Saturday, April 28, 2012

Trailer Filem Aku ada Kau Ada?

Lepas download lagu Begini Caranya nyanyian Shaheizy Sam & Yana Samsudin, aku terus search trailer untuk filem "Aku Ada Kau Ada?" Agak menarik juga la filem ni. Filem lakonan Shaheizy Sam, Yana Samsudin & Kamal Adli. Memang sesuai la Yana Samsudin & Shaheizy Sam di gandingkan. Nampak serasi je bila diorang berlakon. 

Filem ini mengisahkan dua musuh ketat iaitu Tina lakonan Yana Samsudin & Nordin lakonan Shaheizy Sam yang sering bergaduh antara satu sama lain. Mereka sering bertembung dalam persembahan muzikal. Dalam tidak sedar, cinta hadir antara mereka berdua. huhu~ Orang selalu kata, jangan benci sangat kat orang, nanti jatuh cinta :)

Yang menariknya, pengambaran filem ini dibuat di KOREA. Memang ada sikit ala-ala korea la filem ni. Siap ada menari-nari ala korea. K-POP ~



Arahan: Rahila Ali
Pelakon : Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli
Genre : Muzikal Romantik
Tayangan : 24 Mei 2012

Jom tengok trailer untuk Filem Aku Ada Kau Ada :



Nantikan filem Aku Ada Kau Ada yang akan mula ditayangkan 24 Mei 2012 di pawagam.
Jom layan lagu Begini Caranya (Shaheizy Sam & Yana Samsudin)



Lagu Begini Caranya - Shaheizy Sam &Yana Samsudin (OST Aku Ada Kau Ada?)


Jom layan Video Klip Lagu Begini Caranya. Boleh tahan juga Shaheizy Sam & Yana Samsudin ni nyanyi. Macam dah lama menyanyi. Tahniah buat mereka. Suka tengok Yana Samsudin :)

Nak download lagu ni, KLIK SINI.

Lirik Lagu Begini Caranya - Shaheizy Sam & Yana Samsudin 
(OST Aku Ada Kau Ada?)

Aku tak bisa mengatakan perkataan
kelu lidah bila berdepan kamu

Aku percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku 
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu 
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan


Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang


Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Sumber : Liriklagumuzika

Friday, April 27, 2012

Blog alyzafisol.com Giveaway

Hari ni singgah blog Cik Siezuka Comel & aku telah di tag. Jadi, aku pun join la dengan seikhlas hati.

ChurpChurp
Sapa nak join boleh klik banner.

Tarikh tutup:
10 Mei 2012

Nak Tag:
Kembarku
Mamamyja
Arelan




Subhanallah : Mencari ketenangan hati

Bila kita dilanda pelbagai masalah atau dugaan samaada masalah peribadi, kerja , keluarga dan sebagainya sudah pasti hati rasa tak tenang. Dan kadang kala ia akan membuatkan kita merasa tertekan dengan masalah yang kita hadapi. 

Gambar di Taman Botani @ Putrajaya

Bagaimana untuk mendapat ketenangan hati? Dengan mengingati Allah melalui zikir, solat sunat, baca al-Quran, berdoa dan sebagainya. InsyaAllah hati akan lebih tenang & rasa dekat dengan Allah. 


Muhasabah Diri : Dengan mengingati Allah , Hati pasti akan tenang


Sabda Nabi : "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab : "Khabarkan kepada kami. "Rasulullah S.A.W pun bersabda: "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At--Tirmizi dan Ibnu Majah)


Firman Allah : "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)


Firman Allah : "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)


Sumber   :  Google


Antara doa yang menjadi amalan seharian untuk memperoleh ketenangan jiwa :





Marila sama-sama kita amalkan.
InsyaAllah kita mendapat ketenangan hati & jiwa dari Allah S.W.T
Amin . . . 


Thursday, April 26, 2012

Jom Cek Tulang

Tahun lepas aku dah cek tulang di Anlene BoneHealth Check @ Econsave Balakong. Keputusan agak merisaukan aku sehingga aku start mengamalkan minum susu Anlene walaupun hakikatnya aku memang tak suka susu. Aku try perisa coklat pun macam susah nak masuk gak. Tapi kena usaha bagi sedap demi kesihatan aku.

Tahun ni rasa nak kena cek lagi setelah aku amal minum susu Anlene Coklat selama dekat setahun kot (eh! mcm tak sampai setahun je) Doktor pesan suruh aku minum susu (sumber kalsium) memandangkan kesihatan aku yang telah menunjukkan tanda-tanda kurang kalsium. Masa dalam kursus kahwin pun time bab kesihatan selepas berkahwin , penceramah (doktor) ada menekankan kepada mereka yang tidak suka susu kena la mula suka susu dari sekarang, tak kira la di campur dengan buah-buah atau apa cara sekalipun. Nanti dah mengandung kena juga minum demi anak dalam kandungan. <--chewaahhh aku ckp macam aku doktor plak.


Minggu ni , Anlene ada buka booth untuk cek kesihatan tulang. Korang boleh cek kat SINI untuk negeri korang. Ni aku tempek untuk negeri Putrajaya & Kuala Lumpur.

Kalau sempat nak singgah Alamanda la minggu ni. 

Anlene Bone Health Check sekitar Kuala Lumpur.

Jom ramai-ramai kita cek tulang. Bukan nya kene amik darah ke apa ke. Macam rasa kerusi urut juga. Korang leh pegi kat entry SINI. Time aku pegi cek tulang tahun lepas. :)

Mencegah lebih baik dari mengubati :)

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday : Handphone Dikahwinkan. . .


Makan Roasted Chicken Whole

Jumaat lepas aku jumpa seseorang. Tengah otw nak p kedai makan, aku rasa macam ada bau ayam panggang yang menyelerakan. 

   Pastu orang tu ckp la : "Memang la ada ayam panggang kat belakang tu"

   Aku : Padanla kuat benor baunye ~ 

Aku pun bawa la balik ayam ni ke rumah aku dalam kesejukan air cond kereta.

Bagi ayam sekali ngn resit lagi. Nak claim la tu. 
RM5.99 @ Giant - tengah harga runtuh! - Promotion sah sehingga 26 April 2012

Balik-balik je dah malam, so esok nya aku makan time lunch ngn family aku. Panaskan dulu ye. baru sedap  macam ayam Kenny Rogers Roaster

OK dah siap dipanaskan. . . .

Nampak tak sayap belah kanan tu dah patah. hehe~ Aku tak sabar sangat then terus ngap dalam mulut. Tak sempat potong lagi. :D

Aksi apa ni ek?

Dah siap potong. Of course la aku amik bahagian drumstik . .  Cicah ngan sos cili ~

Nyum nyum !

Tuesday, April 24, 2012

Lagu Tentang Rasa - Astrid (OST Vanila Coklat)

Source : Google

Lagu yang banyak berkemandang di radio. Antara lagu yang ada dalam Drama Vanila Coklat. Jom layan video klip dar Astrid - Tentang Rasa.


Nak download lagu , KLIK SINI


Lirik lagu Tentang Rasa - Astrid 
(OST Vanila Coklat)

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Sumber : Liriklagumuzika

Selamat Hari Lahir Mama & Atin

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan April dah. Dalam bulan April ni ada dua orang besday girl dalam family aku. Mama (8 April) & Atin ucukkkk sikit (16 April). Jom layan gambar la . . setiap gambar ada lagu (eh! mcm iklan Yuna pula)

Atin dapat hadiah sempena besday + 6A in SPM dari Papa & Mama
- Dari aku masih belum lagi. Tgg la gaji ahaks ~

Kumpulan hijau ke apa ni? Ikut ketinggian plak tu. 

Baas (abg aku) + Ya Ucukkkk (Adik bongsu ku)
Specky betul la family aku ni :)

Macam biasa la, bila time besday family aku, kami p makan di Restoran Village View, Jalan Reko Kajang. Jom tengok lauk-lauk yang kami makan sehingga menjilat jari.



Ayam Pandan
Makan panas-panas cicah sos. Memang sedap.Melecur jari

Ikan Siakap Masak Stim Limau
Color dia agak lain & kuah pun sikit, sebelum ni kuah dia byk sikit & color cam putih-putih sikit

Tom Yam Putih
Hirup time panas memang superb la Tom Yam dia !!!

Sotong Sambal Petai
Sambal dia memang pedas meletup ~

Kerabu Mangga
Cukup rasa kerabu mangga dia. Sedap bangat ~

Kangkung Goreng Belacan

Nasi Putih

Cincau Laici

Laici Ais

Fresh Orange

Teh O Ais Limau Besar Punya !

Besday Girl sila bubuh nasi :)

Sambil makan kami menonton perlawanan bola sepak, tak ingat la apa lawan apa. Agak bising la suasana sorakan GOAL !!! 


  

Habis sudah ~ 
Gambar aku takde sebab aku la photographer & pemegang sah kamera Lumix FH20

Alhamdulillah , 
Allah panjang kan usia Mama & Atin. Moga kita sekeluarga diberikan kesihatan yang baik, ketenangan hati, kebahagian dan dimurahkan rezeki. 
Amin  . . . 



Monday, April 23, 2012

Jom Join Peraduan iPunya! Beli & Menang P1

Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd ("P1") telah menganjurkan satu peraduan yang menawarkan hadiah sangat menarik dan lumyaan. Peraduan iPunya! Beli & Menang” P1

Pertandingan ini akan berlangsung dari 20 April hingga 17 Jun 2012 dan akan dibuka kepada para pelanggan baru mana-mana pelan P1 (ForHome™, ToGo™, atau OnePlan™) sepanjang tempoh peraduan. 


Syarat-syarat untuk menyertai pertandingan seperti berikut:

1 - Melanggan untuk P1 Broadband di p1.com.my/services
2-  Daftar untuk Self Care akaun di p1.com.my/selfcare
3-  Log masuk ke akaun selia sendiri , hantar borang peraduan online & jawab dua soalan.

Pemenang akan dihubungi melalui SMS, email dan laman web P1 pada akhir Jun 2012.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada pemenang :

Grand Prize : 1 x Volkswagen Golf TSI
Other Prize :  5 x Samsung galaxy Note
                   10 x Kamera Wifi Samsung
                   20 x Pembesar Suara X-mini   
Peluang untuk menang pelbagai hadiah menarik & lumaya. Jika saya menjadi salah satu pemenang untuk peraduan iPunya ini, pastinya akan merasa gembira yang teramat. Lagi-lagi kalau dapat menang hadiah utama "Volkswagen Golf TSI" !!! Dapat Samsung Galaxy Note pun dah rasa best gila. Semua hadiah yang aku impikan ~_~

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan dan perancangan P1, sila lawati www.p1.com.my/ipunyacontest

Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay ( OST Cik Paris Diva Kampung)

Hari Ahad masa untuk berehat di rumah sambil menonton TV & aku tertengok pula drama "Cik Paris Diva Kampung" ni. Ala-ala citer Paris Hilton - The Simple Life. Drama lakonan Liyana Jasmay & Izzue Islam. 

Memang sangat sesuai la bagi watak yang ala-ala gedik dekat Liyana Jasmay. Izzue Islam pula aku tengok makin banyak pula dia berlakon. Dalam drama Aisheteru, Jangan Ambil Padang Kami , Tudung Tweet dan lain-lain. Dah banyak dah tengok dia berlakon. Rezeki dia ~

Apa-apa pun , lagu Cinta Bersatu nyanyian Liyana Jasmay ni memang best la. Suara Liyana Jasmay makin matang , maybe juga suara dia lebih matang sebab menyanyikan lagu-lagu slow mcm ni. I like this song ~

 Nak download lagu ni , KLIK SINI



Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay 
(OST Cik Paris Diva Kampung)

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku 
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku 
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja 
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatkan diriku jatuh cinta padamu

Sumber : Liriklagumuzika

Korek tabung di saat genting

Sebelum gerak ke office cek wallet, ok tinggal RM*.** je. Tak perlu kot withlukis withdraw kat bank, gaji lom masuk lagi. Jadi jom la korek tabung. :D

Dulu pernah kumpul syiling dalam tabung ni masa study. Dari sem 4 sampai sem 6. Dah habis belajar kira-kira semua syiling , dapat kumpul rm207.70.


Alhamdulillah ada rezeki aku sebelum gaji masuk. 
Terima kasih Allah di atas rezeki yang kau beri.
:)


Friday, April 20, 2012

Makan Ice Cream Solero Split

Sedap nya dapat makan ice teyem di kala cuaca panas walaupun tengah batuk. hehe~

Perisa Limau dan Vanila. 
Singgit je !


Abaikan jari orang tu. Fokus pada ice teyem je. Nyum nyum ~


Subhanallah : Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Putrajaya

Salam Jumaat kawan-kawan. Jom kita muhasabah diri kita di pagi Jumaat. Nak kongsikan antara 10 amalan harian yang perlu di jaga secara berterusan (search kat google je)

Muhasabah Diri : Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah


1. Bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
2. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
3. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
4. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
5. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
6. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
7. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
8. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
9. Dalam waktu Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
10. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.


Sumber : Google



Moga kita lebih dekat pada Allah
Moga kita dilindungi oleh Allah
Moga kita ditetapkan iman
Moga hari esok lebih baik dari hari ini.

Amin Ya Rabbalalamin
>_<


Thursday, April 19, 2012

Makan @ Nasi Ulam, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Minggu lepas , lepas je shopping di kawasan BBB, aku singgah makan tengah hari di kawasan BBB. Cari nasi berlauk la sedap kalau time lunch ni.
Kedai Makan Nasi Ulam - Sebelah dengan Amani Hotel

Lauk masak kuning, ada gulai lemak masak udang, tempoyak ada dan lain-lain.

Sambal telur , ikan masak sambal , Sotong Berlada dan lain-lain


Ikan Keli + Ayam + Ikan Sambal Cili 
(aku yg bg nama dia sendiri)

Sayur Kangkung, Sayur Bendi & Sayur Petola goreng.

Ikan Kembung + Air Asam

Pelbagai jenis sambal - Sambal belacan, tempoyak, budu, air asam dan lain-lain.

Nasi Putih dah nak habis~

Lauk sapa la ni . . .huhu~ 

Ni aku punya. 
Nasi + sayur bendi (fav) + sambal belacan (sangat pedas sehingga menitis air hingus)

Setangkai Ulam Raja , eh! betul ke ulam raja ek????
Aku start suka makan ulam sejak aku study kat UiTM Arau. Memang hantu ulam.

Ikan Bakar.

Air asam nye. sangat pedas!

Ramai gak makan kat sini time lunch, beratur agak panjang masa nak amik nasi. huhu~



Opss ter snap pakcik tu makan lak . . .

Makanan dekat Nasi Ulam ni boleh tahan la sedap nya. Nanti nak try nasi goreng dia plak. Aku ada try google tgk Nasi Goreng Ketam dia macam sedap je. Tak pernah aku makan nasi goreng ketam. huhuhuhu~ Masa ni aku makan nasi berlauk je, sebab lepas je makan nak gerak ke Seremban. :)

Lepas makan , aku terus rasa nak tidur, nasib baik bukan aku yg drive :D

Ok pada kawan-kawan yang nak try makan kat sini, moh le ke Kedai Makan Nasi Ulam. Lokasi nya di Bandar Baru Bangi Seksyen 9. Belakang PKNS Bangi, berdekatan dengan Ariani, RHB Islamic Bank, Pusat Rawatan Az-Zahra dan Masjid Al-Hasanah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...