Saturday, June 30, 2012

Gambar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Redza Shah Azmeer

Haritu baru je share pasal Tema warna untuk Majlis PernikahanKali ni just nak share gambar Majlis Pernikahan Irma Hasmie dan pasangan nya pula. 



Sumber : Rotikaya.com


Cantik nya Irma Hasmi !!!! Gaun putih ~
Tahniah buat Irma Hasmie & Pasangannya :)


Friday, June 29, 2012

KFC FLAMING CRUNCH @ Giant Kelana Jaya

Akhirnya dapat juga aku makan ayam KFC yang baru ni. Terliur tengok Anak Emas MAS ni update pasal ayam baru ni. Tapi kenapa yang dia nye agak hangit sana sini ek???

Oleh kerana aku jenis tak makan banyak, so aku amik set ni je. Nasi Ayam + Ayam ( KFC Flaming Crunch)




Makan dengan officemate aku yang cute miut, Norhaliza (eh! bukan Siti Nurhaliza tau ~)



Makan panas-panas . . . .perghhhh sedap gila bertambah pedas bila makan panas-panas !!!!!!!

Bagi aku, antara Flaming Crunch dengan Spicy yg sebelum ni, aku lebih suka spicy yg sebelum ni. Tapi aku suka je KFC Flaming Crunch ni. Krak Kruk rasa jagung ~

Korang dah try ke KFC Flaming Crunch ni????
Sedap tak????
Tapi kenapa kena tambah 20sen utk seketul ayam????Semua tempat ke camni?





Thursday, June 28, 2012

Makan Cream Fudge Lagi !!!

Awal tahun ni, aku dah post entry pasal ice-cream Cream Fudge ni. Ni aku post kali ke-2. Di belanja oleh orang yg sama-Abg Ipar & Kaklong aku. Nyum-nyum !

 Bannofy Toffy + Nut Waffle Bowl 



Zooming pada pisang !!! Ni la perisa yang kami paling suka. Tapi Nut waffle bowl ni buat aku sakit gigi la, macam makan daging. huhu~

Nuts about chocolate + Nut Waffle Bowl
Sedap jugak perisa ni, tapi aku lebih suka yang kat atas tu !!!

Alhamdulillah, dapat makan Cream Fudge @ Alamanda buat kali ke-2 .
Terima kasih Abg Fauzii & Kaklong.
Murah rezeki korang  . . . amin ~

Ni rupanya yang diorang tengok!!!

Sambungan dari entry Wordless Wednesday aku semalam. Macam-macam pula andaian dari komen entry semalam. Tapi ada la sorang ni yg teka dengan betul . .  . . . . Apa yg mereka tengok sebenarnya ek???? huhu~ Aku mati-mati ingat diorang nak kutuk kereta aku yg cacat tu.(korang nampak tak kecacatan yg ada?) Leh tengok entry SINI



Rupanya . . .  diorang sedang menikmati pemandangan sekitar situ & ada yang tengah snap gambar. Aku baru perasan , aku park betul-betul tengah-tengah laluan simpang tu. Korang mesti tahu kan lokasi tempat ni???? Bagi Anak Emas TM ni comfirm la tahu kan?

Time ni aku lepak sorang-sorang kat sini. Baru lepas interview. huhu~ Tenang rasa bila ada kat sini . . . Lupakan masalah-masalah yg memeningkan kepala >_<


Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday : Apa yang diorang tengok ek???




Tema Warna Di Hari Pernikahan

Sekarang ni tengah musim orang kahwin. Sana-sini orang kawin. Lagi-lagi bila musim cuti sekolah lepas. Bila dah nak masuk zon berkahwin ni, mesti korang dah terbayang tema untuk hari pernikahan kan? Selalu time nikah, kebykan orang akan pilih warna PUTIH yang melambangkan kesucian. So sweet ~_~

Jom layan gambar yg aku google. Artis je~
*Gambar ni semua dari en google


Pernikahan Scha & Awal Ashaari


Pernikahan Yusry & Lisa Surihani

Tapi trend sekarang , orang tak tumpu pada pada warna putih dah. Dah macam-macam warna digunakan untuk hari pernikahan.


Pernikahan Ana Rafali & Ahmad Aznaim


Pernikahan Aqasha & Baizura


Pernikahan Sarah & Shuib

Pernikahan Elyana & Khairul

Apapun warna pilihan , semestinya pengantin yang akan nampak paling cantik di hari pernikahan tu.  Selalunya orang akan pilih warna pastel atau warna-warna lembut. Tapi ada juga yang guna warna lain dari lain.

Sepupu aku nikah pakai baju warna hitam. Nampak lain dari lain yang orang selalu buat ! Korang dulu nikah pakai bj color apa ek? Yang belum berkahwin tu, apa color tema yang korang idamkan untuk pernikahan nanti? 
Ce kongsi sikit . . . 

>_<

Tuesday, June 26, 2012

Kenangan bersama kawan serumah di Melaka

Haritu aku ada post entry aku pasal tempat-tempat yang aku singgah di Melaka masa majlis kahwin kawan serumah aku di Kampung Alai. Kami sempat singgah Bandaraya Melaka juga tp aku tak sempat pun nak update. huhu~ Next entry la . Sekarang mood nak update tu agak lemau. 



Keychain nama bersama tarikh. Kenangan bersama ~ Ikutkan kawan serumah aku ada 7 orang semua nya. Tapi tak semua yang join pegi kenduri tu. Ada yang kerja & ada yang pergi sendiri.

 Soalan khas buat housemate ku : So, agak-agak bila dapat jalan-jalan dengan semua ahli rumah ek sebelum aku kahwin ni . . .????? 



Makan @ Restoran Asian Cibo, Kelana Jaya

Minggu lepas , boss aku belanja kami semua makan sempena hari lahir Farah dekat satu restoran baru di Kelana Jaya. Agak baru la juga dalam 4 5 bulan kot. Jom layan gambar makanan yang ada di Restoran Asian Cibo, Truely Asian Muslim Food.


Butter Style Prawn 
Sedap bangat hingga naik jerawat aku :D



Sotong goreng tepung
Aku makan yg sotong banyak . huhu


Lemon Chicken 
Yummy, sangat sedap original recipe. eh! Ni harga dia RM23.90 (big) & RM18.90 (small)


Sweet and Sour Fish 
Besar punya ikan ! Harga RM37.90 (Siakap) , kalau Talapia RM33.90.


 Tauhu apa ntah namo eh. . 
Sangat sedap sebab pedas kuah nya. Aku suka kuah dia !!!




Sayur apa ntah ni, bukan kacang panjang .Sedap woo ~



Ice Lemongrass
Siap ada serai , nama pon air LEMONGRASS!!! Harga dia RM6.90



Ice Lemon Tea 
Kurang manis airnya. Bagus la untuk kesihatan. Harga nya RM5.90


Chocolate 
Nampak sedap. . . tp tak rasa pun. Air ada 3 je aku snap. 


Buah Tembikai
Pencuci mulut kami. :)





 Suasana di Restoran Asian Cibo. Ada toilet disitu  . . 


 Macam hotel la restoran ni, sejuk gila ~ Tengok la besar mana air cond dia. wahahaha ~






Bagi korang yang nak try makan kat sini, boleh terjah. Terletak di SS6 Kelana Jaya. Sederet dengan Bank Islam, JM Bariani , sebelah RHB Islamic Bank, sebelah Subway dll. 

Eh! Restoran ni ada wat special promotion dekat Groupon !!! Boleh tengok kat link SINI, promotion sampai bulan 27 Julai sahaja.

Terima kasih boss belanja kami. 
Next birthday agak-agak kitorang makan kat ne pulak ek??????

Saturday, June 23, 2012

Video Klip Lagu Untuk Dia - Sleeq & Najwa Latif

Untuk Dia, Hei! Untuk Dia, Hei! 

Suka betul aku tang tu ~
Cute la video klip ni. . . .  Ada Seth (Aaron Aziz) lagi dengan Nora Elena (Siti Saleha)



Jom nyanyi sama-sama ~
Lirik kat SINI .



Friday, June 22, 2012

Salam 2 Syaaban 1433H . . .

Assalamualaikum  . . . 
Salam Jumaat. . . . 


Salam 2 Syaaban 1433H . . . . 
Lagi sebulan kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Bulan yg penuh dengan keberkatan  . . .

InsyaAllah . . 




Thursday, June 21, 2012

Happy Belated Birthday Farah !!!

Tadi BOSS belanja makan untuk sambut birthday Farah , 16 Jun haritu.Ni besday Farah yg ke . . . . er  . . .  di rahsiakan . . .nanti Farah marah. Nyum nyum, jom makan kek !

Kek yg besar ! Makan 11orang. Boss bawak kek Choc Banana dr Secret Recipe.

Dari lilin tu, korang agak berapa umur Farah? hehe~ Dari lilin ye bukan dari muka :p


Farah dah pakai spek. Macam cikgu la plak. Sama pula muka ngn BOSS tu ha.


Ni la baki nye. Besday Girl la bawak balik. Byk lagi tu.

Last sekali, nak ucap 
Selamat Hari Lahir Farah !!!
Moga murah rezeki, panjang umur, cepat kahwin, diberi kesihatan yg baik dll.
Amin. . . 



Isi Angin Tayar Buat Kali Pertama

Bulan lepas , aku minta Si Dia teman + ajar kan cara nak isi angin. Al-maklumlah, aku ni tak reti + tak pernah pun isi angin. Pernah sekali pergi isi angin tayar moto kembar aku. Tapi tu pun ada orang Petronas tolong. hehe~ 

Setelah 6 bulan bersama "Emoticon" baru la aku pergi isi angin tayar . hehe~ 

Ingat nak buat sendiri, sekali Si Dia yang buat :p 

Lepas ni la aku baru buat sendiri ye. hehe ~

TQ to Si Dia . . . . 

Makan @ Nando's, Paradigm Mall

Minggu lepas aku sempat terjah Nando's. Aku tak pernah makan. Terliur tengok Anak Emas MAS ni post entry di Nando's semalam.Haritu selalu tengok Anak Emas TM asyik post entry makan kat Nando's je.  Kali ni aku dapat merasa Nando's buat kali pertama.  :)


Chicken Meal :
 1/4 Chicken with 2 sidelines (Mediterranean Rice & Coleslaw) 
Nasi dia aku sangat suka , macam nasi goreng mentega!!!


1/4 Nando's Chicken - Flavour Extra Hot Peri-Peri
Sedap tak terkata. Nyum nyum !!! Rasa nak makan lagi. 

First time makan sos dari Nando's. Semesti nya aku suka yang PEDAS, Hot Peri-Peri !!!

Ice Lemon Tea
Leh refill & minum la sebanyak mana. Aku segelas pun susah nak habiskan. :D

Suasana di Nando's Paradigm Mall.
Lampu-lampu tu dari batang paip. Sangat UNIK !


Selalu makan KFC or McD je. Kenny Rogers or Nando's sangat jarang makan. huhu~
Alhamdulillah dapat merasa Nando's. Bertambah sedap bila orang belanja. :D

TQ pada yang belanja. Moga murah rezeki anda.

Lunch harini korang plan nak makan apa? Harini BOSS nak belanja makan. Nyum nyum, Alhamdulillah. 


Wednesday, June 20, 2012

Sihat dan Cantik bersama Produk Kolagen Amnelife

Pejam celik, pejam celik, dah masuk pertengahan tahun 2012. Tinggal beberapa bulan je lg nak masuk tahun baru. Makin meningkat usia , makin banyak penyakit yg mendatang. Badan pun cepat letih dan kulit semakin kusam. Bagi aku yang hampir nak cecah 30thn (tp takde la dekat sangat dgn 30 ok!), rasanya perlu untuk aku cuba makanan tambahan (supplement) terutama untuk tenaga seharian dan juga untuk kecantikan kulit aku di hari bahagiaJ


Sekarang, aku tengah cuba satu produk keluaran Amnelife - C5 Collagen with Chocolate for Women. Lepas dua minggu guna produk Amnelife, aku dapat rasa beberapa perubahan dalam diri aku. Kadang-kadang kalau rajin, aku naik tangga dari tingkat 1 ke tingkat 5, aku akan mudah penat dan mengah, sejak guna C5 Collagen with Chocolate for Women aku lebih bertenaga dari sebelum ni. Kulit pula, rasa lebih segar , gebu (eh! gebu ke?) & dah kurang jerawat. J Alhamdulillah . Moga aku capai target nak kulit yang cantik di hari perkahwinan ku . . . .chewaaahhhhh :D

Jom tengok serba sedikit tentang produk yang aku gunakan :


C5 Collagen with Chocolate for Women diformulasikan khusus untuk wanita yang mementingkan aspek kesihatan dalaman dan luaran. Ia dihasilkan dari gabungan herba Kacip Fatimah, Manjakani, Serapat dan Mas Cotek yang terbukti dapat membantu penjagaan kesihatan dalaman wanita. 


Kandungan Kacip Fatimah dalam produk ni berfungsi untuk menguat dan menegangkan tisu abdominal , payudara dan vagina. Bukan tu je,  C5 Collagen with Chocolate for Women  ni membuat kan kulit aku kelihatan lebih muda dengan kandungan manjakani , serapat dan mas cotek yang mengandungi antioksidan yang boleh melambatkan proses penuaan sel. Kolagen pula bertindak sebagai anti penuaan dan memberi nutrisi kepada kulit. Yang paling penting produk ni bebas gula dan sesuai diambil oleh semua golongan.

  
Amnelife ada juga produk C5 Collagen untuk lelaki - C5 Collagen with Coffee for Men yang sesuai untuk lelaki yang mementingkan aspek kesihatan dalam dan luaran. 


Selain tu, Amnelife juga ada menjual produk untuk lelaki dan perempuan yang inginkan berat badan unggul & slim - SC-5 Slimming Chocolate SC-5 Slimming Chocolate


           -----------------------------------------------------------------------------------
Ada berita baik untuk korang yang teringin nak try produk ni dengan PERCUMA !!! Syarat-syaratnya :


1) Like FB Airich Beauty & Health - http://www.facebook.com/airichHB
2) Like gambar kat SINI
3) Komen kat gambar aku tu "Kenapa korang nak cuba produk ni?"
4) Share dekat Facebook korang pasal Facebook Airich Beauty & Health.


So, apa korang tunggu lagi? Yang dah berkahwin , yang bakal berkahwin & yang bujang pun  boleh try produk ni. Untuk wanita di luar sana & juga buat jejaka/suami yang ingin ibu atau isteri anda cuba produk ni boleh la join contest ni. 

Jom join contest ni !!!


Untuk maklumat lanjut, hubungi di :
Kak Sha
No Tel :019-332 1023 
Email :airichbeauty@gmail.com 



Wordless Wednesday : Kasut apa ni ek?




Tuesday, June 19, 2012

Jom makan durian !!!

Eh! Tajuk entry ni dah macam tajuk entry blog kembar aku pulak. hehe ~ 

Sekarang kan musim Doroyan dah bebunga, jadi ayah aku pun pergi beli kat pasar. 


Em! Dap nye. . . 

Eh! Abaikan jari kaki tu :D
Aku makan 5 biji ulas je. Takleh nak makan banyak. Kang panas badan & naik plak lemak. 

Ada yang kuning , ada yg putih. 
Tapi jangan sangka yang putih tu tak sedap. Manis ok !!!
Don't judge by its color . . 
>_<




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...