mesti jantung Faz tengah berdegup kencang membilang hari... :)

    ReplyDelete
  23. owhhh...
    msti sedang bersiap2 utk kearah ni kan?

    ReplyDelete
  24. untuk dia ei..banyak nya perancangan kahwin tuh.. ish

    ReplyDelete
  25. kompang... kasi kompang satu kampung... weewiiiiittttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kid: sy buat kat BANDAR baru bangi tak buat kat kampung :D

      Delete
  26. wah!!! panjang nye check list!!!

    ReplyDelete
  27. jgn lupe ajak kak sha yeeeeeeee?hehehee

    ReplyDelete
  28. FFuhhhhhhhhhhh bro pulak yang risau

    ReplyDelete
  29. bru perasan ada checklist ni..bagus2

    ReplyDelete
  30. Everything is very open with a clear clarification of the challenges.
    It was truly informative. Your website is extremely helpful.

    Thanks for sharing!

    Feel free to visit my webpage ... More information

    ReplyDelete
  31. Sy pun baru nak plan my wedding.. Thanks for your info.. Sy pun ada dpt guides dr Ebook planning majlis perkahwinan yg complete dr bajet, checklist apa nak buat, worksheet gerak kerja and so many tips and kat mane nk dapat services utk pelamin, catering, tempat, goodies.. Sesiapa yg berminat boleh check my blog.. Irahanilife.blogspot.com ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...