Thursday, August 30, 2012

Hari terakhir ku di sini. . . .

Semalam malam terakhir aku tidur disini. Bulan 9 dah tak duduk umah sewa. Huhu~ Camne la agak nya nak ulang-alik dari Bangi - Kelana Jaya pegi kerja. >_<
Pagi tadi snap. 
Sapa-sapa pernah jumpa umah dekat luar ada tilam besar tu, ha tu la umah sewa aku. :D 
hahahahahaha ~


Gambar tilam di depan umah ku.
Bukan untuk dijual ye. Untuk pameran je kat situ. :)

Walaupun aku dah tak duduk sini, tapi aku masih leh pegi umah diorang. Aku masih kerja di Kelana Jaya. huhu~ 

p/s buat semua housemate ku : Harap housemate aku semua dapat la datang ke kenduri aku 15 Sept/ 16 Sept ni. Dapat la jumpa & snap gambar kenangan bersama. Takde lagi gambar dengan SEMUA housemate!




Cerita Hari Raya Pertama di Jerteh

Baru ada mood nak tulis entry raya lagi. Ni aku nak cerita secara ringkas , cerita 1 Syawal 1433H di Jerteh. Kami bangun awal then bersiap ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. 

Sebelum ke masjid posing dulu ngn Papa & Mama 
Aku ikut muka sapa ek????

Sesi bermaafan sebelum pergi ke masjid. 
Suka Papa dapat duit raya :)

Bermaafan dengan Mama pula. Papa tengah susun duit raya. 


Masjid Kg. Nyior Tujuh - ni la masjid yang paling dekat ngn umah nenek aku. Kecik je masjid nya. 

 Sempat snap sebab kami sampai awal. Raya tahun lepas sampai lambat , kene duk barisan belakang yang agak sempit. 


Lepas solat sunat Aidilfitri, kami menziarahi kubur arwah Atok 


Then balik dan terus beraya umah makcik aku yang dekat je ngan umah nenek aku. 

Antara biskut raya yang aku makan. Bentuk ice cream !
Nanti sambung la entry lain, nak g lunch ! 
Daaa. . . 

Wednesday, August 29, 2012

Gangnam Raya Style . .

Minggu ni ramai yang dah mula masuk kerja. Aku mula kerja Isnin haritu. Drive ke office sambil dengar radio  & terdengar plak lagu OPPA GANGNAM STYLE ni. Sampai je office search youtube. Apa kebenda la OPPA GANGNAM STYLE ni sampai cecah 60juta hits. perghhhhhh ~



Nak tergelak la gak tengok gaya dia nari. huhu~ Dah time raya ni ramai plak yang buat video edisi Raya Gangnam Style ni. huhu~ Penangan GANGNAM STYLE betul la. Sampai aku pun terlayan sekali. hahahahahahaha!


Best gak buat video raya ni. Cam nampak kemeriahan di hari raya. Selalu kita tengok artis je ada video nyanyi di Hari Raya, ni kita sendiri bersama kaum keluarga plak . .  mesti gelak je tengok video ni kan. :D


Yang last ni paling lawak la. . . . hahahahahaha !!!!
Layannnnzzz

Nantikan video ucapan hari raya dari AFASZ sekeluarga ye :D

The Pool Kuala Lumpur

Satu lokasi yang menampilkan suasana di tepi kolam (open air) yang memberi kelainan kepada mereka yang suka dengan kehidupan malam di Kuala Lumpur. Hasil rekaan oleh pemilik yang sama dengan restoran dan bar terkenal, The Hill di Damasara Heights. Jom kita tengok suasana di sekitar The Pool . . .



Kyoto Lab - Dining

Kyoto Lab - Lounge

The Pool berkonsepkan kontemporari dan perkhidmatan VIP ultra. Para pengunjung di beri layanan VIP sambil menikmati makanan dengan suasana nyaman dan tenang. Bukan senang kita nak dapat layanan VIP. Memang superb la The Pool ni!

The Pool - Deck


Tempat nya agak terbuka dan sangat sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan. Dapat la merasa suasana angin malam yang sangat mendamaikan jiwa. Sesuai sangat la untuk korang yang stress keje. Sangat tenang suasana kat sini ~ 



 
The Pool - Inside Seating

The Pool - Runway

Suasana tepi kolam akan bertambah nyaman bila dinikmati dengan minuman buah-buahan yang menyamankan dan menyejukkan tekak. Slurppp . . . 







Bagi yang nak menyambut ulang tahun perkahwinan or lain-lain , rasanya The Pool ni satu tempat yang lain dari lain. Jom terjah The Pool :

The Pool 
347, Jalan Ampang, Kuala Lumpur 

Waktu Operasi :
Rabu hingga Sabtu : 5.00pm to 3.00am
Ahad : 4.00pm to 3.00am
RM35 for men, FREE for ladies (Applicable all nights)


Tuesday, August 28, 2012

Aktiviti Malam Raya di Jerteh

Alhamdulillah . . .  tahun ni dapat juga aku bersama family aku beraya bersama nenek aku di Jerteh. Sempat main bunga api. ngeh ngeh ~ Tahun lepas pun main bunga api , leh tengok entry kat SINI.


Budak baru belajar menulis.  . . 
I kecik sangat, LOVE tu dah cantik dah, U besar benorrrrr. . . 

Yang ni OK dah .


Itula aktiviti kami di malam nak raya. Seronok gak main bunga api ni sampai ada yang terluka di kaki. hahahahahahahahaha !!!!!

Belum main MERCUN lagi !!!



Legoland akan dibuka 15 September 2012 !!!

Tahun lepas aku ada update pasal Legoland ni. Ada beberapa gambar suasana Legoland dekat SINI.Then, aku cek website dia , Legoland akan di buka 15 September 2012 !!!!



Harga tiket tersangat la mahal. Tapi boleh dapatkan tiket special promotion di lokasi-lokasi yang ditetapkan di bawah :



Peta Lokasi Legoland Malaysia. . . .


Untuk lebih detail boleh la layari website Legolanda Malaysia di SINI.

LEGOLAND Malaysia
Medini Nusajaya, 
Johor , Malaysia
Service Tel : +607 597 8888
Service Fax : +607 597 8804
Email : info@legoland.my


* 15 September 2012 dah tak lama dah. hehe~Dup dap dup dap



Monday, August 20, 2012

Gambar Hari Raya Pertama

Alhamdulillah dah masuk 2 Syawal harini.Aku masih dalam mood raya di kampung. Tahun ni beraya di Kampung Nyiur Tujuh, Jerteh Terengganu.  Esok dah nak balik Bangi, so pulun raya sini sana la untuk hari semalam, hari ni dan esok juga :)


Hijau tema tahun ni. Tema LAST MINIT. Ikut kan warna lain tapi tetiba kene tukar oleh sebab-sebab tertentu :)

* Mood raya di kampung lagi. Balik kang baru la risau pasak majlis bahagia :D

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Fasz

Selamat Hari Raya kepada semua blogger
Maaf Zahir Batin

Berhati-hati balik kampung
Ingatlah orang yang tersayang.


Terima kasih to Mak Dara yang dah dah designkan kad raya ni. 
Supriseeeee yang best !!!!!

Esok aku dah nak balik Besut, Ganu.
Assalamualaikum. . . . .


Thursday, August 16, 2012

Juadah Bebuka 26 Ramdhan 1433H

Juadah bebuka puasa semalam dengan housemate aku :

Sardin
Kembar aku yang masak

Sambal Hot Dog
Kembar aku gak yang masak 

Ikan Cencaru a.k.a Ikan Jacket
Fiza beli kat bazar.

Taugeh goreng

Roti Telur
Aku masak yang ni je. hehe~

Puding Milo + Syrup
Beli kat bazar oleh Fiza

Puding Jagung
Dibeli oleh Kak Fazza di bazar







Duit Raya Dari Blogger Double Trouble :)

Lagi beberapa hari je kita nak mengakhiri Ramadhan 1433H dan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah. Raya kali ni aku dapat duit raya. Dah keje & dah besar pon dapat duit raya lagi. hehe :D

Blogger Double Trouble yang aku maksudkan ialah blogger adik-beradik ni. Sorang abg, sorang adik.

Alhamdulillah, dah 3 kali berturut-turut aku menang tempat Pertama Raja Komen blog hazmanfadzil.com. Raya nanti Blogger Hazman ni nak buat lagi contest. Setiap bulan dia buat. Korang jemput la join. 3 Kali berturut-turut aku dapat tempat pertama sekaligus aku kumpul RM150 , semua dari blog si Hazman Fadzil. Moga murah rezeki dia. amin. 


Ni pula adik kepada blogger di atas, Kid. Tahun lepas ada join contest dari shakiddo gak time nak raya tapi takde rezeki, tengok ENTRY SINI. Tahun ni, aku join Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com kat SINI  & alhamdulillah ada rezeki dari contest ni. :)

Alhamdulillah
Best dapat duit raya dari  hazmanfadzil & shakiddo  , 
BLOGGER DOUBLE TROUBLE

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin  


Prosedur Menjalani Ujian Saringan HIV

Aku nak share prosedur untuk menjalankan Ujian Saringan HIV untuk bakal pengantin. Aku dilahirkan di Terengganu tapi menetap di Bandar Baru Bangi dan alamat pada IC pun di Bandar Baru Bangi. Kerja & menyewa rumah di Kelana Jaya. Jadi, aku putuskan untuk buat Ujian Saringan HIV ni dekat Klinik Kesihatan Kelana Jaya , jalan kaki je dari tempat keje aku. So , jom tengok prosedur nak pegi Ujian Saringan HIV ni:

1- Buat Appointment dengan klinik
Pergi ke Klinik Kesihatan/Call dan bagi nama kita nak buat ujian tu bila. Macam Klinik Kesihatan Kelana Jaya  dia limit sehari tu dalam 15 orang kalau tak silap. So , kene la book nak tarikh bila. Office aku dengan klinik ni sejengkal je, so aku pun jalan kaki jela. :)

Untuk klinik kesihatan sekitar Selangor korang refer no telefon kat SINI
Untuk klinik kesihatan sekitar Kuala Lumpur refer no telefon kat SINI
*Kalau dekat negeri lain , Seremban tak payah pon buat appointment dulu. Walk in je terus.

*Time zaman abg ipar & akak aku kawin (tahun 2011), diorang kena amik borang dekat pejabat agama berdekatan. So , aku pun pegi la pejabat agama. Then diorang bagitau untuk Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan boleh terus ke klinik buat appoinment. Pekerja staff pejabat agama kata call je untuk set appointment. Sekali call Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, dia kata, kena datang klinik untuk buat appointment. So aku pun tak jadi nak buat di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi sebab aku kerja di Kelana Jaya, camne aku nak pergi sana office hour???. Dekat Klinik Kesihatan BBB dia ada hari tertentu je dalam seminggu tu, kalau di Klinik Kesihatan Kelana Jaya , hari-hari dia buat cuma limit sehari 15 orang kot. <--panjang lak aku bebel.

2- Datang klinik mengikut tarikh yang telah kita pilih
Sebaik-baiknya datang awal la. Leh buat yang paling awal & cepat sikit siap.

Daftar nama --> Amik no giliran --> Tuggu No dipanggil --> Bayar RM1


3- Isi borang yang dia bagi. 
Nanti orang yg jaga kaunter klinik tu akan bagi 2 borang yang perlu di isi. Satu tu borang JKNS - borang dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Isi la apa yang ada tu. Borang JKNS ni nanti dia akan bagi yang salinan utk kita gunakan bila isi borang nikah. Lagi satu borang tu result ujian just untuk rekod klinik(untuk simpanan pihak klinik kesihatan).

--> Isi borang --> Pulang borang yang telah diisi pada kauter tadi-->Anda akan diberi no bilik.

 
Ni borang aku. Buat ujian saringan di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. 

Tunang aku buat Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Seremban. Dah alang-alang ada kat kampung , dia buat je kat Seremban. Tak payah nak buat appointment dulu, datang je terus dapat buat ujian nya. Borang yang sama macam aku kat atas tu cuma ada tambahan borang macam kat atas tu. Kene jawab beberapa soalan.

Antara soalan dalam borang tambahan tu.

4- Tunggu giliran untuk dipanggil.
Bila nama korang dah dipanggil baru la pegawai perubatan amik darah korang untuk cek darah. Rasa macam kene steple , pap! dah settle.

5- Tunggu result
Dia tidak akan paparkan keputusan HIV Test. Just bagitahu then bagi salinan borang yang mengesahkan kita dah menjalani ujian saringan. Kalau kat negeri lain aku tak sure la. Maybe ada yg paparkan result. Sebab sepatutnya result tu private & confidential.



6- Selesai dah. Dah leh mula beli borang NIKAH. :D

*Ujian Saringan HIV ni sah untuk 6 bulan. 

Info update: Lepas aku dah kahwin, kawan aku sibuk untuk buat HIV test. Start dari bulan Oktober 2012 kebanyakan klinik tak kan buat HIV test guna RAPID TEST KIT , diorang akan amik darah dan result mengambil masa sebulan. So bagi yang nak kahwin , kene la plan awal-awal , bila nak buat hiv ni . k




Wednesday, August 15, 2012

Jualan Gudang @ Permanis Sdn Bhd

Ada JUALAN GUDANG di Permanis Sdn Bhd. Lokasi di Bandar Baru Bangi. Bermula hari ni sampai esok !!!!


Harga-harga yang ditawarkan :


Bagi korang yang nak pergi, leh refer peta kat bawah :


Tapi menurut kata member aku , diorang kata harga kat Econsave RM1.50 & di Tesco RM1.75. Lag murah la dari harga di atas. Bagi yang malas nak bancuh air masa Hari Raya Aidilfitri nanti, leh la beli air keluaran Permanis Sdn Bhd ni. Masukkan ais dalam jug then tuang air dia. Mudah kan :D

Bukan kuih je ada kuih tunjuk, air pon ada air tunjuk tau. 
Selamat berjual beli gudang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...