Monday, October 29, 2012

Prosedur Permohonan Nikah Perempuan Di Selangor

Assalamualaikum ya asdiko'ii, harini aku nak update tentang prosedur permohanan nikah bagi mereka yang bernikah di Selangor (sama macam aku). Sekarang dah nak masuk musim cuti sekolah. Ramai yang nak kahwin. Harap bagi yang plan nak kahwin tu boleh la jadi rujukan untuk korang, tak de la kelam kabut bila nak buat permohonan nikah nanti. Wedding Checklist here

Jom tengok sikit info tentang prosedur permohonan nikah di Selangor. En Suami orang Negeri Sembilan , jadi dia perlu la amik borang dari Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan dan selesai kan sampai dapat Surat Kebenaran Berkahwin. Then baru aku leh mula start isi borang. Bagi yang nikah di Selangor, anda perlu daftar diri secara ONLINE di SINI (paparan seperti di bawah)



Kemudian anda perlus isi borang pendaftaran secara ONLINE seperti di bawah :

Isikan yang ada bentuk * (wajib diisi)

Kemudian Klik butang daftar di bawah borang.

Seteleh selesai isi borang pendaftaran tadi, korang boleh la daftar masuk dengan menggunakan No Mykad & Kata laluan yang korang daftar tadi. 

Bila dah masuk , korang boleh la cek prosedur perkahwinan dekat section atas lama web JAIS ni. Lihat seperti di bawah. Senang la korang nak tahu kene isi borang apa. Semua kene isi ONLINE ok :D


Sini aku ringkas kan prosedur perkahwinan (perempuan) di Selangor 

1- Isi borang permohonan perempuan (Borang 2C)"
    a- Maklumat Perempuan (seperti di bawah)
    b- Maklumat Lelaki (seperti di bawah)
    c- Maklumat Pernikahan (Akad Nikah)(seperti di bawah)
   d- Maklumat pemohon (tiada dalam gambar)
   e- Maklumat Saksi Pertama (tiada dalam gambar)
   f- Maklumat Saksi Kedua (tiada dalam gambar)




2- Isi borang perwakilan dan wakalah wali (Borang 2D)
    a - Keizinan Pengantin Perempuan (seperti di bawah)
    b- Pengakuan Wali (tiada dalam gambar)
    c- Perwakilan wali (tiada dalam gambar)
    d- Maklumat Saksi (seperti di bawah)





3- Cetak kedua-dua borang (pastikan komputer anda ada adobe reader)


4- Hantar borang ke Pejabat Agama Islam Daerah yang telah anda daftarkan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin.

5- Terima Borang 3C- Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor (Perempuan)

Ni gambar surat kebenaran berkahwin lelaki , yang perempuan tak sempat snap.

6- Ijab & Kabul <3


7- Dapat surat perakuan nikah sementara selepas ijab & kabul dari imam jurunikah

8- Dapat surat perakuan nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah

 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Ringkasan : Checklist kalau nak Nikah di Selangor :

1- Pergi Kursus Pra-Perkahwinan (tak kisah kat mana-mana negeri pun) -- refer SINI
2- Dapat kan Borang 2C dan 2D di SINI
3- Buat Ujian Saringan HIV di klinik-klinik kerajaan. Boleh refer SINI
4-Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan. (2 bulan sebelum akad nikah)
5-Dapatkan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah (PPN) Qariah.
6-Dapatkan kebenaran nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah.
7-Serahkan kebenaran berkahwin kepada PPN Qariah
8-Akad Nikah dijalan kan. GLUP !!!
9-Ambil surat perakuan nikah di JAIS/PAID

Dokumen yang diperlukan
*Salinan IC / Passport (Jika bukan warganegara)
*Salinan IC / Passport 2 orang saksi (Jika bukan warganegara)
*Salinan Sijil Pra-Perkahwinan (Diiktiraf JAKIM/JAIS/JAWI/JAIN)
*Keputusan Ujian Saringan HIV
*Salinan borang permohonan 2C (Jika pemohon nikah luar daerah / Negeri / Negara)
*Surat pengesahan mastautin pemohon dari penghulu/ketua kampung/ nazir masjid/pengerusi JKKK
*Borang kelulusan berkahwin / Surat kebenaran berkahwin bagi lelaki
*Surat perakuan/pengesahan/akuan sumpah nikah ibu bapa (jika perempuan anak sulung @ wali adalah abg lelaki yang sulung)

Entry ni aku tulis selepas sebulan lebih aku dah nikah, jadi macam ingat-ingat lupa la step , banyak refer balik dekat laman web JAIS. hehe~ Senang gak kalau dah ada sistem online tapi ada gak yang tak pandai nak daftar online la. Jadi, aku harap ENTRY ni dapat bantu korang sikit-sikit. :)

Jom Kahwin!!! eh aku dah. . . korang bila lagi ???? 
 :)

18 comments:

  1. Salam,
    Bagus usaha ini. Allah menyukai sifat tolong-menolong begini

    ReplyDelete
  2. emmm, aku baru tahu. thanks :)

    ReplyDelete
  3. Jauh bezanya dari masa zaman makchaq hampir 30 tahun dulu... masa tu komputer pun tak dak lagi.. apa lagi la nak buat online2 ni.. semua kena pi kat pejabat kadi..

    ReplyDelete
  4. banyaknya prosedur. itu selangor. melaka ntah macam mana plak gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya negeri lain lagi rumit. Selangor antara yang mudah. :D

      Delete
  5. Hi Afasz, just walked in to your blog and happened to read the procedure. If nikah kat selangor, boleh ke ambil mana2 kursus kahwin or kena pergi kursus kahwin anjuran JAIS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anon...... kursus boleh di ambil dimana-mana (dalam malaysia) asalkan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.

      Delete
  6. Hurmm...rajin betul la yea buat step by step... pasti berguna untuk ramai bakal pengantin nie

    ReplyDelete
  7. kak sha pulak prosedur pengantin lelaki yg di selangor, prosedur pengantin perempuan ikut rules melaka..huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. saya kena isi borang jugak ke? hehhehehee

    ReplyDelete
  9. best lah gune online je....

    ReplyDelete
  10. wajib ke isi borang menggunakan online ni? habis kalau setengah people kat malaysia ni tak mahir menggunakan komputer dan internet bagaimana pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. kat selangor punya prosedur skrang. kalau tk tahu , kene la belajar. cari tutorial nk isi mcm sy buat ni :D

      Delete
  11. pengantin lelaki perlu sediakan surat perakuan bujang tak?

    ReplyDelete
  12. terima kasih bagi rujukan checklist

    ReplyDelete
  13. Hantar borang ke Pejabat Agama Islam Daerah yang telah anda daftarkan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. boleh saya tahu dkt mana kita dftar kan dlm online tu ???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...