Friday, November 30, 2012

Video Lakonan Afasz & Saya Disini Dalam Drama Arabic

Assalamualaikum kawa-kawan. Hari dah hari Jumaat. Mesti tak sabar nak bercuti sambil merehatkan diri di hujung minggu bersama tersayang. wahahaha ~ Hari ni aku nak share VIDEO LAKONAN aku , kembarku, SAYA DISINI, Izah & Faezah.

Actually video ni merupakan salah satu assignment dalam subjek Bahasa Arab masa aku study di UiTM Perlis. Tak silap aku 70% bergantung kepada coursework termasuklah video drama di atas. Setiap kali aku tengok video ni mesti akan gelak. Rasa kelakar sangat.

Masa dalam pembikinan Drama Arab ni, kami dalam semester 5 (kalau tak silap).Masa tu,banyak sangat projek yang aku dan kawan-kawan aku kena siapkan. Setiap subjek ada projek sampai takde masa nak tido. Tido 2 3 pagi pastu pukul 8pg dah bangun nak pergi shooting drama ni (wahhh ~ rasa macam RETIS plak!haha!)

 Rindu la zaman study >_<

Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday : Ucapan dari Nenekku . .



Makan Durian @ Taiping, Perak

Assalamualaikum asdiko'ii. Sambungan dari cerita percutian aku bersama family baru aku. Selepas kami bermalam 2 hari di Tanah Rata , Cameron Highland kami terus gerak ke Taiping, Perak , rumah my SIL. Singgah makan di Medan Cendol & Laksa di Kuala Kangsar & terus ke Taiping.  Sebelum sampai umah my SIL, kami singgah makan durian dekat tepi jalan. 

Durian Sunkist - mengikut kata Pak Mertua ku. :D

Yuhu . . .  orang sibuk duk update pasal DURIAN CREPE, aku masih update pasal DURIAN , ngeh ngeh. 

Pakcik ni siap bagi 2 biji durian free sampai kitorang tak larat nak habiskan. 

Sedap hingga menjilat jari Hadif makan. 

Masam ke durian tu Bang oi. . .  hehe ~

Dua hari lepas, ayah aku beli Durian D24. Selalu aku makan 3 biji ulas dah cukup, sekali lebih dari 5 biji ulas aku makan. huhu~ Padahnya, badan jadi panas. huhu~

Nasib baik duduk dalam office ber AIR COND. 
wahahaha :D


Tuesday, November 27, 2012

Medan Cendol & Laksa @ Kuala Kangsar , Perak

Assalamualaikum  . . .  korang dah lunch? Aku lunch bekal dari rumah je. Time lunch ni, nak share gambar makanan. Sambungan dari percutian aku bersama family baru aku di Cameron Highland. Selepas bermalam di Tanah Rata Cameron Highland selama 2 malam, kami gerak ke Taiping pula, rumah my SIL. Syok nye dapat jalan-jalan satu family. Kami singgah Ipoh , rumah mak mertua Kakak Ipar aku then lalu Kuala Kangsar singgah makan tengah hari. Jom tengok apa aku makan. Sedap ke makan kat sini wahai SayaDisini ? =p

Makan disini. Bukan SayaDisini tau. wahahaha

Pasembor
Rasa dia biasa je. Sikit je , kalau order 2 pun habis kot. :D

Mee Rebus 
En Suami order ni. 

Laksa my MIL, SIL & my niece makan, tapi aku tak snap. Sebab diorang duduk meja asing. Tak muat satu meja. 

ABC Kuala Kangsar
Nampak sedap kan . . yummy ! Yang ni anak saudara aku punya. Kuat makan dia ni. 

Cendol
Yang ni aku & En Suami punya. Sedap woooo !!!! Nama tempat dia medan cendol & laksa, maybe laksa & cendol dia yang menjadi daya tarikan. Aku pergi order Pasembor buat apa. hehe~

Anak saudara aku yang makan banyak. Dia makan Nasi Goreng Ayam + ABC.

Yang ni Hadif, lambat betul dia makan. Sikit je dia makan. Tapi Mee Goreng dia sedap la. Makan panas-panas. 

Ha ni la gerai nye. Rasa rugi plak tak makan Laksa. Haritu macam tak selera nak makan makanan berkuah. Sekarang rasa rugi plak. hehe~ 

Agak-agak bila aku boleh singgah sini lagi ek , nak gak rasa Laksa dia. 
Mesti kembar aku a.k.a SayaDisini nak komen entry ni kaw kaw kan . . . yela negeri kelahiran dia. 
Esok aku update apa aku makan kat Tanah Rata Cameron Highland. Kalau rajin :)



Camping by the river @ Tanah Aina Farrah Soraya, Raub Pahang

Assalamualaikum kawan-kawan. Macam mana korang harini? Mood kerja ok? huhu~ Hujung-hujung tahun ni asyik fikir nak holiday je. Aku pun baru je lepas holiday dengan family aku di Cameron Highland & Taiping. Harini nak update entry pasal Tanah Aina Farrah Soraya. Ni Company Family Day yang diadakan bulan Jun yang lepas (dah basi tapi nak update gak, gambar banyak gila). Jom jamu mata -->



Satu khemah ni muat 5 orang. Yang ni khemah kami berlima. Ada gak khemah untuk 2 , 3 & 4 orang. 


Duduk khemah memang agak panas berbanding duduk di dorm dalam entry SINI. Tapi kita dapat nikmati suasana tenang sebab sebelah khemah ada air sungai yang sangat sejuk . . . 

Air mineral pun disediakan . . 


 --------------------------------------------------------------------------
Rates harga untuk Camping by the river
* Maximum 60 people in campsite
* RM235 per person/head - choose from 2, 3, 4, or 5 pax in one tent
* RM188 per child between 2 - 10 years old
* FREE for children below 2 years old.
- Rate untuk 2 hari 1 malam. 
Pakej termasuk jungle trekking (waterfall) , nighwalk, carrom & 
4 kali makan (buffet lunch, buffet tea, BBQ Dinner & Breakfast the next day)
 --------------------------------------------------------------------------


Jom tengok gambar toilet dia plak. Toilet dia selesa dan besar. huhu~

Showe Gel + Conditioner + Syampoo pun disediakan.

Sebelum nak buang apa yang patut kena la tutup tingkap dulu :D

Surau pun disediakan. Sangat selesa surau dia dengan konsep terbuka.

Paip untuk ambil wuduk.


Untuk lebih detail boleh la ke Website Tanah Aina kat SINI <--

* Nak pergi lagi Tanah Aina Farrah Soraya !!! Kalau dapat special discount kan seronok. >_<


Cerita Tanah Aina :




Monday, November 26, 2012

Cactus Valley @ Brinchang Cameron Highland

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin. Jom layan beberapa gambar yang di snap sepanjang percutian aku di Cameron Highland. Satu ni je tempat yang aku sempat pergi. Cuaca kat sana asyik hujan, yela sekarang kan musim hujan. So duk je dalam apartment yang kami stay tu. Masak-masak makan dalam rumah. yummy !!!

Kami berada di Cactus Valley. Gambar Cactus banyak kat entry SINI.

 
Sayur apa ni ek?

Yang kecik.


Strawberi merah + Strawberi hijau.

Sayur-sayuran menghijaukan suasana.

Haziq (anak sedara aku) curi makan sayur kat situ. huhu~

Ada jual keychain. Aku tengok-tengok je. 


Comel je penyepit rambut strawberi ni. 

Offer 80sen je!!! Aku rasa yang kat sini la paling murah keychain jenis ni. Kat Pasar Malam Brinchang RM1.

Merah semua . . .  strawberi je corak nye. 

Tu jela gambar yang aku dapat tempek. Kang tempek banyak sangat kang EXCEED LIMIT plak. Dah la ni guna email baru. huhu ~ Tunngu next entry plak. :D

Cerita di CAMERON HIGHLAND :



Sunday, November 25, 2012

Tanah Kubur VS Ombak Rindu

Assalamualaikum  . . . 
Malam ni jom kita riuhkan rumah dengan sorakan untuk skuad Harimau Malaya. 

AFF SUZUKI CUP 2012
Malaysia VS Singapore

Sumber  Gambar : Facebook 

LOL!!!


BE Nuffnang Bulan November

Alhamdulillah . . . baru perasan ada satu lagi BE Nuffnang baru bertarikh 23 November 2012. 


BE Nuffnang yang bertarikh sama ngn besday aku 29 Oktober masih ON GOING  kat SINI
Mood: Tunggu BE for next month pula.




Maharaja Lawak Mega 2012 minggu 2

Assalamualaikum ya asdiko'ii. Hujung minggu ni aku nak layan Maharaja Lawak Mega 2012 dekat Youtobe memandangkan Astro Warna dah tak free. Jadi aku tempek link nya kat blog aku. Senang aku nak tengok banyak-banyak kali. huhu~ 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - Jozan minggu 2


Kau berPAPA MAMA sama NORA DANISH , Sazali.
:D :D :D

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - Jambu minggu 2



"Saya penonton saja" ...
"Menonton pun cuba???"
:D :D :D :D :D


MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - Shiro minggu 2



"Mati malam pertama"
"Dia buat apa tu?"
"Itu tanya BALAS"
:D :D :D :D :D





MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - Boboi minggu 2


Biasa je ~

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - Balas minggu 2



Tak best pun =p

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - Say Who minggu 2


"Saloma, ibu kamu penjual nasi lemak ya?"
"Tak tahu~"
"Pantas kamu banyak lemak"
:D :D :D :D :D 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - Sabon minggu 2


Tak best!

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - R2 minggu 2


Boleh la ~

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - Dadidu minggu 2



thumb down la~

Aku rasa dah boleh nampak sapa juara kali ni. JOZAN !!!! Dari mula dah lawak gileeee!!! Jozan, Jambu, Shiro tu ok lagi la , yang lain tu macam tak sampai je lawak diorang.






Rezeki Afasz di hari minggu

Assalamualaikum kawan-kawan, Hari ni hari Ahad, hari cuti tapi En Suami kerja. Jadi luangkan masa bersama blog. huhu~ Semalam sakit jari + sakit mata menaip komen & mengadap laptop gara-gara nak kekalkan rekod 6 kali berturut-turut menjadi RAJA KOMEN di blog HAZMANFADZIL.COM.

Alhamdulillah , rezeki aku lagi. Harap ada la lagi Contest Raja Komen hazmanfadzil.com di bulan akan datang. Usaha tangga kejayaan. Kembar aku dah jatuh tempat ke tiga - SAYA DISINI. Tapi masih ada rezeki dia , rezeki orang nak kahwin. Mesti dia busy dengan persiapan. huhu~

Selamat berhujung minggu ~
Aku nak marathon Drama Adam & Hawa Episod 49 hingga Episod 52 &
Drama Cinta Itu Milikku kat tonton.com.my


Saturday, November 24, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 - Jozan minggu 1

Assalamualaikum kawan-kawan. Nak share peserta Maharaja Lawak Mega 2012 yang paling best BAGI AKU untuk minggu 1. Bagi aku JOZAN paling best!!!!!! Gelak tak henti aku tengok . . . . 


Awie pun sampai menagis ketawa ~ wahahahahaha ~ POYO LA KAU ~

Friday, November 23, 2012

Genap Setahun bersama Emoticon

Assalamualaikum kawan-kawan. Asyik lambat update je dek kerana masalah EXCEED LIMIT! Tapi dah leh solve dengan bantuan kawan-kawan juga. Tq. Actually nak update cerita ni 20 November 2012 haritu tapi tak dapat sebab aku sedang bercuti time tu. Lepas pergi Cameron Highland aku pergi melawat Taiping pula, rumah akak ipar aku. Seronok woo holiday ngn family baru ku. :)

Berbalik pada tajuk entry . . . sapa Emoticon ek? hehe~ Nama "Emoticon" tu kawan aku yang bagi. Pn "Anonymous" yang selalu komen di blog aku. huhu~ Dah genap setahun aku bersama "Emoticon" . Nak tahu sapa Emoticon sila scroll bawah 

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Ni masa "Emoticon" baru keluar dari dunia luar. hehe~ 

"Emoticon" dah jalan sampai ke Jerteh . . .  Masa ni masih tak cacat :)


"Emoticon" duk luar rumah je. Sian dia . . pagi-pagi berembun . .  sejuk ~

Gambar montot "Emoticon" bersama kawan-kawan nye. wahaha~

Gambar ni diambil macam ni ada sebab. Kalau tak amik camni, terserlah la kacacatan "Emoticon" 
Nak tahu apa yang berlaku leh klik entry dekat ---> SINI



Dan disebabkan lahirnya "Emoticon" dalam hidup aku, aku telah gunakan warna "Emoticon" sebagai tema perkahwinan aku :)


Warna ala-ala isi durian & warna diraja :D 
Nama pun RAJA SEHARI


Balik dari Taiping baru-baru ni terus je tampal Road Tax baru. Color biru la plak. Nak color kuning :D

Alhamdulillah settle renew Road Tax & Insurance "Emoticon"
TQ En Suami yang tolong settle kan :D

Next mont kita pegi honeymoon bertiga pula , bawa "Emoticon" :D




Thursday, November 22, 2012

Cactus @ Cameron Highland

Assalamualaikum ya asdiko'ii. Harini aku ambil masa nak update dek kerana blog aku dah exceed limit untuk masukkan gambar. huhu~ Ada sapa-sapa tahu solution nya? Ni pun dapat sebab aku dah compress kan gambar. So kualiti gambar dah tak sama ngn original tapi aku update je. Nak share gambar Cactus yang aku ambil masa g Honeymoon (honeymoon dengan keluarga belah En Suami skali.) Honeymoon ker???? Ala kira honeymoon jela. . .Hari-hari pun honeymoon :)

Orang lain pergi Cameron Highland banyak amik gambar Strawberi, aku banyak amik gambar Cactus. hehe~

















Aku first time pergi melawat Cameron Highland. Series! Tak puas la. Nak pegi lagi. Dah la time aku pergi asyik hujan je. huhu~ Takpe next time aku plan nak pergi lagi. InsyaAllah. Tag : En Suami 



Cerita di CAMERON HIGHLAND :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...