Tuesday, July 31, 2012

Contest Broframestone : Jangan Kacau Tunang Aku

Last minit, dapat gak siapkan dialog untuk contest Broframestone ni. 
Kering idea. . . tapi nak join juga, bukan senang Broframestone  nak wat contest ! hehe~


Masih sempat kalau nak join, 1 August 2012 last !
Kalau nak join klik SINI


Buat Broframestone & Tunang nya :
Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan.
Selamat menempuh alam perkahwinan :)
Maaf zahir & batin dr 
Afasz

eh! dah mcm kad raya plak.

Flying Fox @ Tanah Aina Farrah Soraya (Part 6)

Terhenti plak entry Tanah Aina Farrah Soraya. So, hari ni nk update sikit antara aktiviti kami di Tanah Aina Farrah Soraya. Taknak tulis banyak-banyak, korang layan gambar jela. Kalau kembar aku , dia memang tak baca sangat apa yang aku tulis ni, lebih suka tengok gambar je. huhu~

Ni je gambar aku yang ada kenangan sebelum Flying Fox.

Wife Boss - Aku snap lepas aku dah selesai flying fox 

Anak boss

Menantu Boss

Adik (anak boss)

Ni Farah, officemate aku - ni bukan aku yang snap. Kamera En Nik. Ada la gak gambar diorg.

Ni Yati sedang menjerit. . . Kamera En Nik jugak . . 

Yang ni plak Lyza cute yang boleh gelak kegembiraan di situ . . . 

Nasib baik la gambar aku time memulakan flying fox takde. Fuhhhhhh ~
Gambar aku time bergayut takde, maybe nak suh aku naik flying fox ni lagi. :)
Next time dah berani & tak nanes dah kot. opssss kantoi !

Cerita Tanah Aina :


Monday, July 30, 2012

Wedding Checklist Untuk Majlis Perkahwinan

Hari ni dah masuk 10 Ramadhan 1433H dah. Pejam celik pejam celik dah 10 hari. Tetiba nanti dah raya. Cepat je masa berlalu. Hari Raya nanti, mesti ada ke yang plan nak bertunang or nak nikah??? Sini aku nak share Wedding Checklist, just salah satu panduan secara kasar je untuk aku & juga mereka yang nak berkahwin la. So takde la kelam kabut nanti.

12 Bulan Sebelum
~ Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua belah pihak berkenaan tarikh dan waktu bernikah.
~ Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
~ Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel, dewan atau rumah.
~ Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau bufet.



11 Bulan Sebelum
~Menetap kan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak
~ Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan.
~ Mengintai-intai pakaian perkahwinan
~ Membeli barangan hantaran seperti kasut, bag tangan. minyak wangi, baju dan lain-lain


10 Bulan Sebelum
~ Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
~ Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis
~ Mencari beberapa lokasi dan tarikh mahlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajet.


9 Bulan Sebelum
~ Megumpul nama tetamu
~ Pilih katering atau masak sendiri
~ Pilih photographer & videographer




8 Bulan Sebelum
~ Menempah lokasi dan tarih majlis (khusus untuk dewan @ hotel)
~ Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir
~ Menyelesaikan segala temu janji dengan doktor.


7 Bulan Sebelum
~ Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
~ Menentukan pakaian untul semua pengiring pengantin
~ Memilih jurusolek

6 Bulan Sebelum
~ Mula menempah kad perkahwinan
~ Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
~ Menjalani ujian darah/HIV

5 Bulan Sebelum
~ Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit dan menyedang pakaian)
~ Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan , kek pengantin, bunga hias & penghias majlis)
~ Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.

4 Bulan Sebelum
~ Pilih cincin kahwin
~ Menyiapkan gubahan hantaran (sama ada buat sendiri atau tempah)




3 Bulan Sebelum
~ Memastikan kelengkapan PA sistem lengkap seperti deejay , iringan lagu dan sebagainya.
~ Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.
~ Uruskan borang nikah pihak lelaki & pihak perempuan.

2 Bulan Sebelum
~ Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
~ Bersama bakal pasangan menyedang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
~ Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel @ dewan)
~ Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.


1 Bulan Sebelum
~ Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu & sauna)
~ Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
~ Pastikan segala tempahan pelamin ,jurusolek, tiket kapal terbang, bilik & keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar
~ Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas , tiara & kasut.
~ Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.

Minggu Sebelum Majlis Berlangsung
~ Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
~ Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis
~ Berada di lokasi lebih awal untuk mendapat mood majlis

Seminggu Sebelum
~ Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan
~ Menyelesaikan segala urusan kerja sebelum bercuti
~ Hindari konflik dan tenangkan hati



Di Hari Perkahwinan
~ Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan
~ Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari
~ Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.

*Sumber Majalah Pengantin April 2011

Dup Dap Dup Dap . . . . . .
Ketika waktu mendatangkan cinta . . .
Aku putuskan memilih dirimu . . . .

Untuk dia  . . hei! Untuk dia . . hei ! --> tetiba

Friday, July 27, 2012

Cempedak Goreng 1 Malaysia !!!

Semalam goreng cempedak. Cempedak dari kampung kembar ku. 

Banyak tak ?????

Gaul dengan adunan tepung + garam secukup rasa
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Tadaaaaa... Siap !!!!

Ni la Cempedak Goreng 1 Malaysia . Nampak tak ada logo 1 Malaysia kat sebelah cempedak goreng ni. hehe~ Aku yang goreng sampai ada yang hangit. Makan untuk 7 org.

Malam semalam pergi Tesco Paradigm Mall, harga sebiji cempedak RM17.45 !!!!
Perghhhhhhhh !!!!

Alhamdulillah , dalam bulan ni berapa kali makan Cempedak Goreng . . .
Sedap !!!

Thursday, July 26, 2012

Cucur Roti by Chef Liza Suhaimi

Jom tengok Chef Liza Suhaimi (housemate aku) masak. Tak tahu nama resipi ni. Chef Liza Suhaimi kata dia amik resipi dari internet. 

Roti di potong seperti di atas
Tumbuk udang kering + cili padi (tambah garam sikit)

Gaul kan roti dengan adunan udang kering & cili padi yang ditumbuk tadi. 
Then gaul bersama telur.

Bentukkan adunan tadi jadi bulat. Nak 4 segi pun leh. :D
Sedia di goreng  . . .  .
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Tadaa. . . . . . 

Rasa macam roti telur. Udang kering tu leh la tukar kepada ikan bilis gak. :D

Time bujang ni la nak tukar-tukar resipi. Lepas ni dah kahwin, kene belajar dengan mak or buku or internet la. hehehe~

Sharing is caring kan >_<

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday : Kuih Raya Sehelai ???



Tuesday, July 24, 2012

Kembarkah KAMI?????

Dah lama gila aku tak update pasal Kembar. huhu~ Hari ni baru rasa nak update setelah seorang blogger ni mengupdate tentang kami kat SINI. Last aku update , dah masuk orang ke-34 yang tegur kami kembar dekat entry SINI

 Sekarang dah masuk orang ke 39. Ni blog KEMBAR aku --> sayadisinibukansaya.blogspot.com

Cecite Kembar 1
Al-kisah , time kami nak balik kerja. Ada sorang akak ni tegur Kembar aku & bertanya "Korang kembar ke?" - Tahniah buat orang yang ke 35!!!

Cecite Kembar 2 
Time lunch kami makan di Restoran Jemari. Then, kami didatangi seorang yang mohon derma ikhlas untuk umah anak yatim. Lantas orang tu bertanya : "Ini dua orang ni kembar ke?" - Tahniah buat orang yang ke-36 !!!

Cecite Kembar 3
Aku & kembar kerja satu company yang sama. Duduk pun sebelah-sebelah. Kadang-kadang pergi toilet pun sekali. eh!!!! hehehe~ Then ada org TM KJ ni tanya dalam toilet : " Korang ni kembar ke???" huhu~ Kami menjawab dengan nada nak gelak je. hehe~ -Tahniah buat orang yang ke-37 !!! 

Cecite Kembar 4
Time balik pun aku & kembar memang balik sekali. Jadi time turun lif, org TM tanya : "Kembar ke?" huhu~ -Tahniah buat orang ke-38!!!

Cecite Kembar 5 
Aku & Kembar duduk menyewa di rumah yang sama dan duduk satu bilik cuma tak sekatil je. Awal bulan lepas kot, ada budak baru masuk umah kami. Then, dia berkata : " Sebenarnya nak tanya ni, akak berdua ni KEMBAR ke????" Kami pun jawab : " Ha'a kami kembar ! . . . huhuhuhu~ -Tahniah buat Liza Suhaimi, orang yang ke-39!!! 


Kepada QasehnyaRania, sebenarnya kami bukan kembar seibu sebapa, tapi kami kembar tak siibu tak sebapa. hehe~ Kami kawan since belajar di UiTM Arau Perlis. Ramai tegur kami KEMBAR since kami kerja tempat yang sama.. Sekarang kami kerja di berlainan tempat dah. So , dah takde kot orang nak tegur kami KEMBAR. Banyak dah entry pasal kembar aku ni. Setiap kali orang tegur , aku akan update. Antara cerita Kembar lain -->

Orang yang ke-100 tegur kami KEMBAR aku akan berikan hadiah. Tapi aku rasa pencarian tersebut terhenti sebab aku & Kembar aku dah tak se Office. Kalau aku jadi pindah bulan 9 ni ke office yang sama ngn Kembar aku, leh la teruskan pencarian. hehe~ 

Sama ke muka KAMI???

Thursday, July 19, 2012

Lunch @ Tanah Aina Farrah Soraya (Part 5)

Korang makan apa lunch nanti???? Mesti perut dah bekeroncong (eh betul ke bahasa aku ni?) Jom tengok lauk lunch aku time berCamping di Tanah Aina Farrah Soraya :

Ikan Masin 
Memang masin dan rangup. Ikan masin kegemaran aku !

Sayur Campur
Sungguh berkhasiat !!!

Tauhu Sambal
Biasa je rasa dia. . . 

Telur Masin
Memang masin. Ni pon fav aku. hehe~ 

Fishball Soup
Sedap gila fishball sup dia. Aku suka !

Daging Masak Kicap
Aku tak makan kot ni. Sebab DAGING :D

Ayam Goreng
Tak sama mcm KFC la..hehehe 

Ikan Asam Pedas
Aku suka lauk ni sbb IKAN !!! Kuah dia agak cair sikit. Warna macam kari pulak.

Ulam-Ulaman
Ni pun fav aku, lagi-lagi ULAM RAJA. Makan saja pun aku suka :)

Sambal Belacan
Sambal belacan dia agak failed sikit. Rasa masin sangat-sangat & mcm terlebih belacan sangat !!!!

Bubur Durian
Yang ni memang SUPERB la !!!!!! Ikut hati nak makan banyak tapi sebab peyut dah penuh, so dapat masuk sikit jela. Hakikatnya terlampau sedap !



Kuih Sagu ek ni????
Makan dengan syrup dia.

Slurppppppppppp. sedap kuih ni !!!

Ni la lauk yang aku amik. . .  Ikan Masin + Telur Masin + Ayam Goreng + Sayur Campur + Sambal Belacan + Kuah Asam Pedas + Ulaman

Hajat hati nak diet, tapi kalau dah dpt makanan sedap macam ni, mana leh tahan ~
Memang rindu sangat makanan dekat sini. 
Semua sedap-sedap tapi ada la gak yang tak masuk dek tekak.

Jom lunch !!!!

Cerita Tanah Aina :



Subhanallah Indah nya ciptaan Allah -Tanah Aina Farrah Soraya (Part 4)

Harini nak share beberapa gambar pemandangan di Tanah Aina Farrah Soraya :


Jernih gila air dia . . . . 



Sejuk & nyaman udara kat sini. . . 


Susunan batu yang tersusun. . . 



Saja snap omputeh ni.  . .  mereka datang sekeluarga. . . 

Gambar banyak tapi ni antara yang terbaik la aku nak share. 
Tak larat nak tempek byk sangat. Dalam pesbuk mmg aku tempek byk. hehe~
So kalau nak tgk , terjah pesbuk aku. 

:)

Rindu nak mandi manda kat sini




Cerita Tanah Aina :



Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday : Apa persamaan blog mereka ek???



Klik untuk besarkan image. . . 

Sapa tahu ni blog sapa??????????


KFC Krushers @ KFC Jusco Cheras Selatan

Tertunai la hasrat hati nak merasa KFC Krusher ni. Bulan Mac haritu aku ada update pasal teringin nak rasa KFC Krushers ni kat SINI. Lepas tu ada plak sorang blogger ni buat aku terliur. Sapa la blogger tu ek? Ce check kat SINI.Korang kenal ke sapa dia? hehe~


Then akhirnya bulan Julai baru aku dapat merasa. hehe~ Tapi tak dapat perisa Chipsmore. Amik oreo je. Dah sama macam Mcflury McD plak. Takpe next time nak rasa perisa Chipsmore plak. Eh dah nak puasa la. . . Nyum nyum  . . . . 


Korang dah pernah rasa KFC Krushers ni?
Mana lagi best, KFC Krushers or McD McFlurry???

Tea Time @ Tanah Aina Farrah Soraya (Part 3)

Lepas naik lori beramai-ramai, kami terus check in di dormitory  yang memuatkan 7orang. Tengok kat entry SINI. Lepas dah check in kami mandi-manda kat air terjun. Then terus makan petang. Jom tengok menu makan petang kami di sana.

 Cucur Bilis - Sedap gile cucur dia!!!

Kek apa pun tak tahu. Sangat sedap wooo ~

Ni pun sodap. 

Yummy . . .  ada kelapa atas kek tu. sedap jugak !!!

Kek coklat - ni pun sedap wooo

Kek Ubi ke apa ntah nama dia. Yang ni tak sedap. :D

Ni kuih . . 
  
Bihun goreng - Sangat sedap, ada rasa kelainan dalam bihun goreng dia !!!

Air Panas (Coffee/Tea/Misai Kucing)

Ni yang aku amik. Rindu pula dekat Cucur Bilis tu. Sedap sangat !!!

Tengok la apa aku tengah nak makan tu . . . hehe~

Dah nak puasa ni masih nak update pasal makanan . . .
Nanti tunggu menu untuk sarapan , lunch dan makan petang hari lain pulak. 
Sedap wooo makanan kat sini !!!!

Cerita Tanah Aina :



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...