Thursday, August 16, 2012

Prosedur Menjalani Ujian Saringan HIV

Aku nak share prosedur untuk menjalankan Ujian Saringan HIV untuk bakal pengantin. Aku dilahirkan di Terengganu tapi menetap di Bandar Baru Bangi dan alamat pada IC pun di Bandar Baru Bangi. Kerja & menyewa rumah di Kelana Jaya. Jadi, aku putuskan untuk buat Ujian Saringan HIV ni dekat Klinik Kesihatan Kelana Jaya , jalan kaki je dari tempat keje aku. So , jom tengok prosedur nak pegi Ujian Saringan HIV ni:

1- Buat Appointment dengan klinik
Pergi ke Klinik Kesihatan/Call dan bagi nama kita nak buat ujian tu bila. Macam Klinik Kesihatan Kelana Jaya  dia limit sehari tu dalam 15 orang kalau tak silap. So , kene la book nak tarikh bila. Office aku dengan klinik ni sejengkal je, so aku pun jalan kaki jela. :)

Untuk klinik kesihatan sekitar Selangor korang refer no telefon kat SINI
Untuk klinik kesihatan sekitar Kuala Lumpur refer no telefon kat SINI
*Kalau dekat negeri lain , Seremban tak payah pon buat appointment dulu. Walk in je terus.

*Time zaman abg ipar & akak aku kawin (tahun 2011), diorang kena amik borang dekat pejabat agama berdekatan. So , aku pun pegi la pejabat agama. Then diorang bagitau untuk Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan boleh terus ke klinik buat appoinment. Pekerja staff pejabat agama kata call je untuk set appointment. Sekali call Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, dia kata, kena datang klinik untuk buat appointment. So aku pun tak jadi nak buat di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi sebab aku kerja di Kelana Jaya, camne aku nak pergi sana office hour???. Dekat Klinik Kesihatan BBB dia ada hari tertentu je dalam seminggu tu, kalau di Klinik Kesihatan Kelana Jaya , hari-hari dia buat cuma limit sehari 15 orang kot. <--panjang lak aku bebel.

2- Datang klinik mengikut tarikh yang telah kita pilih
Sebaik-baiknya datang awal la. Leh buat yang paling awal & cepat sikit siap.

Daftar nama --> Amik no giliran --> Tuggu No dipanggil --> Bayar RM1


3- Isi borang yang dia bagi. 
Nanti orang yg jaga kaunter klinik tu akan bagi 2 borang yang perlu di isi. Satu tu borang JKNS - borang dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Isi la apa yang ada tu. Borang JKNS ni nanti dia akan bagi yang salinan utk kita gunakan bila isi borang nikah. Lagi satu borang tu result ujian just untuk rekod klinik(untuk simpanan pihak klinik kesihatan).

--> Isi borang --> Pulang borang yang telah diisi pada kauter tadi-->Anda akan diberi no bilik.

 
Ni borang aku. Buat ujian saringan di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. 

Tunang aku buat Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Seremban. Dah alang-alang ada kat kampung , dia buat je kat Seremban. Tak payah nak buat appointment dulu, datang je terus dapat buat ujian nya. Borang yang sama macam aku kat atas tu cuma ada tambahan borang macam kat atas tu. Kene jawab beberapa soalan.

Antara soalan dalam borang tambahan tu.

4- Tunggu giliran untuk dipanggil.
Bila nama korang dah dipanggil baru la pegawai perubatan amik darah korang untuk cek darah. Rasa macam kene steple , pap! dah settle.

5- Tunggu result
Dia tidak akan paparkan keputusan HIV Test. Just bagitahu then bagi salinan borang yang mengesahkan kita dah menjalani ujian saringan. Kalau kat negeri lain aku tak sure la. Maybe ada yg paparkan result. Sebab sepatutnya result tu private & confidential.



6- Selesai dah. Dah leh mula beli borang NIKAH. :D

*Ujian Saringan HIV ni sah untuk 6 bulan. 

Info update: Lepas aku dah kahwin, kawan aku sibuk untuk buat HIV test. Start dari bulan Oktober 2012 kebanyakan klinik tak kan buat HIV test guna RAPID TEST KIT , diorang akan amik darah dan result mengambil masa sebulan. So bagi yang nak kahwin , kene la plan awal-awal , bila nak buat hiv ni . k




39 comments:

  1. penerangan yang jelas..step by step. semoga urusan berjalan dengan lancar ya.. seronok tengok orang nak berumah tangga ni.. :)

    ReplyDelete
  2. yezaaaaaaaaaaa
    dah selesai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni dah selesai lama dah. >_<

      alhamdulillah

      Delete
  3. bagus afasz story..kenangan yg tak boleh ciksu lupakan..punyalah susah nak buat dulu .dari satu tempat ke satu tempat terpaksa pergi utk buat ujian saringan tuh....p JAIPP(sbb ciksu dok penang dolu),p hospital,hospital soh p kk, p kk..kk soh p masjid amik borang.lpas beli borang baru boleh buat ujian..dah buat kene pula p pej pos pos express sbb dok jauh dgn en tunang ..huhu..ghasa mcm susah je nk kawin masa tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak senang je . tp bila dah lalui step by step , byk gak prosedur dia kan? hehe :D

      moga dipermudahkan ..amin >_<

      Delete
  4. bgs2.... pastikan sume prosedur ikut ek, pastu jgn lupe bt checklist apa nk bt... baru lah sume berjln ngn lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. moga semua berjalan dengan lancar

      Delete
  5. tenkiu afasz dgn info ni..so saya boleh la pergi Klinik Kesihatan Selayang je.. :)) tenkiu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Saila: awk bukan dah nak hampir kawin ke?

      Delete
  6. xpernah lg pergi. kena plan awal klu nk pergi camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a kene plan awal bg yg duduk di KL & selangor. kat seremban tk yah pon buat appointment. :D

      Delete
  7. semoga semua urusan kamu dipermudahkan~~selamat menempuhi alam rumahtangga~~

    ReplyDelete
  8. Bagus share kat sini. Orang lain boleh buat pedoman bila nak buat test HIV.

    Zaman akak kawen tak yah nak test2...hihihiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kawin tahun bile? dulu mmg takde kan?

      Delete
  9. bagus la da setel awal...karang xle lorat nk buat itu ini,..

    ReplyDelete
  10. K.faz, macam pantun lak...
    kene steple , pap! dah settle.

    Hehhehe....KJ boleh call x nk wat appointment...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. liza: kat KJ ni leh je nak call sbb aritu ada kenal ngn sorang awek ni, dia kata dia call je. :)

      sbb dia keje seberang LDP tu so takkan nak dtg belah sini . try call nti, booking tarikh

      Delete
  11. Dia cucuk pakai jarum kan...

    Alamak... Saya takut jarum huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tk cucuk pakai jarum. dia guna strip mcm nk cek glocose tu.

      Delete
  12. aku dah buat dah hari tu. tunggu masa nak nikah je ni. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat bernikah. samala . lg 4minggu 1 hari :D

      Delete
    2. bro ni...xkn dia nk cucuk pakai lidi plak..

      Delete
    3. tahniah.. dah nikah dah awk kan?

      Delete
  13. Myra 1st time aritu amik darah masa nak kawen..

    Punya la tkut padahal sikit je kan, tak sempat nak rasa pape ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. MJ: hahahahahahaha lawak la MJ ni. sy tekejut kejap je sbb mcm kene steple je tgn time tu >_<

      Delete
    2. saya disini: cube ko staple tgn ko tu. :D

      Delete
  14. berapa lama menunggu result tersebut..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sy buat ni, dia guna rapid test kit. skrang kalau tak silap , diorg nak selaraskan , amik darah cek kat makmal.. amik masa sebulan gak . lepas sebulan baru tahu result. awk leh try call klinik2 dulu before pergi. tanya diorg smua

      Delete
  15. salam...sorry nk tnye....ade yg kate valid test ni 3 bln...mne stu yg btl?n skrg still kne wt appoinment lg ke?sshnye....kte da la ssh nk cuti...

    ReplyDelete
  16. For info..saya punye hiv test yg buat kt selangor kene reject kt kelantan coz xde result reactive or non reactive..diorg x standardised ke form hiv test nie?..buat susah org je..pg wat kt kl br ade result reactive or non reactive

    ReplyDelete
  17. bayaran die sebenarnya berapa? ada terbaca kat satu site ni bayaran die RM100 pulak! ....

    ReplyDelete
  18. HIV Test Kit untuk buat ujian di rumah boleh didapati dari www.hivtest.com.my. RM48 sahaja

    ReplyDelete
  19. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...