Monday, October 15, 2012

Selamat menunaikan haji Kaklong & Abg Din

Assalamualaikum Ya Sodikoti , rasa macam dah lama tak update blog. Harini nak update ringkas je. Isnin lepas aku amik cuti untuk hantar akak & abang ipar aku ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Mereka telah pun terbang untuk menunaikan fardhu haji pada 8 Oktober yang lalu. 

Abg & Kakak ipar ku sedang makan nasi lemak dan mee singapore.

Diorang tetiba diterjah oleh wartawan dari mana entah untuk di temu ramah. 


Dah 4 orang anak akak & abg ipar aku ni. Kira aku dah ada 4 orang anak buah terus :D
Teringat pula masa Kaklong & Abg Din nak masuk meninggalkan anak-anak. Sedih sangat. Dija (si kecil) tidak mengerti apa-apa. Kakak Shahirah & Abg nya la yang paling sedih. >_<

Kakak Ipar aku bersama mak mertua ku. Makin ceria mak :D

Kakak Ipar aku bersama Kak Liza (berbaju hijau) a.k.a tuan punya gambar. Aku tak dapat nak snap gambar kerana kamera aku dah kong baterinya. Charger tak bawa plak. hehe~ 

Moga Kaklong & Abg Din selamat pergi dan selamat pulang. Moga dapat menunaikan haji dengan haji mabrur. InsyaAllah  . . amin. . . .

p/s: Gambar aku tak perlu la letak. Nanti KEMBAR aku komen macam-macam. :D





17 comments:

  1. hahaha...lempang kang...xdan nk komen lgi gmbo ko..mana dia..cpt la..abg din tu sama nama ngn din ker?yg intervw tu nnti masuk tv la ye..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah moga keduanya mendapat haji yg mabrur. Kakak dulu pun pergi masa anak sulung baru 12 tahun dan bungsu 5 tahun.. bibik yg jaga masa tu.

    ReplyDelete
  3. semoga urusan kak long dan abg din dipermudahkan dan dapat mengerjakan haji yang mabrur..

    ReplyDelete
  4. eh, rase macam ade nampak je sis awk kt tv. mgkin tv1 or tv9 kot.diorang kn ade je buat review hari2 org buat haji kt sana :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat ne awak tgk ek??? bile? nk tgk yg ulangan :D

      Delete
  5. moga urusan mereka di sana dipermudahkan...:)

    ReplyDelete
  6. seronoknya... bila la giliran saya pulak yer... semoga dipermudahkan urusan mereka kat sana, dan dapat haji yang mabrur.. afasz pun semoga dapat ke sana juga..

    ReplyDelete
  7. Semoga diaorang selamat pergi dan selamat kembali.. amin..

    ReplyDelete
  8. ALHAMDULILLAH,

    SEMOGA KAK JUGA TERPILIH DALAM KALANGAN ORANG2 YANG DI JEMPUT.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, muda lagi dapat rezeki ke sana.moga Allah melindungi mereka selamt pergi dan kembali nanti..insha Allah

    ReplyDelete
  10. selamat menunaikan haji mabrur..hehe
    best jgak kene temuramah kan..glemer..hehe

    ReplyDelete
  11. semoga lepas ni giliran fasz pulak ke sana ye..amin..

    ReplyDelete
  12. Masa menghantar ni memang perasaan hiba pasti menyelubungi suasana dekat sana kan...

    ReplyDelete
  13. klau tak silap tv1. mmg diorg ni selalu tevew org2 mesia yg pg hji ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...