Thursday, May 31, 2012

Makan @ Pizza Hut, Kelana Jaya

Isnin haritu aku update pasal boss aku belanja sempena hari lahir dua orang staff di office aku. So harini aku update apa yang kami makan di Pizza Hut. JOM!

Yang ni kami order . . . 

Ni pun kami order :)

Yang ni kami tak order  . . . dah macam kat Subway plak

Order satu pizza - Regular

Pizza perisa tuna - Large

Pinggan Aku bersama pizza & sos


Chicken Wing . . 

Italian Herbs Chicken Chop - RM14.90
- Tini, Alpi, Fatin & Yati makan ni. Diorang kata biasa je. Si Fatin dapat kuah yang agak masin. huhu~

Limpahan kuah chicken chop . . . 

Creamy Carbonara Fettuccine - RM11.20
Rasa dia agak muak. Memang la muak kan . .  kalau ada cili api sedap sikit. :)

Yang color oren tu "sliced chicken roll", sedap yg oren tu :D

Spicy Arrabbiata Spaghetti - RM11.20
- Ini pilihan Cik Lyza yang sangat kiut. Bagi aku ok la. Pedas tp takde la sampai pedih perut.

Favourites Platter - RM20.80
Toasted Chicken & Cheese Roll + Criss-Cut Fries + New Orleans Drumettes

Zoom isi Toasted Chicken & Cheese Roll  , sedap bagi aku !!!

Air Pepsi se jug. Aku minum sikit je (suku gelas pon tak sampai), sebab aku tak suka minum air gas. 

Dapur Afasz : Apam Polkadot (Percubaan Kali Pertama)

Harini nak update pasal masakan. Aku ni jenis penakut nak masak ikut resepi dalam internet ke buku ke . . .  tapi haritu tergerak rasa nak buat apam polkadot ni ikut resipi Kak Ina KL. Mimpi apa entah aku, tetiba rajin nak buat. Semangat gila kot !

Agak-agak jadi ke tak apam polkadot aku ek????

Agak comot momot. Aku terbeli cup yg agak tinggi. Patut beli yang rendah je mcm dalam gambar Kak Ina KL tu. 

Dibantu oleh dua orang adik aku, Atin & Ya ucukkkk. Kalau Kak Ina dia letak filling "kelapa", aku letak filling "kaya".

Sesi mengukus . . . Design agak buruk . . 
Camne nak bagi cantik polkadot dia ek?


Hasilnya . . . . sedap apam nye. Lembut ~ tp aku nye design tak menjadi mcm apam polkadot Kak Ina KL. Maybe ada teknik nya kot. aku main taram je dotkan. 

Kalau nak try leh la korang tengok resipi Kak Ina KL.

Next nak try masak apa plak????
Susah nak tengok aku masak ni. lain la Kak Ina or Dapur Tanpa Sempadan, hari-hari masak.




Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday : CCTV @ Toilet ???



Tuesday, May 29, 2012

Jom bercuti ke Genting Highland @ RM48 nett at First World Hotel !!!

Sekarang iHoliday Happy Deal ada buat promotion !!!! Peluang baik untuk mereka yang nak pre honeymoon or honeymoon kali kedua or ketiga  . . . . 

 Hanya RM48/room di Resorts World Genting !!!


Entitlement:
One night's stay in a Standard Room at First World Hotel (room only)

Booking Period :
17 May - 15 June 2012

Staying Period : 
12 - 13, 19 - 20, 25 - 27 September 2012
3- 4, 8-11, 16-18, 30-31 October 2012

Cepat , hanya untuk masa terhad sahaja !!!!
Jangan lepas kan peluang ni ~
Untuk lebih detail boleh ke --> Website iHoliday Happy Deal

Bagi yang berminat boleh la booking online dekat sini --> Happy Deal Genting

Jom booking sekarang sebelum terlepas !!!!
>_<


Monday, May 28, 2012

Boss Belanja : Happy Birthday Fatin & Cheong

Harini, aku berada di Pulan Pinang. Jadi aku set autopost. Cerita makan-makan minggu lepas. Khamis lepas , boss aku belanja kami semua sempena menyambut hari kelahiran dua orang staff di company aku, Fatin & Cheong. Kami semua memilih untuk makan di Pizza Hut. Jom layan gambar. 

Kek dari Secret Recipe yang dibawa oleh boss aku.

Our BOSS yang pemurah . . . 

Birthday Girl & Birthday Boy - dua-dua serba biru . . .

Boss yang potongkan kek. . . Memang sporting gila. . . 

Aku & Alpi berposing . . . 

Mereka berempat - Yati, Tini, Fatin & Farah

Lyza, Aku & Alpi pula . . . 

Sesi memilih nak makan apa. . . 

Semangat aku tengok menu. :)


Pn. Fatin yang sudah tembam sedikit selepas berkahwin . . .

Sesi makan-makan . . .
Alpi makan dengan khusyuk, Fatin makan sambil posing  . . 

Farah macthing dengan Boss , Lyza lambat betul makan nak abiskan satu menu :)

Aku time makan kek, Tini & Yati sedang makan pizza . . .


Ini kek aku yang aku kongsi dengan Lyza, time makan kek , perut penuh gila so kami kongsi kek. 


Dah selesai makan, kami posing depan Pizza Hut . . .

Tukar turn amik gambar, eh! aku dah mcm businesswomen plak. . . 

Lee, Cheong & En Nik pun menyelit dalam gambar, Boss je malu-malu nak masuk . . .kami ni kaki bergambar :D

Sempat snap gambar Lee yang sedang sharing tentang kamera yang bagus untuk dibeli. :D

Slip gaji di tangan Lee. Aku buka time nak balik . . .terkejut melihat slip gaji, ingatkan salah slip gaji.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Syukur sangat. Moga Allah murahkan rezeki Boss kami yang sangat pemurah selalu belanja & ada BONUS untuk bulan ni !!!

Alhamdulillah , Alhamdulillah, Alhamdulillah 
:)

*Mulai minggu ni , aku terpaksa berpisah dengan kembar aku. Salah sorang antara kami kena berpindah ke TM Bangsar kerana banyak kerja di sana. So, kembar aku volenteer untuk ke sana , tinggallah aku & Lyza di TM Kelana Jaya. Tp aku masih tetap serumah & sebilik dengan kembar ku. hehehehe ~ Next entry aku update apa yang kami makan di Pizza Hut ok. Cerita kembar tak update lagi >_<



Sunday, May 27, 2012

Jauh Perjalanan , Luas Pemandangan

Semalam, tanpa dirancang aku follow Si Dia ke kenduri member office Si Dia di Felda Palong, Negeri Sembilan. Pergi dengan member Si Dia & tunangnya , naik "Emoticon" aku. Saja nak kasi dia jalan jauh sikit. Al-kisah, kul 1 baru gerak dari Bandar Baru Bangi. Nak pergi ke kawasan felda. Amik masa la gak sampai sana.

Subhanallah. . . hijau nye pokok-pokok. . . .

Sampai dalam kul 4.31ptg kot. Majlis dah pun selesai , orang pun dah takde.Pengantin dah siap berehat dah. Tapi nasib baik ada nasi & lauk kenduri lagi. Lapar gila kot. :D

Mak & anak kambing berjalan-jalan mencari rumput. :D


Kami sampai umah dalam kul 9.16pm kot. Dah sampai sedar-sedar , Si Dia tetinggal jaket di Masjid Sri Jempol, Negeri Sembilan (time kami berhenti solat zohor). Nasib baik la takde benda penting dalam jaket tu. Just pendrive office. Padahal aku ada perasan time lepas dah selesai solat di Masjid Sri Jempol tu, aku perasan Si Dia dah tak pakai jaket tu. Tapi dalam hati aku, "panas la tu , sbb tu dah tak pakai jaket". Benda ni dah biasa berlaku kat dia. Lupa itu ini. hehe~ Kena ada tukang ingat kan. Ngeh-ngeh ~

Esok aku & family aku akan ke Pulau Pinang. Hantar adik aku daftar Matrikulasi Pulau Pinang. Harap dapat la jumpa kawan aku yang dah lama aku tak jumpa di sana. >_< Ada rezeki InsyaAllah ~

OK jumpa di next entry. Tata ~


Saturday, May 26, 2012

Paradigm Mall VS Giant Kelana Jaya

Paradigm Mall merupakan sebuah shopping complex yang baru dibuka bermula Rabu , 23 Mei 2012. Bangunan yang cukup besar bagi aku. Paradigm Mall terletak di SS7 Kelana Jaya. Bersebelahan dengan LDP. Kalau dari rumah sewa aku , kena lalu ikut laluan bawah tanah terus ke parking Paradigm Mall. Aku masih belum berkesempatan untuk datang ke Paradigm Mall. 
Aku snap dari Giant Kelana Jaya.

Tesco VS Giant - Mana pilihan korang kalau nak shopping?

Aku jarang shopping di Kelana Jaya sebab tiap-tiap minggu aku balik rumah family aku di Bandar Baru Bangi. Sekali sekala je beli barang dari Giant Kelana Jaya ni. Sekarang dah buka pula satu shopping complex baru yang sangat besar. Ada TESCO pula tu. Bersaing la Tesco & Giant. Sebelah-sebelah plak tu, 

Sabtu ni, 26 Mei 2012 ada Faizal Tahir akan buat persembahan di Paradigm Mall. Bagi peminat Faizal Tahir, boleh la terjah sini.


Shila Amzah pula akan berada di Paradigm Mall pada 27 May 2012 , Ahad.  


Untuk lebih detail tentang Paradigm Mall boleh ke Facebook Paradigm Mall atau ke website Paradigm Mall.


Friday, May 25, 2012

Suasana bila hari Jumaat . . . . .

Macam ni la keadaan office aku time waktu lunch. Selalu pergi makan luar dari office bila hari Jumaaat tapi harini aku & kembar aku makan dekat bawah je. Tak payah nak jalan jauh :)

Ha . . . beginila suasananya . . . .  Kosong !!!

Sunyi + Sejuk . . . . best kalau dapat tidur dalam air cond sejuk. Macam kat hotel. 

Sekarang dah masuk minggu cuti sekolah. So, selamat bercuti kepada semua yg bersekolah. Mesti ramai yang ambil peluang cuti sekolah ni nak bercuti balaik kampung or bercuti kan???

Harini plan nak balik awal dari biasa. Ada makan-makan bersama family malam ni :)

Jodoh pertemuan di tangan Allah : Doa Pendekat Jodoh


Salam Jumaat, harini aku nak share satu doa untuk mereka yang sedang mencari seseorang sebagai teman hidup. Seperti yang kita tahu, soal jodoh pertemuan terletak di tangan Allah SWT. Namun kita sebagai hamba-Nya tidak boleh hanya berpeluk tubuh & tidak berusaha untuk memperoleh apa yang diinginkan. Setiap apa yang kita inginkan kita perlu ada usaha sama ada melalui doa, solat hajat dll.

 InsyaAllah. . . Allah Maha pemurah lagi Maha Mengasihani . . .

*Klik gambar untuk save as image.
Sumber doa : Himpunan doa seharian


Muhasabah Diri : Mencari Jodoh menurut Al-Quran & Hadis



"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dar hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian- Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya . . . . . 
 (Surah An-Nur : ayat 32-33)


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud , " Barangsiapa menikah, maka dia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi". 
(Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim)

"Rasulullah S.A.W bersabda, " Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai ramai anak(subur), kerana aku bangga dengan sebab ramainya kalian di hadapan para nabi nanti pada hari Kiamat."
(Hadith Riwayat Ahmad No: 13594, dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)


Sumber   :  Google



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...